­

Rawat anak kucing demam selesema

July 22, 2015

Hari ni bosan. Yes bosan. Apahal bosan waktu tengah dalam festive season? Life yang bosan atau diri sendiri yang membosankan? Bosan tak malas takpa. Bosan pastu tambah dengan malas, sudahnya berakar dalam bilik lah jawapnya. Main key is, bosan + malas. Anyhow, just a few updates setakat raya keenam nih. Most of my time, actually jaga kitten sakit. Jom ramai-ramai salahkan cuaca. Siang hari panas, malam sangat-sangat sejuk.

Day 1
Sehari sebelum raya (puasa terakhir)

One of my baby cat diserang selesema. Padahal malam sebelum tu semua okey. Aktif macam biasa. Makan macam biasa. But, most probably sakit dapat dari her own mother, tapi mungkin juga sebab pegang kucing dekat luar (baru sembuh dari selesema tapi virus still bawa) pastu lupa sanitize tangan before pegang babycat. Demam + selesema. To make it worse, hidung tersumbat. Result, hilang selera makan. Berat drop few grams. Takut tengok drop tu. Ni belum vaksin pun sebab berat tidak cukup walaupun umur dah layak dapat vaksin. Saya berabis naikkan berat badan but bila sakit, drop macam tu saja. Isk. Lucky ubat-ubatan baru restock so tidaklah gelabah sangat cuti perayaan ni vet or jabatan haiwan tutup. Dalam hati cakap. macam tidak beraya saja tahun nih? HAHA.


Day 2
Raya pertama

Stay at home. Taking full care of the baby. Pagi petang siang malam buat macam-macam. Keep him warm. But not too warm. Sebab dia selesema. Kena warm-warm. Tapi at the same time, demam. Tidak boleh warm sangat. Faham tak faham tak? Saya pernah terbaca kucing if demam, jangan selimutkan macam kita buat pada manusia nanti tambah kepanasan. Not good untuk kucing. Bagi minum dan minum dan minum through syringe walaupun asyik ditolak. Tapi paksa juga. At night saya wapkan dia untuk hilang selesema tapi nervous takut effect demam dia. Satu badan dah start lebam. Terus off wap, buka tingkap luas-luas bagi fresh air. Kebetulan angin sejuk sangat. Mula-mula dia cranky so bawa dia berdiri dekat tingkap rasa angin yang dingin sepoi-sepoi bahasa tuh, terus dia calm down. Sambil wrap half of his body guna selimut yang warm. Then usap-usap hidung dia bagi at least kurang sikit selesema. Kesianla.. Sampai bernafas guna mulut. Sampai saya sendiri tertidur time usap hidung dia HAHA. Rasa macam getting worse T_T


Day 3
Raya kedua

Seharian dekat dapur tolong mak ada family day sebelah ayah, kebetulan tahun ni jadi tuan rumah. Turun naik bilik tengok-tengok babycat sambil pujuk dia makan. Sampailah pada acara malam hari (family day) asyik risaukan baby kucing dekat atas. Setel dalam tengah malam. Continue jaga. Badan still panas lagi. Tapi dah ada interest pada makanan (thanks pada B Complex!) dan dah boleh jalan. Tapi selesema masih lagi. Dah better than hari pertama dan hari kedua sakit.


Day 4 dan seterusnya
Raya 3 - 6 (current)

Getting better and better. Selera besar dah back to normal. Every one hour nak makan. Makan, makan, makan. Bila nak makan, boleh tahu bunyi dia macamana. Ek ek ek ek ek ekkkkk maksudnya mintak kesian nak makan la tuh. Kalau susu dia habis mak dia tolong tibai pun, macam tu. Mengadu ek ek ek ekkkkkkk nak susu. Takpalah nak, kali ni ai layan. Nak bagi cukup berat nak vaksin T_T




What we can do :
  • Bagi antibiotik (0.3ML) dan multivitamin (1ML) dapat dari klinik haiwan (tiap hari)
  • Bagi makan Transfer Factor (TF) half capsule untuk immune (tiap hari)
  • Bagi vitamin B Complex sebiji sebab ai realize dia tak selera makan (2 - 3 hari pertama saja sebab lepas tu selera back to normal)
  • Sebab dia tidak mahu makan, at least ada tenaga dalam badan. I bancuh air glukos sukatan 200ML air : 2 sudu makan serbuk glukos. Feed 1-2ML every 2-3 hours (hari pertama)
  • Second day saya tukar glukos dengan air 100Plus pula. Untuk bagi kebah demam. Feed 1-2ML every 2-3 hours. Yang ni saya buat sehari semalam, demam sembuh. Maybe kesan dari ubat juga (second day til demam hilang)
  • Biar dia menyusu susu ibu (tiap hari). Tapi since dia ni dah 2 bulan lebih, biasa time ni mamacat dah malas bagi susu sangat.
  • Jadi untuk susu tambahan (sebab dia belum mau minum plain water T__T), saya bagi Hi-Goat dan bancuh bagi dia minum suam-suam. Susu lembu tak boleh sebenarnya sebab laktosa tinggi nanti cirit birit tapi pernah feed kucing stray baru lahir takda ibu dengan susu lembu Dutchlady low fat. dah terpaksa. lucky, okey. membesar bagai juara. Kena susu kambing juga. Susu kambing lain saya pernah bagi tapi, Hi-Goat mungkin sedap sebab so far kucing-kucing saya semua suka. Pernah bagi susu khas untuk kucing, tak dapat sambutan yang menggalakkan. Maybe saya tidak pandai pilih jenama tapi satu hal pula cari jenama yang diorang suka ehekkk tak kuasa ai. Buang masa buang duit. So if I have to, biasa memang Hi-Goat la, lagipun senang cari. Ranau ni dahlah klinik haiwan tiada, petshop lagilah tiada. Biarlah diorang jadi kambing pon.
  • Sup rebusan ayam. Google cakap baik untuk kucing selesema dan tambah selera makan. Actually sejak start nak tambah berat dah start bagi sup rebusan ayam. Baru selera dia makan bertambah. (tiap hari til dia start makan balik)
  • Daging ayam rebus. Paha ayam. Sebab part ni berlemak sikit, bila rebus memang sedap. Insya-Allah naik selera makan kucing. (tiap hari hidang, tapi 4th day baru dia sentuh sikit-sikit. Sekarang dah start makan kitten kibbles)
  • Kerja saya kejap tutup kipas, kejap pasang kipas tapi if pasang pun setakat kelajuan 1 or 2. Tapi buka jendela juga sikit at least ada pengaliran udara segar
  • Tukar dan bersihkan tempat tidur
  • Before sleep saya bagi DMG pulak. Sebab dia ikut saya, malam (tiap hari)
  • Untuk wap pula, saya just guna electric jug (heater), bukan kettle ya. Pastu selubung kucing sekali dengan heater dengan air yang sedang mendidih (buka penutup) dalam sangkar, selubung dengan kain. Rasanya dalam 5 minit saja saya buat. Pastu saya off.
  • Whole time bagi dia rehat dalam carrier yang warm. Tak kacau sangat supaya dia boleh rehat secukupnya tanpa gangguan. Tapi selalu juga curi-curi tengok senyap-senyap to make sure he's okey inside there. Kadang-kadang dia cari tempat tidur di luar sangkar, so saya biar. Kalau dengar hidung dia macam tersumbat or dia curl lebih sikit sebab kesejukan, saya selimutkan dengan selimut dan kurangkan kipas
  • Saya ada juga letak vicks untuk blocked nose dan letak di kedua-dua cuping hidung dia tapi secalit kecil saja.
  • Pagi-pagi jemur sekejap bawah matahari, ambil udara segar dan bagi tengok kucing dekat luar. Untuk kurangkan stress, dan trigger interest dia tengok nature. There's something about nature yang tak pernah kita bosan tengok kan? Berminat dia tengok kucing lain. Entah mungkin selama ni dia ingat dia dan mak dia saja kucing yang wujud di rumah ni. Hah tengoklah nak, berapa banyak kucing berkeliaran dekat rumah ni, tapi sebelum vaksin, tengok dari tingkap sajalah yaa.. (tiap hari)
  • Saya ada wapkan dia sekali, untuk cairkan hingus dalam badan dan hidung. Tapi saya buat sekali saja. If nak buat wap-wap pada kucing, make sure jangan panas sangat. Bahaya untuk kucing. Nanti dapat hyperthermia (heat stroke)
  • Yes, I did try to play with the babycat. Acah-acah dia see if dia respon. Kalau respon, dia getting better la tuh. Lagi satu untuk lift up mood dia.
  • Google cakap, kucing yang sakit macam manusia juga, nak perhatian. Jangan tinggalkan sorang-sorang. Kalau saya tidur pun, saya make sure dia boleh nampak saya dari tempat dia baring. Nasib baik juga kalau saya ada kerja, mak dia (salah satu stray cat yang lahir-lahir takda mak, yang kami bagi susu dutchlady yang saya cerita tadi) ada jaga sebab mak dia ni jenis clingy, taknak tempat lain, mesti rehat - tidur - makan di bilik saya. So ada teman juga anak dia di bilik.
  • Precaution : Sebelum pegang anak kucing yang sakit tu saya sentiasa sanitize tangan dengan dettol. Pastu, tempat tidur dan main kucing (tempat tinggal) saya selalu cuci dengan Clorox (berkala) untuk make sure kuman/virus tidak hidup situ. Ya when it comes to kittens, memang saya hati-hati lebih sikit. Learnt lesson the hard way. Setakat hari ni, lebih dari 20 ekor anak kucing sakit dan mati dengan keadaan menyedihkan sebab kena virus parvo sekitar rumah. Sakit hati, sedih, nangis-nangis tuh jangan cakaplah. Walaupun setakat selesema dan demam, tapi tidak sampai hati tengok. Ada anak nanti mesti jadi mak-mak paling protective ni HAHA
  • Ada satu benda (tapi saya tak buat sebab tak dapat cari), bagi minum air kelapa untuk tawarkan kuman dalam badan
  • Lagi satu, Scott Emulsion. Orang rekemen, tapi tidak sure apa khasiat dia untuk kucing. Rasanya untuk selera makan.

Cost :
  • Antibiotik dan multivitamin saya beli dekat vet di Kingfisher (Kota Kinabalu) RM10 each. Biasa if beli ubat, dapat percuma picagari. Minta extra lagi without extra charge. Picagari penting juga, kalau tidak macamana nak bagi ubat dan forcefeed.. ;)
  • Transfer Factor RM70 untuk 20 biji.
  • DMG beli dari vet Century Animal Medical Centre at RM70 something. Ni price if beli satu-satu. Saya hari tu beli ubat sampai cost around RM290 then dapat diskaun bayar RM220 saja termasuk DMG, B Complex, ubat diarrhea, multivitamin, test virus dan suntikan. Dapat percuma picagari juga.
  • Glukos dan 100plus
  • Dada ayam. Pastu isi dan kulit dia potong kecil-kecil.





Saya langsung tak bawa vet / jabatan haiwan kali ni. Bergantung semata-mata pada home treatment saja. Kalau boleh jangan buat macam saya, sekurang-kurangnya mesti hantar ke vet juga. Cuma kebetulan time ni cuti raya dan tempat saya tinggal memang tak ada vet, vet terdekat adalah almost 3 hours away. Jabatan haiwan saja yang ada, dalam 8 minutes saja dari rumah. Sebab tu saya standby siap-siap ubat dalam simpanan termasuklah first aid. Tak sure dalam banyak-banyak yang saya buat tu mana satu yang betul-betul berkesan. Mana-mana yang saya baca di google, mana-mana yang saya boleh buat, yang saya rasa logic dan boleh terima, saya cuba buat. Yang penting sudah kembali sihat alhamdulillah.

You Might Also Like

1 comments

  1. a recent cat we took in suddenly went down with a fever,this helps SOOOO much, terima kasih sgt3 :D

    ReplyDelete