­

Dedicated to Flovia James

June 25, 2010

I promised one of my best girl to write an entry about her in my blog. Well, like what I've said before, I am a kind of person that takes promises seriously like seriously. The one who'll never forget promises. Cuma, waktu untuk ditunaikan tu tak janjilah. Ini pun I promised dia awal Disember tahun lepas, and since then, I always keep this in my mind. Until today :)

.
.
.

This is her.

Her name is Bond. Flovia James Bond ewwah. Hahaaa. Flovia James okey. Kenal dia waktu form 3 tahun 2001 sebab time tu dia new student, baru masuk waktu form 3. Kelas lain. Tapi well. Pelajar perempuan baru, kenapa pula tak glemer? Semua orang soksek sana sini. Semua orang nak dekat minta biodata wtf haha. Remind me to myself back then, tahun 2000. Waktu tu saya juga baru masuk sekolah tu waktu akhir form two. Student baru tapi tak baru sangatlah. Tapi sempat popular. Lepas tu terjalin hubungan istimewa dengan anak pengetua pula dan semua student termasuk cikgu-cikgu kenal sebab rupanya anak PPD Telupid waktu tu? PPD tu apa? Cari sendiri. Popular siot.. Baru perasan. Menyesal tak menggedik dulu. Menyesal jadi baik sangat. Menyesal menyesal. Bhahahahaha. Okey ini segmen Flovia, bukan mengimbau kenangan walaupun memang mengimbau kenangan wth.

Waktu naik form 4 barulah mula rapat sebab sekelas. Frust gila awal-awal tu tak dapat masuk kelas Sains Tulen macam nak nangis je waktu jumpa cikgu yang tentukan kelas. I got kelas 4 S'Acct. Akaun. Ingat lagi. Muram gila muka. Saya tak tahu dekat sekolah lain, tapi SMK Telupid batch sebelum kami, kelas akaun kelas nombor dua SELEPAS kelas sains. Ayah pun dah tak tahu nak cakap macamana. Lepas tu jumpa cikgu balik dia cakap : INILAH KELAS ELITE.

ERK?

Cikgu kata lagi : 4 SAINS AKAUN. 4 SAINS KELAS NOMBOR DUA.

Oh no wonder ejaan S'Acct wtf buat I berdrama saja tadi, I cakap macam tu mungkin dalam hati. Mengada I tau waktu tu. Nak aje kelas first. Malu ai sekarang ni.

Kelas 4 S'Acct dalam kenangan, kan Bie? Waktu tu kami 5 orang je perempuan. Malu nak cakap tapi itulah 5 orang pelajar terbaik PMR perempuan batch kami (uh terbaiklah sangat). Bukan macam kelas lain, kebanyakan pelajar perempuan lebih banyak. Kami ini 5 orang saja, dengan 11 orang pelajar lelaki yang semua dengan perangai masing-masing. 2 tahun belajar bersama, dah anggap macam adik beradik. Masing-masing dah masak. Yalah, tiap hari hadap muka yang samaaa. Bilangan kami yang sangat sikit, 16 orang saja, berbanding dengan kelas-kelas lain yang lebih dua kali ganda dari kami. Itu yang buat kami special sikit. Guru-guru pun pandang kami macam budak-budak yang boleh mendengar kata padahal sama je nakalnya pon (- -") ah okey okey maybe ada baik sikitttt laa. Macam saya. Saya baik cuma garang sikit HAHAHA

Itu mukadimah saja.

Macam yang saya cakap tadi, pelajar perempuan 4 S'Acct ada 5 orang saja. Saya, Jasminah, Satria (Tia), Remmy, dan yes you're right, she's Flovia (Bibie). Antara 5 orang ni, Jasminah palinggg alim. Cukup ciri-ciri wanita muslimah lah pendek kata. Tia paling serious pergh hehe. Study hard gila. Remmy babe cantik ramai peminat yang selalu kelip mata laju-laju (habit dia, bukan dia sengaja). Saya paling.. garang. Saya cakap macam tu sebab ramai takut atau segan nak tegur saya LOL first time admit di sini tentang perkara ini lepas ni tak akan cakap lagi dah. Pengakuan terakhir (KONON). Dan Bibie? Dialah paling ceria, paling nakal, paling suka bercakap, paling suka bertepuk tampar dengan classmate lelaki, paling mulut longkang sikit, paling cute juga. Saya selalu tak faham dari mana si Bibie dapat tenaga berhuhahuha dari awal waktu persekolahan sampai masa loceng bunyi tanda sesi persekolahan dah habis untuk hari ini. Rajin merayau. Memang pemandangan ajaiblah kalau nampak dia duduk diam di meja dia waktu free. Ehehe. Err.. Part rajin merayau tu macam sama dengan best friends saya seorang nama Amoy Suraya (- -") Tiba-tiba teringat.

Kadang-kadang waktu petang, waktu dah habis sesi sekolah, Bibie datang rumah pinjam CD movie. Saya tidak pernah ke rumah Bibie. Rumah tidaklah jauh sangat pun. Mungkin dalam 8 minit saja berjalan dah nampak rumah dia. Tapi nak lalu pergi situ kena lalu kawasan horror. Rumah tinggal yang suram dikelilingi pokok-pokok rendang, tu yang buat kawasan tu makin suram. Lepas tu ada anjing pula. Penakut gila. Habis, siapa yang nak tanggung kalau jadi apa-apa? Mestilah diri sendiri. Hehe. Dulu rajin juga beli cetak rompak ni. Sekarang bila dah ada kesedaran, download saja. Erk kesedaran apakah haha. Masih ingat lagi, Bibie die hard fan katun POOH. Aww.. :P

Waktu awal-awal form 4 sebenarnya, masih kekok lagi. Dah kumpul budak-budak rajin membaca dalam satu kelas, memanglah sunyi HAHAHA kelakar gila. Tapi yang buat makin boleh masuk tu bila, ada idea dari salah seorang ahli kelas (tak ingat siapa) yang nak tuntut dari pihak sekolah untuk benarkan kelas kami ambil subject Biologi. Waktu tu, subject Biologi memang tak ada dalam senarai subject kami. Fizik, Kimia, Matematik Tambahan semua ada. Tak fahamlah kenapa pula kelas 4 Sains Pertanian dapat subjek Biologi, tapi kami tak dapat? Lepas kumpul persetujuan dan dapat capai kata sepakat dari Pengetua, akhirnya dapat juga subject Biologi. Semangat gila T___T Tapi, saya tidak menafikan, itu yang merapatkan kami sedikit demi sedikit. Kalau tak, tiap kali masa free, kalau tak duduk diam kelas buat hal sendiri, akan keluar cari member-member yang masuk kelas lain.

And thanks to Bibie sebab dialah kelas jadi ceria dan before naik form 5 dah tak rasa awkward lagi dah :') .. dan waktu form 5 kelas makin meriah sebab hobi dia suka bergaduh dengan classmate lelaki sekelas. Ni kalau mahu cerita satu-satu pasal setiap orang dalam kelas, memang panjang sampai korang boleh muntah hijau.

After SPM, dapat lagi sekelas dengan Bibie waktu form 6. Juga kelas pertama. Sama-sama dilantik jadi pengawas sesi 2004/05 di bawah pimpinan ketua pengawas, John Chin. Muka, cara senyum, bentuk badan, dan kemachoan (ehemm) sebijik Vincent AF1. But of course bukan itu yang qualified him to be the leader. But the showmanship and the leadership he had.

Waktu form 6 tu, kadang-kadang time free, saya dan Bibie have some talk. About anything. About crushes pun ada juga. HAHAHA. Tak lepas punyalah cerita pasal crush-crush ni. And sometime, cakap pasal S. Siapalah yang tidak tahu hubungan saya dengan anak pengetua tu dulu. Haih. Cuma jaranglah ada masa duduk berdua. Kawan-kawan makin ramai. Banyak student baru masuk after SPM. Laaaagi ramai yang tidak dapat masuk form 6. Bukan rezeki. Those yang dapat masuk form 6, are those who survived the academic phase sebab tak ramai antara kami yang memilih masuk kolej after SPM. Ramai lebih suka memilih ambil STPM dulu before degree.

Ada satu lagi benda aku memang tak boleh lupa pasal Bibie ni. Everytime birthday dia, setakat ni I'd never missed wishing her. Ayat tiap tahun mesti ada unsur-unsur eh aku sudah masuk 24 ko baru menikmati umur 23 haiz tidak adil LOL Saya lahir Disember, dia lahir Februari. Cuba teka ayat di atas diucapkan oleh siapa :D

Last time jumpa dia dalam dua atau tiga tahun lepas waktu pergi Kota Kinabalu. Terjumpa secara tak sengaja, dekat Eaton's. Gambar paling bawah tu ambil waktu tu. Makin cute dan kenapa makin sopan dan ayu, Bie? Kenapa? Aku jugak yang makin tua makin tak senonoh haish (- -")

Bertahun-tahun tak hang out dengan dia ni. Update tentang dia pun melalui FB dan melalui blog dia. Erk, ada blog?? HAHA. Itulah yang mau bagitau ni (- -")

Ingat salah satu entri saya waktu di Sufilara.Com bertajuk 'Google It!'?

Waktu di mana saya gatal nak search google dengan keyword sufilara. Dari banyak-banyak link dalam 13 page itu, saya terjumpa satu link blog yang menyebut tentang saya. Seperti dalam gambar di bawah, dalam kotak hijau :


Bila open link blog tu, blog tu dah tiada dalam daftar. She already removed her blog. Kuchiwa dan hampa sekali. Tapi lepas tu ngeh ngeh ngeh ngeh senyum balik sebab terpandang greyed link chaced di tepi link entri tersebut. I klik dan .. WALA !



Sudah berpindah ke IvyTouch :)

Dan entry yang menyebut tentang saya ada di dalam entri bertajuk .. Fine Fina. First time jumpa blog kawan lama. Excited gila. Kawan-kawan lama yang lain, mari berbelog!


And she said she missed me :')
I MISS YOU TOO BIE T_______T

Saya pun tak tahu kalau masih ada lagi orang panggil dia Bie. Saya tetap mau panggil dia Bie. My Bie, my Bie, myVi. Eh. Err :D

Terbaiklah korang boleh baca sampai habis entri ni @_@

You Might Also Like

4 comments

  1. wow!!kwn lm..best baca..^_^

    ReplyDelete
  2. darling, this theme is so gorgeous. Queenlyana love it..! sangat cantik. Sangat kemas and interesting wooo.

    anyway, panjangnya entri. :D
    miss you bebeh :)

    ReplyDelete
  3. Ann

    Ann. i wish i know u. kawan lama bibie or kwn lama sy? sbb ramai kawan nama ann. kalo bleh xmau silap org :D

    ReplyDelete
  4. ♥ lyana,

    kak lyana syg! glad to know u like it. simple sj. bila dtg mud tu, pjglah entri jawapnya. penyakit blogger ahaha.

    miss u too kak ^^

    ReplyDelete