Sophiesm Recipe.

June 30, 2010

Baiklah, mari beralih ke segmen Mari Belajar Memasak. Yang dah pandai tu tolonglah tak payah tunjuk kau dah pandai. Aku memang tak pandai, nama segmen pun dah Mari Belajar Memasak bukan Mari Memasak atau lagi up Mari Jadi Chef tsk tsk malulah kalau ada komen cakap "Eh macam tu ke, bukan macam ni ke?" atau "Kau masak macam budak tadika". Nanti takut owner blog jadi mimpi ngeri sebab kan dah warning awal-awal. Heh heh heh.

Saya suka masakan lauk pauk. Kalau menu-menu macam laksa, bandung.. Saya bukan tak suka cuma kurang berminat. Lagilah kalau bakery. Not really interested. But I would always like to try western food nanti sebab I love dressing dia ehehe.

Okey berbalik pada yang tadi.

Ini segmen khusus untuk para-para bujang yang baru nak belajar memasak atau yang tak ada cukup bahan dalam rumah atau yang nak bahan-bahan simple saja tapi hasilnya tetap sedap (kalau pandai masak) LOL. Okey yang mana satukah anda? Hahaha.


Ini nasi lemak yang mama jual tiap pagi di kawasan blok kedai mama untuk duit sampingan. Selalu laku. Sekejap saja dah habis jual. Dan dari hari Isnin sampai Jumaat, inilah sarapan pagi saya setiap hari. Tapi bukan nak bagitau macamana nak buat nasi lemak.

Nampak tak kotak dashed hitam tu? Saya fokus gambar dekat sambal nasi lemak tu. Itu sambal nasi lemak mama.

Ada DUA resipi.

Resipi simple yang pertama ;

Sambal Terung



Bahan-bahannya adalah seperti yang di atas, saya jot down di bawah sini ;
  1. Terung yang telah dipotong dan digoreng (3-4 buah, untuk lunch 4 orang manusia yang selera makan dia average saja)
  2. Sambal nasi lemak yang dah sedia ada rasa tadi (3-4 sudu makan, jangan banyak). Sambal nasi lemak tak susah nak buat, cari dekat sini pun boleh. Pesan dekat mak anda sambal yang mak buat jangan letak apa-apa sebab boleh guna untuk macam-macam jenis masakan. Salah satunya yang saya ajar ni lah :D Lagi jimat masa jika letak perasa sedia dalam sambal tu.
  3. Udang kering yang telah ditumbuk lumat (sebelum ditumbuk, rendam dulu dalam 30 minit; untuk bagi dia lembut. Sementara tunggu dia lembut, boleh pergi goreng terung atau basuh pinggan atau lap meja atau hiris bawang atau sediakan awal-awal bekas untuk lauk-pauk yang dah siap dimasak, atau macam saya, saya pergi tetak sukuan ayam (wah tetak) yang mak dah tolong keluarkan beberapa jam sudah dari freezer sebab nak tunggu hilang beku. Atau, anything. Tips : Guna masa di dapur seefisien mungkin)
  4. Bawang merah dan perasa (tidak ada dalam gambar)
  5. Hirisan daun bawang, contoh hiasan saya bagi (jika nak hidang depan mak mentua) 
 Resipi simple yang kedua ;

Ayam Masak Kicap Mungkin
(ada bunyi tak sure dekat situ)

Bahan-bahannya ;
  1. Ayam ditetak dadu
  2. Bawang dihiris dadu
  3. Kentang dipotong dadu
  4. Sos tiram
  5. Sos kicap
  6. Perasa
  7. Rempah kicap
  8. Serbuk lada hitam
  9. Daun bawang, hirisan lada merah, dan hirisan bawang besar berbentuk cincin (untuk hiasan)

Ini hidangan untuk 8 orang ni (average appetiter)

Okey, selepas menetak ayam, 1) basuh bersih-bersih, dan 2) toskan dalam bekas berjaring. Lambung sikit-sikit ayam dalam bekas tu, bagi air dia tak tersekat di mana-mana. Faham tak maksud saya? Saya tak jumpa perkataan lain nak ganti perkataan lambung.


Ini lebihan bawang besar yang saya potong bentuk cincin (untuk hiasan hidangan  macam di gambar kedua tadi. Yang ini, saya potong dadu dan tetak-tetak randomly (horrorlah guna perkataan tetak ni). Lepas tu 3) masukkan dadu-dadu bawang tu sekali dengan ayam dan gaul. Sebenarnya saya lebih suka guna bawang merah (sebab bau lebih kuat) tapi sebab untuk masakan ni tak perlu ada bawang merah, dan bawang besar pun masih ada lebihan, saya guna bawang besar. Tujuan letak bawang adalah untuk hilangkan bau dan rasa hanyir ayam mentah sekelip mata. Memang berkesan menghilangkan bau hapak *iklan Febreze®*. Kecualilah kalau ayam tu memang dah tak elok sebab simpan lama sangat (- -")


4) Letak sos tiram. Saya biasa guna sos tiram produk Maggi. Berapa botol nak tuang, ikut saiz hidangan. Ehehe taklah, janganlah sampai pucat gigi tu. Taklah sampai satu botol pun. Ayam Masak Kicap Mungkin saja. Bukan Ayam Masak Sos Tiram. Maybe, around 5-6 sudu makan dah cukup. Ikut citarasa masing-masing :)



5) Letak sos kicap. Letaklah berapa banyak pun sampai diyakini akan nampak macam Ayam Masak Kicap. Nanti kita nak perap dia. Perap ke peram? Mana-manalah.


6) Masukkan juga perasa macam gula dan garam. Tapi dalam kuantiti sedikit saja, sebab sos tiram dan sos kicap itu sendiri dah ada perasa. Cuma kita nak bagi rasa dia lebih lagi sikit. Kalau taknak pun tak apa. Ikut citarasa sendiri. Selain tu, saya ada letak juga sikit sambal nasi lemak mama, dalam satu sudu saja. Cantik sikit colour dia ada tone merah :P

Selepas letak perasa-perasa, gaul sebati. Ceh ceh.


Okey siap dah boleh makan sekarang.

TAKLAH.

Gurau. Maksud saya, boleh biarkan dia sebentar. Perap dia dulu. Bagi perasa dan perisa meresap.
.
.

Beralih semula ke resipi simple yang pertama tadi. Tumis.

Cara-caranya,
  1. Panaskan dua sudu makan minyak masak.
  2. Masukkan bawang merah yang telah dihiris, tumis dan tunggu sampai naik aroma.
  3. Masukkan udang kering yang dah ditumbuk lumat (saya tumbuk guna lesung batu saja, malas nak guna pengisar sebab kuantiti bukannya banyak) dan gaul dan tunggu juga sampai aroma udang kering tu naik.
  4. Masukkan sambal tadi. Gaul dan ratakan sekejap kemudian,
  5. Terus masukkan terung goreng tadi. Gaul-gaul sikit dan okey! Selesai. Masukkan dalam bekas. Tak ambil masa yang lama untuk masakan ni ^^


Ah okey tak nampak macam tasty. Macam hangus pula dalam gambar ni. Orang Dusun kata, KOGUTAN. Haha. SEBENARNYA TAK HANGUS PON. Hidangan ini tak jadi bagi mak mentua.

Ayat last tadi bermaksud macam ini --> Hidangan tak jadi untuk diberi pada mak mentua. Jangan baca macam ini --> Hidangan ini tak jadi, bagi mak mentua.

Kalau hidangan tak jadi lepas tu pergi bagi mak mentua, confirm di-reject di tempat kejadian.

.
.

Resipi simple yang kedua tadi ;


7) Letak rempah kicap sikit. Selebihnya nanti kita letak waktu sedang masak.


8) Boleh letak serbuk lada hitam juga SIKIT.

Okey, cara-cara memasak ;
  1. Panaskan minyak
  2. Goreng kentang (letak perasa sedikit) Kentang biasanya ambil masa yang lama so dalam masa menunggu tu, boleh basuh pinggan dan bekas yang dah diguna untuk masakan pertama tadi. Tapi ambil masa juga in between untuk kacau-kacau kentang, bagi masak sama rata.
  3. Bila agak-agak kentang dah masak (jangan biar lama sangat sampai kentang tu hancur), masukkan ayam yang dah diperap tadi. Gaul rata.
  4. Masukkan perasa tambahan (ikut citarasa) dan tambah kicap untuk dapat warna hidangan yang dikehendaki. Ayam kicap isn't supposed to be pucat kan. Masukkan air sikit untuk kuah (I prefer lauk pauk yang tak berkuah sebenarnya tapi most people tak suka kering-kering kan; termasuk family sendiri, so kenalah juga masukkan 1-2 gelas air tsk) dan masukkan rempah kicap juga jika perlu.
  5. Pastikan ayam dah masak dan pastikan rempah dah betul-betul sebati dengan rasa masakan sebelum tutup api :)
  6. Hias ikut kreativiti.


Siap! Boleh lunch dah :)

This is my first picture uploading experience using updated editor of blogger. Selama ni guna old editor punya sebab dah terbiasa guna yang lama. Well, editor yang baru ni sangat bagus sebenarnya. Saya cakap sangat bagus sebab bukan setakat bagus saja. Banyak feature yang old editor tak ada. Dan satu yang paling obvious dalam entri ni, pictures' size can set from small, medium, large to x-large. Since large punya saiz tak besar macam yang saya nak, saya pilih x-large which, macam terlalu besar lah pula. But, I'll stick with x-large theehehe sebab puas mata memandang puas lagi hati orang yang mengupload.

All instruction jelas kan? Get back to me if you've tried my recipe ya. Would love to know :)

You Might Also Like

10 comments

  1. Aku bangga dengan kau!!!!

    Huwaaa.. Aku jeles sebab aku je yang tak pandai-pandai lagi masak.. Adehhh...

    ReplyDelete
  2. nmpk sgt YUMMY!!!
    Nnti bole la try...
    frh pon mcm rajen plak nk try2 msk skg.
    maybe sbb dh busan mkn lua...
    huhu

    ;)

    ReplyDelete
  3. AuraFIza,
    ko ni. sy pun lbh kurang jak ngan kau fiza. n bukannya ko tdk tau masak kan. ko kawen nti otomatik ko pndai masak. suda terbukti. trust me haha.

    ReplyDelete
  4. menggiurkan...FYI,amal adalah peminat terung.terung masaklah apa pun,mmg my fevret.tmbah sambal terung...mmg hantu raya.nnt klau kawen n mkn berdab,menu wajib adalah smbl terung.nnt masakan utk saya ye...smbl terung dan ayam itu~

    ReplyDelete
  5. Fara,
    are u serious nampak yummy? hehe.. compliment lagi :P

    if ada resepi simpel2 nti fara share la juga ya ^^

    ReplyDelete
  6. amalmeor,
    guess what, saya pun suka mkn terung juga. especially sambal terung. pergi mana2 restoran kalo jumpa meti sambar. smpai mama ckp.. : 'u and ur smbal terung'. haha ;P

    mjlis kawen tu 1 kemestian kan. ngehehe

    ReplyDelete
  7. cantik, menarik, tertarik u mmg da bomb...kelihatan sungguh sedap...betul ker sedap? Anyway tq for the recipe...kalo ada lain ringan2 kanle tangan taipkan recipe k...I dah follow!

    ReplyDelete
  8. mytrajet74,
    sbnrnya dah boleh buat restoran kampung2 ngahahah tak terjamin sedap :P of cos byk resipi nak diperturun ni (pasan).

    ReplyDelete
  9. mcm sedap je, nak cube lah nt..erm mane nak cari rempah kicap tu?

    ReplyDelete
  10. Inspirational Jewelry Wholesale,
    rempah kicap tu ada je jual.. byk. tempat jual rempah2 ;)

    ReplyDelete