Bila dendam tak lagi bermakna.

July 23, 2010

Mungkin sebelum baca entri ini, kamu harus baca dulu entri yang I N I.

Dari kiri : Ng Ming Lee, yours truly, her, Zulnur'ain, Salfuddin, dan hujung sekali, Lee Thien Siong.

Ada satu waktu bila ketua kelas, Meikli (muka ketua kelas kami ni serius muka dia macam Shane Westlife. Tak tipu) buat rombakan kedudukan meja, aku lewat masuk kelas (sebab bertugas di pagar sekolah catit nama student yang lewat datang muahahah evil). Bila masuk kelas, meja saya entah ke mana-mana dah. Orang dah sedia maklum aku jenis tak kisah. Tapi letak pulak meja dekat paling depan wth hahaha. Kerja siapa entah. Waktu tu diorang susun secara grouping ala-ala macam susunan waktu tadika dulu. Kelakar bila ingat balik. Kalau ada ex-classmate baca blog ni, tolong jangan bagitahu saya itu idea siapa LOL.

Waktu itu saya nampak setiap group 5 orang, paling ramai 6 orang, dan ada satu group tu ada 3 orang dengan 3 meja saja kesian. Well, those three was her dengan dua orang kawan baru dia, juga antara kawan-kawan yang baik dengan saya. Seorang dengan nama glemer Djul (Zulnur'ain, I call him Zul) dan seorang lagi nama glemer Tsal (Salfuddin, but I call him Salfuddin juga). Saya masuk group diorang, selamba tarik kerusi dan meja ambil tempat duduk sebelah her. 

Tak lama selepas tu, Ah Ming (Ng Ming Lee, kami panggil Aming) dan Lee (Lee Thien) ambil tempat satu group dengan kami. Saya sebenarnya tak merasa apa-apa masalah ambil tempat duduk berdekatan dengan dia (mungkin waktu tu saya saja nak psiko orang kot ngahaha), dan hasilnya ada orang rasa serba salah. Bukan saya yang cakap, kawan dia yang cakap dia serba salah lalala.

Serba salah? Apa Fina cakap ni, kata anda.

*Mood serius, dahi berkerut* BEGINI.

Sometimes I fikir, why her? Kalau benda nak jadi pun, kalau S nak berpaling pun, kalau itu takdir, saya akur. Tetapi kenapa mesti dia. Dia yang bagi saya sebenarnya perempuan yang tahu berfikir, yang saya lihat sebenarnya mampu menghargai persahabatan. Bukan setakat pandai membagi alasan "Be professional" dan "Semua ini di luar jangkaan kami sendiri." Peh. Ini soal hati dan perasaan beb. Tiada urusan rasmi. Jadi aku nak cakap, professional kepala hotak (tsk sorry terkasar). Lagipun part mana ketidakprofesionalan aku waktu tu kalau professionalism itu yang dipersoalkan? Memang aku insan patah hati yang di tengah malam menangis sendirian waktu itu. Memang aku insan patah hati yang menahan rasa remuk tiap kali dan SETIAP HARI melihat perempuan itu di kelas waktu itu tapi sekali pun aku tidak pernah bermasam muka, tidak pernah menjauhi sebab aku hanya lebih kuat untuk hanya memerhati, tanpa kata. Aku tiada kata untuk diucapkan, sebab aku tahu itu semua telah tiada. Aku malah tidak berikhtiar untuk berkata apa. Semua sebab aku tak daya apa-apa saat nyawa aku sendiri perlahan-lahan meracuni hidup aku *senyum pahit*. Di luar aku masih ketawa. Tapi di hati, ribut ombak badai puting beliung semua ada.

Bukan aku yang menjaja cerita minta dibelas kasihan. Mangsa luahan kekesalan aku hanya pada Ziela. Kesian Ziela. Kadang-kadang dia marah juga dengan sikap saya yang dia sifatkan EGO. Satu perkara aku suka berkawan dengan Ziela, kerana dari awal sekolah menengah lagi aku sudah ada tempat untuk bicara tentang satu-satu hal dengan cara yang matang. Hee. Dan seorang lagi tempat aku mengadu, Padil. Kadang-kadang bila ditanya, aku akan bercakap tentang hal tu pada Padil, sepupu aku juga rakan baik aku juga rakan baik S. Itu pun setakat yang aku rasa dia patut tahu. Aku kata aku kecewa, dan bila aku kata aku kecewa, aku memang kecewa. Tidak perlu lebih banyak berkata, sebab itu lebih melukakan aku. Satu, aku kecewa hal S dan perempuan itu. Dua, aku kecewa cousin yang membesar bersama aku sendiri merahsiakan semua itu dari aku. Pengkhianatan pertama. The first cut. Again, hanya pada mereka sahaja. Itupun hanya bila ditanya. Kalau orang lain yang bertanya, mungkin aku akan jawap beberapa patah. Kemudian diam. I guess, diam saya diorang boleh faham sebab semua orang waktu tu macam faham :P

Semua orang maksud saya, rakan-rakan dari ketiga-tiga dari kelas form 6. Kelas Ekonomi, Kelas Geografi, dan Kelas Sastera. Budak form lain tak boleh masuk campur hal budak-budak dewasa. HAHA.

Hal yang sepatutnya hanya diketahui antara kami dan orang-orang terdekat saja, telah terang-terang orang-orang yang tidak berkepentingan dalam hal ini turut tahu, malah mungkin lebih tahu. Jadi, jika profesionalism itu yang diminta, jangan minta pada aku. Bukan aku tapi dia sendiri. Dan hanya dia.

Dan alasan "Semua itu di luar sangkaan kami." Apa yang di luar sangkaan agaknya. Cinta antara kamu? Heh. Aku ingat sampai sekarang, saat kamu berdua berani-berani melukakan hati. Kejadian berlaku waktu Julai tapi sebelum cuti semester akhir persekolahan bermula pun perempuan tu dah berpaling pada orang lain selain S. Cinta apa itu? That time, orang cakap pada saya, S ketulahan. Ketulahan itu samalah macam pepatah what goes around comes around. Karma. Aku terlalu muda untuk mengerti permainan hidup. Masih belum melihat dunia luar, di mana bersangka baik tidak selamanya akan membantu malah rasionaliti yang positif dan kritikal itu yang paling membantu.

Kita pernah beberapa lama berkongsi rahsia sebelum kejadian tu menimpa kita. Aku tau kamu berminat dekat budak lelaki pengawas sekolah tu jadi saya tak sangka lain yang berlaku. Aku tak sangka aku tak diundang ke majlis sambutan hari jadi kamu, rupa-rupanya sebab S ada mahu turut meraikan bersama kamu, malam kamu dilihat rapat semacam, juga malam kamu declare. And, you know what, Mazlan is the first one who told me what was going on. Semua orang tahu tapi tak ada siapa yang berani nak buka mulut depan saya. Cuma Mazlan saja yang tampil, bagitahu. Saya mula-mula tak percaya. Dia kata dia datang sebagai seorang kawan. Dia cakap lagi dia bukan nak hasut, sebab dia cakap benda betul. Ingatan saya jelas lagi. Dia kata dia bukan nak hasut. Tsk.

Aku ingat dulu, aku cukup beriya-iya menolak apa yang dikatakan oleh Mazlan. I'd never trust Mazlan anyway. Dia tu ada rekod buruk sebab pernah hancurkan hati my bestfriend Ziela huh. Walaupun deep inside, aku memang sudah sedia merasakan kelainan, tapi aku sendiri tidak mahu percaya pada naluri aku sendiri sebab aku percaya. Aku percaya pada sahabat aku. Heh. Kenapa sampai sekrang aku tidak pernah belajar, sahabat itu bukan semua boleh dipercaya?

Selepas semua dah pasti, selepas akhirnya S sendiri mengaku, lepas tu baru yang lain satu-satu mengiyakan. Banyak yang diorang saksikan sendiri di belakang pengetahuan saya. Bila ditanya kenapa baru nak bagitahu, alasan mereka, mereka tak sanggup bagitahu sebelum ni.

Do you have any idea of how heart-breaking it was? *senyum pahit lagi* I was just 19 years-old while struggling myself on one of the most painful circumstance in my life. Still.

Dulu mungkin aku ada menaruh sedikit rasa dendam. Tapi sekarang, sudah bertahun-tahun pun. Setelah ada noktah di baris akhir entri ini, maknanya aku telah selesai.

Aku harap kau baca. Aku tulis entri ni sebab aku rindu kamu, kamu, kamu dan kamu. Paling utama, kamu, perempuan. Walau apa yang pernah berlaku, saya tidak punya dendam yang terlalu pada kamu. Cemburu itu, mungkin. Sebab kamu lebih cantik. She's a mix. No wonderlahkan. Aku lepaskan semua. Sebab, kita pernah ketawa bersama. Kita pernah jalan beriringan bersama.

Paling utama, kita pernah bersahabat.

Picture atas tu aku jumpa di blog friendster aku dulu :')

Salfudin - Antara rakan yang kata-kata dia tak pernah upaya untuk aku patahkan. He called me Nie'. Gila annoying. Juga my fullname. Hasnie Falina.
Zulnur'ain - Zul, saya minta maaf.
Aming - Mana kamu?
Lee - Boleh tak jangan timbul tenggelam timbul tenggelam :P

Juliana - I've been searching for you, kinda miss you. I really do. Kita tak sempat nak berkawan lama kan?

You Might Also Like

15 comments

  1. pergh..pengawas tu..
    takut2..
    =P

    ReplyDelete
  2. Wow!
    Umur 19 sudah berhati remuk bagai.

    Aku sewaktu 19, masih bermain lumpur lagi tau.
    Betapa naif dan comelnya aku ini.
    Hiks! ;p

    ReplyDelete
  3. Fina,
    kamu pon sgt cantek ok!
    jgn penah bandingkan dri kamu dgn pompuan tu.
    becoz eventho die dpt sofrie.
    doesn't mean she is better than u...

    ReplyDelete
  4. Vic_guLr86@yahoo.co.uk23 July, 2010 20:36

    huhu..
    zmn2 kita yg ckup manis..ooppps pahit hehe
    zmn sklh..fikirn bengong ckit..ati penuh rasa..aahh mo balik merasai zmn 2..

    ReplyDelete
  5. search this on fb
    june edward
    she already married got baby sudah
    u should stop thiking about past.she not with sofrie pn
    marry sma org lain jua.hope will help you if you really want to be her friend back.give a try :)

    ReplyDelete
  6. Si Kachak Suparjo,
    cerita setiap org berbeza. kita bahagia hari ini, tidak mesti akan datang tak pernah akan rasa kecewa. kecewa hari ini tidak mesti esok tak ada bahagia :)

    ReplyDelete
  7. Fara,
    saya sedar itu fara, tp kita manusia selalu terlupa atau buat2 lupa T_T remind me next time please kalau saya terslh langkah lagi..

    ReplyDelete
  8. Vic_guLr86@yahoo.co.uk aka Ziela,
    cukup manis, cukup pahit, cukup masin, cukup pedas :P cukup semua rasa, kan? haha. sy tidak mau balik utk rasa balik semua itu. tp balik utk mengubah sesuatu, mau juga :D

    ReplyDelete
  9. Anonymous,
    i'd never place her as my enemy either. she was just a part of my deep scar inside me, but i know she's a gud girl. it's just, what she have done.

    i'd just search for her. and found. thanks :)

    ReplyDelete
  10. luka mungkin sembuh tapi akan berparut..
    parut tue la klu tatap hari2 makin bisa...
    untuk kamu fina semua dah ditakfirkan
    hanya tunggu hari dan masa yg sesuai untuk berlaku
    maybe its time to you with him again!!
    good luck in everythings you do

    ReplyDelete
  11. Interesting. Sangat2. Kalau saya penulis novel, saya nak bagi tajuk Lagenda Cinta Pertama. Nampak sangat tak pandai pilih tajuk.:p.

    Like u said...first love never die. Tapi rivers never return. Past is past. And sometimes, u just live it to God.

    Sofrie mungkin cinta pertama. Siapa2 saja mampu menjadi yang pertama tapi tak semua layak menjadi yang terakhir. Kisah cinta setiap orang selalu bermula dengan cinta pertama tapi yang penting fikirkan bagaimana untuk mencari cinta terakhir.

    Setiap sang hawa pasti ada Adamnya. Adam yang terbaik untuk Kak Fina.

    Setiap orang punya jodohnya masing-masing.Umpama Mesir dengan sungai Neil.-Ayat-ayat Cinta-

    ReplyDelete
  12. saya masa form 1-3 je jadi pengawas..but then,bila naik form 4 resign..malas seyh nak jadi da..student2 menguji tahap kesabaran..haha

    ReplyDelete
  13. i know i a bit late, but it's better than never kan Na.. maybe sya yg xphem dlu.. tp sya dh phem.. happy for your life now :)

    ReplyDelete
  14. Ivy James,
    never too late, as long as entri ni masi ada dlm blog. hehehehe.. was a bit out of my mind when writing this story. but itula yg sy rasa time tu.

    bie thanks for commenting. how did u get here?? punya lama suda ni hehehe :)

    ReplyDelete