­

THE LUNCH

May 23, 2008

aku di meja makan. pipie juga. lunch. usai makan, aku melihat pipie.

"Pipie.. mkn pelan2", pesanku bila melihat anak itu makan agak rakus.

aku mencapai gelas dan minum. mata masih tertancap pada anak itu. masih lagi seperti tadi. berpura tidak mendengar. aku yang sudah biasa dengan keadaan itu cuba lebih bertegas.

"makan pelan-pelan pie." mata dibulatkan sedikit merenung gerak geri pipie. sebenarnya lucu juga dengan reaksi anak itu selepas itu.

dia buat muka mr Bean ke arahku, muka curious. aku tidak bereaksi melihat anak itu begitu - sebab da biasa sangat. kemudian dia menyuap nasi ke mulut dengan gerakan yang slow motion. amat slow. rasanya semut berjalan lagi laju. kunyahan di mulutnya jgn cakapla. agaknya kalau dibiarkan 5 minit pun belum lagi ditelannya. agaknya dah berkuah di dalam.

"kenapa lambat betul tu?"

"ckp tadi pelan2."

aku senyum. geram sdkt. loyar buruk budak ni..

aku kemudiannya perasan pipie masih lagi menggunakan tgn kiri ketika menyuap mknan. lalu berpesanlah lagi seorang kakak..

"makan guna tangan kanan bah pie..."

and after giving me that mr Beans strange look.. again, die masukkan tgn kanan dan kirinye ke dalam baju tshirtnya. menyilangkan kedua-dua tangannya d dalam, dan tangan kirinya keluar dari celah bahu tshirt sebelah kanan. kemudian sambung makan tanpa rasa bersalah.

aku terbahak seorang sedang pipie masih begitu. bingkas ke ruang tamu pening bercampur lucu dan sedikit geram memikirkan telatah budak2 zaman sekarang.

You Might Also Like

0 comments