Mengertikah kita?

January 26, 2009

Kalian tahu?

Sebagai seorang kaunselor pelatih, melalui pengalaman kesukaran menjalani hidup dan menyelami perasaan dan derita insan-insan lain merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukkan konsep dan kematangan dalam diri kami ke arah menjadi seorang kaunselor yang tahu serba serbi dan mampu berfikiran lebih jauh ke hadapan serta mendidik rasa empati dalam diri.

Sebab itu, Pulau Sayak adalah pilihan Encik Azmi untuk kami. Knew it!

Pada 22 Januari hingga 25 Januari 2009, kami berkampung di Pulau Sayak. Kami seramai 53 orang.. 8 orang lelaki dan yang lainnya perempuan. Dua dorm untuk perempuan dan 4 chalet kecil untuk lelaki. Cuaca dan habanya amat panas terutama pada waktu matahari sedang tinggi (Penginapan kami betul-betul berhadapan dengan laut), da tempat tinggal pula macam sardin. Bayangkan bilik sumbat 12 katil double-decker bersamaan 24 katil dalam satu bilik kecil. Dan bilik itu memang penuh dengan katil dan tiada ruang kosong pun. Yang ada cuma ruang kosong di bahagian pintu untuk memudahkan keluar masuk dan jalan sempit yang muat untuk seorang sahaja.

Itu hal penginapan. Hal kebersihan diri lain pula. Pulau Sayak sebenarnya boleh saja dimajukan kerana pemandangannya yang cantik. Tetapi sayang, kerana masalah ketiadaan keperluan asas iaitu air membuatkan pembangunan itu terbantut. Kot. Aku pun agak je. Hehe. Air yang kami dapat pun yang dihantar oleh Jabatan Air.

Ohya, sebelum terlupa. Pada 25 Disember 2004 yang lalu, Pulau Sayak merupakan salah satu tempat yang menjadi mangsa ombak Tsunami. Syukur, tiada kematian yang berlaku.

Berbali pada cerita..
Nasib baik makanannya amat sedap. Boleh tahan-lah. Konsep ala-ala katering. Jadi boleh makan banyak. Hoho. Lemak di badan terasa semakin bertambah. Memang sah dah bertambah. Waduhh.. Teringat waktu KPO pada 15-17 Januari lalu. Makanannya juga sedap, tapi amat kedekut. Huh.

Masih terdengar-dengar desiran ombak di telinga ni. Told you, i love seas! Tempat kami menjamu selera pun berdekatan dengan laut. Macam di Kuala Perlis. Pemandangan di Pulau Sayak wajarlah juga dipuji. Memang cantik. Selama 4 hari kami di sana, air surut. Rasanya waktu air pasang, lagi cantik. Terutama waktu matahari nak naik, atau nak tenggelam. SUBHANALLAH..

Sepanjang kem ini, masing-masing sibuk bergambar. Sangat fun, tetapi saya lebih selesa cuma melihat aksi-aksi menadah muka itu dari tepi. Bukan apa, tidak wajarlah rasanya wanita seayu saya terkejar-kejar mengejar duniawi dan glamor (Aik?).

Saya belajar banyak perkara. Saya belajar berterima kasih. Dan saya belajar menghargai. Don’t get me wrong. Tidak bermakna saya ini jarang berterima kasih dan jarang mahu menghargai. Saya cuma semakin mengerti bahawa berterima kasih dan menghargai itu sebenarnya lebih dari apa yang kita praktikkan sekarang ini.

Di sini saya senaraikan 10 perkara yang bukan mudah untuk dilakukan oleh kita sebagai manusia..

- Meminta maaf
- Memulakan semua sekali lagi
- Mengaku salah
- Minta nasihat
- Tidak mementingkan diri
- Terus mencuba
- Berfikir sebelum bertindak
- Memaafkan dan kemudian melupakan
- Menerima kritikan
- Empati


Sejujurnya, saya hanya mampu melepasi beberapa perkara yang disenaraikan disini. Yang mungkin tidak perlu saya nyatakan. Yang lain? Nyata saya ini penuh kekurangan jua, seperti apa adanya manusia biasa.

7 lagi perkara yang sempat saya belajar ialah..

Jangan bertengkar membandingkan –
- Siapa yang lebih terpelajar
- Siapa yang lebih berpakaian cantik
- Siapa yang lebih tingi status
- Siapa yang mempunyai idea yang lebih baik
- Siapa yang lebih kacak atau cantik
- Siapa yang lebih berkuasa
- Siapa yang patut mengaku salah

Sama-sama kita renungkan. Saya juga sedang belajar..

Selepas keluar dari Pulau Sayak, kami pergi ke Pusat Serenti Sungai Petani (PSSP) untuk membuat sesi, kemudian balik ke kampus. Such a relieve! Boleh mandi puas-puas dengan air bersih. AH!

Habis.

Terima kasih pada Encik Din, Encik Hamdan, Encik Mi (Lecturer FPSM), Pak Abu (Dato’ Abu Seman Awang), dan Cik Siti Rozaina (Lecturer FPSM) kerana bersama-sama kami dalam kem ini dan membimbing kami menjadi insan yang lebih bermotivasi.


You Might Also Like

0 comments