Mencari Template Blog Yang Baru?

June 05, 2009

Salam.

(Ceh, macam tak pernah-pernah bagi salam dalam blog. haha) Hari ni macam biasalah, duduk tercanguk dekat kaunter jaga kedai. Kedai runcit mama. Jika (ceh jika) ada pelanggan datang maka (ceh maka) _____blank. Malas dah mau sambung ayat. Asyik diejek ceh-ceh oleh _____blank. Eh siapa? Err.. Bukan ke diri sendiri? Hahaha. Sebenarnya nak try _____blank ini. Satu penemuan baru. Sejenis kod xml yang saya jumpa.. target: _blank. Boleh jadi bahan baru dalam berblog. Berkesan ke tak kat readers? Kalo tak, taknak guna dah. Hahahahahaha. Okay tak lawak pun Fina. Pathetic, instead. Bukan Fina yang pathetic. Tapi perangai dia okay? Menyampah kat Fina T______T

Okay serious.

Hari ini, terjumpa blog INI dan INI. Buat siapa-siapa yang berniat nak tukar template blog sendiri atau mungkin berniat untuk mula berblog di Blogger.Com, site BloggerStyles dan IpieToon ini mungkin boleh membantu anda. Ada lebih kurang 200 pilihan. Layout kemas dan teratur. I can't say that it will fits everyone's taste tapi amat sesuai untuk dijadikan sebagai asas blog sebelum modify (kalau nak modify). Don't worry it's free. Sebagai tambahan, saudara saudari mungkin boleh merujuk di blog tutorial berbahasa melayu yang sering saya kunjungi : DilarangMelarang & TeratakMuncet. Tadi buat template digging, ada jugak terjumpa layout untuk She's Got Style macam yang saya tengah guna sekarang ni. Dalam hati berkata, nasib baik dah modify, kalau tak, macam tak seronok pula guna template yang kita boleh jumpa merata-rata dalam internet. Hehehe. Sekadar berkongsi. Sedih kena tuduh Miss-Know-Everything padahal taklah sehebat tu. Tsk Tsk. Dahhhhhhhh memang minat main mekap-mekap nih.

Okay sebagai membuktikan saya ni BUKAN Miss-Know-Everything, saya ingin mengakui bahawa saya tak tahu macamana nak update blog menggunakan handset macam yang Farina pernah buat. Dah pernah try tapi tak menjadi. Ah sudahlah kan dah ada broadband =P

Tadi dah tukarkan Dana blog template dia (yes she has a blog and yup, I have her password) yang dah lama tak berupdate. Well, her previous blog seems a bit herot sana herot sini. Lepas tu background image lambat load pulakkk ______blank Okay saya yang buat dulu. Hakhakhak :D Since dia pun dah lama tak update blog (maybe she will come sometimes), saya nak try guna blog dia untuk mencuba dan memekap-mekap blog setebal mungkin. If you want to take a look at her blog, you can click HERE. Waktu entri ini dipublish, saya baru je lepas tukar template dia tapi belum ubah apa-apa lagi.

Ada cadangan blog tutorial melayu yang lain tak? Please be a darling and do tell me. Sambil buat muka comel dan mata kelip-kelip bercahaya pandang anda. Ya ANDA. Haha.

Okaylah, macam biasa, see you later =)

You Might Also Like

0 comments