­

Tidurlah Permaisuri.

July 29, 2009

Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah Wahai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata ahai tidur nyawa

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Ku berjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah

Tidurlah Permaisuri
.. oleh P.Ramlee

It's 3:35 AM. Sedang mendengar lagu di atas.

Since I was a kid, my beloved ayah akan mendodoikan saya eh kami adik beradik dengan lagu ini. Do you know this song? I can only sing "..tidurlah wahai permaisuri, tidurlah..". Sumpah sangat soothing especially jika ayah saya yang menyanyikannya to send me to sleep. Tapi bila yang bongsu pun sudah hendak masuk sekolah menengah, saya sudah jarang terdengar ayah menyanyikan lagu ini. How I miss it. I miss it, really. And I miss you ayah. I miss my family T____T I wanna go home so bad now. I miss mum too. I miss Dana. I miss Udung.. My cat yang sudah mati. Eh tiba-tiba. Tapi ini serius.

Saya adalah anak sulung dalam keluarga. Saya melihat adik-adik saya seramai 4 orang dibesarkan terutama Dana (14 tahun) dan Pipie (12 tahun). Dan saya masih ingat, apabila ayah mahu mendodoikan yang lelaki, he will simply tukar perkataan permaisuri itu kepada perkataan permaisura. Ah manisnya kenangan.

Air mata sedikit tergenang dalam mata. Now that I don't have my ayah beside me untuk menyanyikan lagu ini lagipun sudah besar jadi malu lah sikit, biarlah saya nyanyi untuk diri sendiri saja. Next time when I am married, I am sure I will force (sila ambil perhatian perkataan force HAHA) my future hubby untuk menyanyikan lagu ini untuk saya tiap malam dan menyanyikan lagu ini untuk mendodoikan anak kami.

Jadi kualiti suara yang baik adalah satu bonus untuk menjadi suami saya, terima kasih.

Ayah, Mak, I love you.. T__T

Speaking about mama, teringat mama ada cakap salah satu Sekolah Menengah Sains Kota Kinabalu Sabah (bekas sekolah Dana - Dana pindah sekolah baru beberapa bulan) telah ditutup sebab ada beberapa orang pelajar telah positif H1N1 dan ramai pelajar disyaki dan dengar-dengar sekali dengan pengetua sekolah pun kena H1N1 dan beberapa orang guru disyaki. Ohmygod those are kids! Apa perasaan ibu bapa masing-masing memikirkan anak telah dijangkiti di mana rawatan untuk mengubati masih belum ada, sambil mendengar di berita sudah 4 kematian dilaporkan akibat H1N1?

Hati mereka pasti hancur =(

You Might Also Like

3 comments

  1. kasih mama membawa kesyurga, kasih ayah takdok tolok bandingnyerrr bahh..

    ReplyDelete
  2. never heard of the song. hee~

    ReplyDelete
  3. en_me,
    betul bah?

    IeshaGunn,
    you know you can simply download the song from the link i attached here in my entry, if you want to =)

    ReplyDelete