­

Hujan Turun Bagaikan Mutiara, Lagi.

September 29, 2009

Saya baru sampai UUM. Hujan renyai-renyai sepanjang perjalanan tadi. Pakcik teksi yang hantar balik ke UUM tadi ikut laluan shortcut. Sawah bendang di kiri dan kanan. Damai rasanya :)

Sampai saja terus order makan. Dah makan dah. Janji perut kenyang. Lepas ni nak mandi dan nak tidur. Kepala berat saja.

Saya rasa sedikit tenang, tapi juga sedih sedikit. Saya balik ke UUM kali ini kerana ada perkara ingin diselesaikan. Ada hajat besar yang takut tak tercapaikan. Ada rasa sayu di dada tiap kali terfikirkan sesuatu. Bakal ada yang hilang, saat ada hasrat yang tercapai. Saya bimbang, akan perubahan. Tapi perubahan ini perlu.

Selepas ni, nak mandi. Kemas barang. Kemudian nak tidur. Kepala peninggggggg sangat-sangat.







Erk.
Ada pengumuman. JPMDPP dan ketua-ketua blok meeting malam ini. Argh. Give me a break!

You Might Also Like

2 comments

  1. Now I suka ur font size.. Huhu Kakak ni bukan nampak sangat kalo tulisan kecik-kecik ni dik. Penat nak teropong. Huhuhu

    Anyway, I miss that feeling. Feeling bila mula-mula sampai UUM from long break. Huhuhu

    ReplyDelete
  2. kakak seri lyana,
    aiyarkk.. apesal tak bagitahu sebelum ni.. hehe :P
    what feeling is it? feeling mcm nak gila fikir assgnment blambak blom siap n mcm takda tnda nak mula ke? hehehe.

    ReplyDelete