Things that may piss us off.

December 11, 2009

Saya tak ingat apa yang buat saya macam menyampah saja tapi rasanya ada two or more things yang boleh buat saya pissed off dekat orang. Ada dua je benda yang akan saya buat kalau dah pissed off. Diam, atau melawan.
  1. Bila dibagi cadangan tanpa diminta.
  2. Bila diperlakukan perkara yang sama berulang kali.
  3. Bila janji dimungkiri.
Bagi cadangan tanpa diminta. Saya bukan jenis orang yang anda boleh perintah sesuka hati anda. A BIG NO, BABE. Kalau saya buat, saya buatlah. Kalau tak, tak. Of course most of the thing we do in this life isn't all about what we wish to do or what we wish we won't do, right? BUT, when it comes to THIS (bagi cadangan tanpa diminta), I always lost my patience. Depends juga dengan SIAPA saya bercakap sebenarnya. Saya jenis mudah mendengar kata orang-orang yang saya hormat, saya segani, dan saya TAHU beliau berhak memberikan nasihat atau cadangan kepada saya walaupun tanpa saya minta. But there is still some time yang saya takkan dengar kata sesiapa kecuali diri sendiri. Even maybe it will hurt in the end. I know I sound egoistic but let us not put it that way, okey. Kadang-kadang I juga tak dapat nak cari perkataan yang boleh rationalize setiap perasaan yang tiba-tiba muncul sendiri tak bagi salam. Contoh perasaan : Pissed Off.

Diperlakukan perkara yang sama berulang kali. Contoh : Asyik ditanya soalan yang sama. There are some exceptions, of course. I always gets irritated bila orang yang sama juga bertanya soalan yang sama pada waktu yang berbeza setiap kali bertemu. Buat masa sekarang macam tak annoyed lagilah dengan soalan "bila nak kahwin?" tapi barang siapa lepas ni bertanya dekat aku "bila nak habis belajar?" siap kau. Well, saya bukan berniat sengaja nak kurang ajar tapi biasanya yang rajin tanya-tanya "bila habis belajar?" tiap kali aku balik cuti tu adalah golongan makcik-makcik. Jadi kadang-kadang ada juga rasa nak ikut cadangan Sa, eh .. cadangan kawan Sa, untuk tanya balik macam ni "Bila nak mati?". Kalau tak fikir air muka parents, aku rasa aku memang nak cakap je dan secara langsungnya, rasa macam nak mengkurang-ajarkan diri walaupun dah cukup diajar. Heh. Aku tak fikir lagi nak habis belajar la weh. Pasni nak sambung master plak. Claro?? (Ceh tiba-tiba cakap spanish). Tak pun, aku amik ijazah lagi tapi untuk course lain. Ngehngeh. Tekalah course apa kalau korang dapat agak.. Move.

Bila janji dimungkiri. For me, JANJI adalah bila kau kata "Saya akan .." atau "Insyallah". Insyallah is JANJI. Jika diizinkan ALLAH is janji. Jika kau kata insyallah tapi sebenarnya kau tak kotakan sebab kau malas maka kau mungkir janji. Lainlah jika kau kata insyallah tapi waktu nak tunaikan janji kau ditimpa musibah yang pastinya bukan di bawah kawalan kau maknanya janji kamu belum diizinkan oleh ALLAH untuk ditunaikan. Jadi nampak tak bagaimana Insyallah itu berfungsi? Terkilan juga bila kadang-kadang tengok orang sesuka hati saja guna perkataan Insyallah tapi tak menghayati maksud sebenar. Macam tu juga jika kau kata "Saya akan .." atau simply mengangguk tanpa sepatah kata. That's a promise. Lainlah kalau kau mengangguk lepas tu kau bagitahu, " ..Tapi saya tak janji." atau terus terang je "Nanti saya pergilah, tapi saya tak janji. Mana tahu tiba-tiba malas pulak". Paling-paling kena hempuk sekejap, berbanding kau sakitkan hati orang bila kau janji tapi kau tak tunaikan. Tak baik tak baik. For me, every promise I made I akan buat macam bookmark dekat minda dan menunggu masa untuk dikotakan. Kalau I cakap I nak pakaikan you girls extension lashes, I akan buat. Aik?? Tiba-tiba who's the father. Move. ..Kalau I cakap I akan kirim you all birthday cards, I akan buat cuma tak tahulah tahun mana punya birthday kan. Miahaha. Gelak pun gelak juga. I am serious.

The same goes with .. :
  1. Waktu tengah makan, tiba-tiba kawan yang makan satu meja dengan kita capai apa-apa dalam pinggan kita tanpa kebenaran ataupun ambil dan masuk mulut dulu baru minta kebenaran like WHAT THE HECK?
  2. Langgar bahu atau jatuhkan barang orang without a simple 'sorry' mahupun menoleh sekejap (if tengah rushing) just to make sure orang yang you langgar tu tak cedera.
  3. Guna barang orang tanpa kebenaran like WHAT THE HECK??
  4. Purse konon tertinggal dekat rumah dan berjanji nak bayar balik tapi selepas tu takda pula tanda-tanda nak bayar balik sebab kira burn lah sebab dia yang tolong drive kereta like WHAT THE HECK??
  5. .. And the list goes on and on as we meet new peeps everyday.
Everyone have their own bad habit or they may do that for reasons. Who knows, right? I have no offense in that matter. But, be sensitive sometimes to other people. A little sense of being sensitive is strictly required for a better living wth. Dah macam duta apa dah. Hahaha.

Anyhow, if you are a good sibling/parents (hi parents. wah hebat kalau ada parents baca belog remaja ini)/ friend or even a chenta hati to siapa-siapalah, that care enough to change him/her, let us not put the word "I want to change him/her" into mind. No. Changing isn't the word. But give them the chances. Give them a way. Never give up on them. Siram elok-elok. Cakap elok-elok. Give reasoning. Kaji dari akar umbi. Ubati dari mana ia berakar. Mereka pasti mengubahnya. Not the word, "I want to change you". Ouch. No body truly likes that.

Suka tau akhir-akhir entri bagi tips.

Sharing isn't just caring. It's about spreading the LOVE (terlalu tiba-tiba).

You Might Also Like

2 comments

  1. btol fina..wani pn x ske bile org tu ckp 'insyaAllah'..tp die x wt pn nnt
    T____T
    dikira tipu la kn?

    ReplyDelete
  2. wunny,
    kira tipulah tu kalau dia mampu nak buat, tapi nak n taknak je. insyaallah tu kan 'jika diizinkan Allah' kan kan kan?

    ReplyDelete