Life Updates.

February 17, 2010

Semalam, 15 Februari, mencuba ke Jitra seorang diri. Nak tengok cerita Percy Jackson and The Lightning Thief punya pasal. Saya drive jenis laju sikit sampai atas 100kmj - 120kmj. Memang tak sedar cermin pelindung cahaya matahari dekat pintu sebelah driver dah terbuka separuh dan once saya sedar, saya ingat nak berhenti tepi jalan tapi cermin tu terlebih dahulu dah terbang. Grateful yang tak ada kereta dekat belakang saya time tu okey, kalau tak habis aku kena kejar ke apa manalah saya tahu kan. Jalan tengah sesak waktu tu dan I was at the right side, side untuk yang memandu lebih laju. Tersepit dengan keadaan yang tak membenarkan saya berhentikan kereta, dahlah dekat highway T___T Saya pandu menonong je ke depan sambil mulut tak henti-henti sebut shit shit shit. Kemudian fikir nak bagi alasan apa dekat owner kereta ni kemudian shit shit shit lagi sekali @#$%^&.

Itu kisah semalam. Kisah hari ini pula. 16 Februari. Walaupun mungkin saya publish entri ini 17 Februari. My first time pergi Pacific Hypermarket. Buat-buat yakin, apa lagi? Haha. And I made it! Berjaya masuk, dan berjaya keluar dengan susah payah sebab jammed teruk.

I didn't buy any there, seriously guys. Seriously, ayah :P Saya cuma bawa orang ke situ, as they need to find something. Minyak mereka yang bayar.

Selepas Pacific Hypermarket, ke City Plaza pula. I was on my own je. Masuk kedai yang I nak masuk. I bought bateri untuk N73 saya, beli kotak hadiah, dan ... ?

.. dan novel :)

Masuk ke kedai buku POPULAR dengan perasaan sedikit aneh sebab rasanya selama saya pergi dekat City Plaza, tak perasan pula ada kedai buku POPULAR kat situ. Jangan salahkan saya. Salahkan susunan blok kedai-kedai dekat City Plaza yang macam puzzle itu.

Masuk je terus automatik kaki pergi kat fiction section dan cari novel inggeris. As usual, Cecilia Ahern's caught my eyes first. Grab novel Cecilia Ahern : If You Could See Me Now. Remind me to Farah yang beriya nak saya cuba baca novel tu. But then, end up letak balik novel tu dekat tempat asal sebab ternampak hotter stuff dekat somewhere in the middle. Mula-mula nampak The Time Traveler's Wife, lepas tu nampak Percy Jackson and The Lightning Thief dan aku grab dua-dua sekali. The Time Traveler's Wife tu cerita dia unik dan since tengok cerita tu, saya craving nak baca novel dia. Movie adaptasi biasanya dipilih dari buku atau novel yang outstanding. I just want to have some collection of it :)

Sebab nak beli buku international yang boleh tahan mahal dia, saya buat keputusan untuk register jadi member kedai buku POPULAR jadi bolehlah dapat less. Kurang RM6 wo. Banyak tuuuu.


Ini temporary membership card saya. Valid until 31 Mei. The real one akan diproses dan dihantar dekat rumah saya kat Sabah.

Waktu dekat POPULAR ni, Jayabarathi called me dan cakap dia nak minta tolong ambil dia dekat Alor Star. Oh kebetulan saya ada dekat Alor Star, why not kan? By 8PM, she's already on her way to City Plaza. Dia dengan nephew dia (umur lebih kurang je dengan Jaya, sebenarnya) dan kawan lelaki dia lagi seorang. Saya ajak diorang makan kat McD sama-sama. Time tu Jaya told me one big secret yang family dia sendiri tak tahu, and she kept it around 6 years now. Wah. So determined. But she really knows what's best for her. I wish I can be like her. Haha.

Selepas dah habis makan, Jaya's nephew and his friend left. Saya perasan nephew's friend pandang Jaya before he left, jadi saya usik : "Jangan risau. Saya jaga Jaya." Jaya senyum je. Bila dah hilang dari pandangan, Jaya cakap dekat saya dengan suara dia yang macam biasa sweet :

"Tadi nephew's friend cakap kakak cantik."
"Haha. So sweet."

Outside, reaksi macam oh-okey-thank-you-that's-so-sweet-so-where-were-we?. Inside, glowing heart. Hahahah. Sekali sekala kena puji, best juga. Ikhlas ke tak, belakang kira. Ada orang yang ada courage cakap benda baik tentang kita, hargailah saja bukan? :)

Lepas tu we made our way back to DPP. Singgah dekat Jitra beli KFC sebab orang kirim dan ada orang tu lapar nak makan nasi gerai. Then again, we made our way back to DPP. Berbeza sangat memandu dalam keadaan dah malam. Thank God saya dah berulang kali lalu tempat yang sama so saya dah hafal jalan dah sikit. Walaupun tak pro punnn but well at least saya tak drive merangkak-rangkak lagi. Hehe. Sampai DPP dan rehat.

Ok bye!

You Might Also Like

6 comments

  1. salam singgah, tengok card kat atas baru teringat aku punya card pun tamat tempoh.... aduss

    ReplyDelete
  2. ♠☠♠ayudeadwish♠☠♠,
    aku suka komik juga. we can be friends. haha :)

    ReplyDelete
  3. mancai,
    kad POPULAR ke? haha. rugilah sy selama ni beli buku dkt POPULAR tapi baru kali ni buat T_T

    ReplyDelete
  4. haha... kisah ni lebih berat kepada pengalaman memandu pastu jalan2, beli buku, makan2, kena puji

    tp isi utamanya... "saya seorang pemandu"

    ReplyDelete
  5. Ah Fatt,
    macam yg saya cakap lah. my new hobby is driving. hahah :D

    ReplyDelete