­

The Biggest Loser : Day 1

June 11, 2010

I need to keep record of my dietary intake and my daily activities pattern to keep myself focused. So, here's the day 1 :)

I just got back from Pekan Ranau.

Tak dapat nak ambil gambar sebab handphone habis bateri, jadi saya taip sajalah. First, kami ke One Stop, cari raga alat mandi sebenarnya. Tapi tak jumpa dan end up beli Flip Flop untuk letak dekat dashboard van Toyota mama. Van tu dari dulu tak ada hiasan apa-apa, so kali ini saya tolong mama belikan. At least ceria sikit van tu. One Stop, kedai termurah di Ranau siottt.. Memang murah. Kotak hadiah siap ada reben very the attractive lepas tu colour dia pun tak mengada-ngada sangat malah nampak exclusive, dapat beli dengan harga MYR2 SAHAJA. Besar kotak tu macam kotak kek kecil kalau kita beli slices dekat Secret Recipe. Kalau pergi dekat kedai cenderahati dekat City Plaza Alor Setar, harga kotak tu boleh sampai MYR10 weh.

Then, kami ke library, bersebelahan dengan Masjid Besar Ranau. Kembalikan buku dan pinjam buku. Saya jumpa beberapa buku yang interesting. Nanti saya share di sini kalau rajin. Dana jumpa buku kek, dia pinjam bawa balik buku tu, then sampai di kereta dia kata, "Mari beli kek di Delicious." (Delicious = nama kedai kek dan bun). Sah terliur budak ni lepas dia selak-selak buku resepi tu tadi. Sama je trait dengan aku. Tak boleh tengok gambar makanan semata-mata HAHAHA.

Saya setuju sebab omaigod mengidam Cheesecake kedai Delicious tu. Terbaik! Terus ke pekan singgah Delicious tapi beli bun saja sebab Cheesecake takda jual yang slices punya. Dan memang Tuhan nak bantu sebab bukankah saya baru saja terima cabaran hilang 5KG dalam 30 hari? Ini bukan 30 hari mencari cinta. Ini 30 hari menghilangkan lemak cinta sebenarnya T_____T

Then pergi cari tali skipping. Sebenarnya tadi ada cari juga dekat One Stop, tapi dekat Walk-in Shop baru jumpa. Yang cikai-cikai saja yang saya jumpa. Tak apalah, janji ada. After that, pergi milimewa, beli groceries. More to groceries for myself. Macam buah-buahan, mayonis salad, susu rendah lemak, milo, kacang untuk hamster, perencah sup untuk dinner malam ini...

Okek. I got to go. Kena siapkan dinner. Low-fat dinner. Sup ayam dan kincan, dan nasi semata-mata hoho.

I am actually have been ready for my dietary plans long enough, but still tak tahu bila nak start. Supplements, cream, sabun, daily routines, and lists of do and don't of foods. You name it. Now that saya yang bloody stupid ni dah terima cabaran tu, nampaknya, kena boost up lebih dari yang saya jangka dan sasarkan.

I hope I can get through this :/

You Might Also Like

0 comments