­

Welcome to The Biggest Loser.

June 11, 2010

Saya tulis dekat salah satu status facebook saya, macam ini : "tengokklah nanti tahun depan aku akan kurus macam waktu sekolah menengah dulu. tengoklaaaa.."

Baca ini :



Tengok ada seorang tu komen : "Dah nak setahun aku ckp camtu.. Tapi nape aku x kurus2 gak?" Panas je rasa muka sebab sah-sah kena sindir. I know I know. Now I have to loose my weight 5KGs in just 30 days. Bodoh gila aku terima cabaran tu tapi at the second thought, macam bagus juga kalau betul-betul boleh berjaya. KALAUUUU.

Mohammad Fierdauos Kosman tu adalah fellow blogger juga. Okey nak cakap sikit that's his real name. Tak payah hairan nama dia cukup semua jenis vokal AEIOU. Kami kenal secara online, dan kebetulan dia juga student UUM dulu dan kami pernah jumpa waktu dinner dekat Dewan MAS UUM. Dia terima anugerah jasa sebab aktif wakil UUM dalam silat. Pesilat UUM kau. Entri dulu-dulu selalu juga dia komen dan kadang-kadang saya panggil dia Pesilat UUM dalam entri blog. Dia ini dari dulu sangat sinis orangnya, taktahulah kalau dengan saya saja ke atau dengan orang lain juga. Sinis yang membina, jadi saya tidak kisah, malah senanggg sekali. Even kadang-kadang tu, merah padam juga muka. Iyalah, saya ini bukannya betul sangat kan. So I really appreciate him as part of those yang sudi menegur bila saya tersilap. Cuba google Pesilat UUM dalam Sufilara.Com HAHA Kami kenal sebab dia track alamat blog saya melalui Syok.Org sebab dia tertarik dengan salah satu artikel yang saya post di website tu waktu Februari 2007. Ya, tempoh perkenalan kami pun dah lebih 3 tahun. Kamu carilah artikel tu kalau pandai.

Masa berjalan. 30 hari saja itu bukan masa yang lama sangat. Berbanding 6 bulan yang saya sasarkan sebelum ini. Dari 1KG setiap 6 bulan, kepada 5KG dalam masa 1 bulan. I do take this seriously. SANGAT SERIUS. Okey nak keluar pergi pekan beli tali skipping BYE!

Macam dalam rancangan The Biggest Looser.

You Might Also Like

0 comments