Ini budak selekeh cakap.
August 17, 2010Setelah selesai memilih 'sesuatu' yang sesuai untuk setiap peserta contest mencipta slogan yang saya anjur hari tu (see, I picked something for you guys bukan randomly tau. Saya betul-betul pilih untuk setiap orang :P), saya simpan semua tu dalam almari, later nanti keluarkan balik. Still have around several weeks to post it all out. Waktu masukkan dalam almari tu, saya ternampaklah album-album lama ni. Ohya, by the way, peserta yang join contest saya yang tak kasi details lagi, sila hantar cepat.
Tiba-tiba rasa macam nak tengok balik. Zaman waktu aku budak-budak lagi. Nak kata zaman hingus keluar masuk keluar masuk tu macam tak pula.. Tak ingat. Ceh memanglah tak ingat HAHA. Juga zaman aku di akhir belasan tahun. Gambar-gambar lama dalam simpanan. Gambar-gambar baru semua dalam laptop. Yang lama saja, sebab time tu kan zaman kamera pakai filem yang kalau silap tangkap menyesal pun tak guna. Setiap klik adalah berharga. Kena hati-hati untuk viewing pleasure di masa hadapan.
Tarik album-album tu semua keluar (ceh macam banyak je padahal dua album jeeee) dan meniarap atas katil ai yang luas ni wahaha. Sungguh gadis. Macam dalam drama; tarik kotak lama dari bawah katil berisi surat-surat cinta bekas kekasih dulu lepas tu meniarap atas katil baca semua sambil mengimbau kisah lalu. Macam tu lah agak-agaknya.
Tapi ini lain sikit. Bingit bilik. Every two seconds, selak page, tukar gambar. Every two seconds juga terkekek macam hape. Lepas tu keluar perkataan separuh menjerit macam 'SELEKEH GILA!', 'TAK MATCHNYA PAKAIAN!, 'AHAHAHAHA!', 'BODOH GILA (merujuk kepada aksi diri sendiri atau rakan-rakan T_T)', 'KENAPA AKU BERGAMBAR MACAM TU?', 'KENAPA AKU PAKAI MACAM TU?', 'BENGONGLA DIORANG NIII (merujuk gambar kawan-kawan dulu)', 'KENAPA AKU BERGAMBAR LETAK SAPU TANGAN ATAS KEPALA?? T___T' dan paling mendatangkan depresi, 'KURUSNYA DULUUU'. Saat-saat yang sungguh emosional. Padahal dalam bilik SEORANG-SEORANG SAJA LEPAS TU TINGKAP BUKA LUAS-LUAS. Sungguh tak senonoh. HAHAH. Serious shit bila tengok gambar-gambar yang dulu konon macam cool padahal ya ampun hodohnyaa.. PADAHAL SEKARANG PEMAKAIAN AKU PUN TAK KURANG SELEKEHNYA DENGAN YANG DULU T______T Betul lah. Benda dari kecil kita akan terbawa sampai besar wth. Kau pernah pakai baju biru dengan tudung warna merun? LOL.
Okey sekejap lagi saya berbuka puasa. Sini 6.30PM dah masuk Maghrib. Ngehehe..
LEPAS NI KAWAN-KAWAN LAMA BERSIAP, SAYA TAG KAMU DEKAT FACEBOOK.
4 comments
hahaha...klakar plak entry kali ini.but not pic yg diupload...well,klau tgk gambar dulu2 mmg klakar.mmg selekeh.bak kata org utara,belemoih sungguh no...
ReplyDeletewah..terharunye..baek sungguh sis nie..=)
ReplyDeletehahaha.
ReplyDeletebest jugak bile tengok sorang2 pastu gelak sorang2.
pastu rasa mcm orang gila.
hahahahah
x)
amalmeor,
ReplyDeleteya agaknya semua org ada wktu2 selekeh zaman remaja2 dulu kan. dulu knonnya fesyen padahallll.. HAHA belemoih sungguhhh!
tiefazatie,
terharu? bout what tu ifa?
Arief Arf,
exactly! (- -") org gila pun tak gila mcm tu haha.