­

Kahwin awal atau berzina?

August 08, 2010

I feel the urge to share with you this some cents from our conversation, on my FB wall H E R E.

Me : Tentang keputusan kerajaan nak benarkan budak2 sekolah kahwin awal, kenapa ramai yang tak setuju ye..

Zoul : 1st. They are not matured. Kurang rasa tanggungjawab dalam keluarga akan membuatkan keluarga porak peranda dan kes penceraian pula akan meningkat.

Eric : Agree..

Me : Budak2 sekarang ni advance siot. Makin larang, makin buat. So whats the solution.. Saya rasa kerajaan sendiri dah buntu jalan nak buat apa. Kalau biar, rakyat cakap kerajaan tak buat kerja. Nak buat restriction, cakap kerajaan bodoh tak berhati perut bagai. What do you think Zoul? What is the other solution?

Zoul : Sebenarnya kita tak seharusnya menuding jari pada government. Pada pendapat saya ibu bapa @ institusi kekeluargaan yang memainkan peranan penting dalam hal ini. Mungkin dengan adanya kawalan oleh ibu bapa atau keluarga serta didikan agama yang cukup perkara ni mungkin boleh dibendung. Tujuan kerajaan buat menda ni ye la seperti yang kita lihat la zina berleluasa buang anak berleluasa.. Tapi tengok sekarang pemantuan dari ibu bapa kurang. Anak2 balik lewat, keluar malam, ke mana dengan siapa tak ambil tau.. And so do cara pemakaian and didikan agama.

Nizam : Suru kerajaan amalkan hukum hudud...

Me : So biarlah budak2 ni dikahwinkan saja. Lebih baik mansuhkan undang2 sedia ada macam yang kerajaan dah buat dan pilih yang HALAL daripada tetap dengan undang2 tu tapi banyak kes tak elok jadi. Hal matang tak matang, hal ceraiberai, hal porak poranda, at least itu kahwin halal dengan benih2 halal.

Firdaus : Kalau budak2 sekolah kat Malaya ni lebih matang, mungkin tak banyak pihak yang bantah. Masalahnya sekarang, budak2 sekolah kat Malaya ni terlalu manja, semua nak disuap, dan mungkin tak keterlaluan kalau dikatakan jakun. They're easily shocked by new culture.

Amat marabahaya bagi kelangsungan generasi Malaya akan datang.

Me : Nizam, ramai kita sekarang lebih takut pada hukuman yang dijalankan di dunia lebih dari kepercayaan kepada hari akhirat dengan azab yang lebih menyeksakan..

Zoul : Kahwinkan mungkin jalan penyelesaian jangka pendek. Jangka panjang.. apa yang akan terjadi kepada anak-anak mereka tu kelak tu yang kita patut fikir.. Kalau tengok statistik penceraian sekarang ni pun da makin tinggi. Tu yang matang, belum lagi kalau dibuat yang macam ni.. Banyak juga kesan negatif akan berlaku dari cerai berai dan porak poranda.. Cuba tengok apa nasib ibu2 tunggal sekarang terbela.. Dan kes2 remaja bermasalah kebanyakkannya kerana masalah institusi kekeluargaan.

Me : Fierdauos, it's never too late. Must be a way to fix it all. Kalau benda ni terus jadi, apa rupa generasi akan datang, right. Banyak family masih anggap ringan benda2 ni. Dah jadi baru terngadah. Itupun buat keadaan lagi teruk.


Firdaus : Betul.
Tapi untuk membentuk semula pemikiran dan mentaliti budak2 ni, aku setuju dengan Faizoul.
Everything start at home. Kalau elok acuan dari family, maka eloklah budak tu.

Lagipun, aku rasa plan ni adalah short term planning je. Untuk sementara, yes, boleh nak kawal macam2 masalah sosial. Tapi untuk long term, boleh berjaya ke?

Zoul : "MOHD. ALI: Saya melihat isu yang sebenar adalah budak-budak muda ini hendak berkahwin tapi tidak dibenarkan, jadi mereka berzina. Bila berzina mereka takut ibu bapa marah, takut kena halau maka untuk elak itu semua jadilah kes buang bayi."

For me mereka bukan nak berkahwin, mereka hanya mahu mencuba sesuatu yang baru. Mungkin salah satu faktornya dari media, contoh cerita di television, DVD VCD lucah, hp or lain2.. Dan kalau mereka matang, mereka patutnya dah tahu hukum agama.. Hukum zina dan lain2..

Firdaus : Terlalu senang Ali Rustam cakap camtu. Terlalu senang.

Me : I am agree with both of you. However, tak dilangsungkan lagi, so should not judge early. Even tidak dapat cover semua (which is mustahil untuk dapat cover all the damages) at least, insyaALLAH boleh dikurangkan. Being sceptical is okey, tapi lebih baik mencuba dari tidak mencuba langsung.

Firdaus : Aku khuatir, nanti cadangan ni jadi bahan gelak tawa je. Sori, aku memang pessimist :)

Sang optimis mencipta pesawat,
si pesimis mencipta payung terjun :)

Me : Memang dah jadi bahan gelak ketawa pun. :)

Zoul : Budak-budak ni tak sedar apa yg ada di depan mereka. Bagi mereka kehidupan ini senang je.. Patutnya kerajaan adakan satu sesi kaunseling.. Buat kempen kesedaran kat TV, radio, poster2 dan terutama kat sekolah2 dan institusi pendidikan yg lain supaya nak tak nak sedikit sebanyak dapat beri kesedaran pada meraka.. Selain tu mak bapak pun harus sedar tentang tanggungjawab mereka pada anak2, luangkan banyak masa dengan mereka, ambil tahu hal-hal mereka, marah dan pukullah mereka jika perlu. Selain itu serapkan didikan agama pada mereka.. Supaya bila mereka melakukan sesuatu they will think twice.

Firdaus : Kadang2, segala macam kempen yang dibuat pun macam angin lalu je. Langsung takde kesan. Kerajaan kadang2 kena act harshly.

Action speaks louder than word, kan? :)

Me : Hats off for you guys. Nice conversation tengahari2 ni. Respecting others opinion is good ;]

Me : Apa yang Zoul cakap tu benar 100%. Tapi sayang, realitinya, kempen2 macam tu org pandang sebelah mata je. REALITI.

Firdaus : True.

Me : How harsh fierdaous?

Zoul : And so do benda kahwin awal ni.. Kerajaan nak bimbing apa.. Entah masuk telinga kiri keluar telinga kanan jugak.. And it really cost ya.

Me : Macam kerajaan wajibkan PLKN. How about wajibkan masuk kempen2 or something like that berkenaan macam tu, right.

Firdaus : Kalau aku kata hukum hudud, camne?

Zoul : Nak sebat 100 rotan untuk yang belum berkahwin and rejam sampai mati untuk penzina yang sudah berkahwin ke?

Me : Macam yang saya cakap dekat Nizam tadi, ramai kita sekarang lebih takut pada hukuman yang dijalankan di dunia lebih dari azab yang lebih menyeksakan di akhirat. Sebab kerajaan mahu bertanggungjawab sepenuhnya, even harsh, mungkin gunakan ketakutan orang pada hukuman di dunia macam hukum hudud tu berkesan. I dunno. Mungkin ada orang lebih pakar tentang kesesuaian hukuman macam tu :l

Zoul : Betul2.. Banyak pendekatan lain yang boleh dilakukan.

Firdaus : Tu hukuman yang digariskan dalam syarak. Hukuman yang selayaknya. Tapi, berapa ramai orang Islam kat Malaya ni yang boleh terima hukuman tu dilaksanakan? That's why aku cakap, tak salah kalau kerajaan nak act harshly untuk membendung perkara ni.
Setakat hukuman denda duit, atau kahwinkan pasangan yang berzina tu, memang orang dah tak takut.

Zoul : Hukum gantung sampai mati edar dadah pun diorang buat lagi.. Manusia makin berani.. Sampaikan ada yang sanggup mencabar kuasa Tuhan. Tu hakikat yang perlu kita tengok pada masa sekarang ni.

Firdaus : Main point sekarang, menimbulkan ketakutan pada rakyat sampai tak berani nak melakukan zina atau kesalahan yang lain. Kalau pun kerajaan terlalu berlembut hati sampai tak sanggup nak jalankan hudud, apa salahnya kerajaan mainkan propaganda yang kasar via kempen/media yang ada? As long as ketakutan dapat ditimbulkan, that should be ok, kan?

My opinion je :)

Me : Buat je semua. Lepas tu tengok mana yang paling berkesan sudah. Kempen kesedaran, kahwinkan, tubuhkan sklh, hukum hudud. Everything. Even costly, lebih baik dari melihat anak bangsa sendiri suffer penyakit sosial. Pembangunan macam2 pun kalau tak seiring dengan akhlak, kalau otak masih macam pervert, samalah macam manusia zaman jahiliah.

Buat renungan bersama. As I said, respecting other's opinion is GOOD.

You Might Also Like

7 comments

  1. i think parents plays an important roles in shaping their children.
    eh eh. semua lapisan masyarakat berperanan penting.
    tak kisah siapa2. kita tak boleh tengok dan biar je.
    walaupun org tu xde kena mengena dgn kita skalipun.
    kita mesti buat smothing that can prevent it from spread badly. setuju?

    ReplyDelete
  2. Fontonk,
    of course i'm agree. everybody else would agree with your point ;)

    ReplyDelete
  3. isu ni lom selesai lagi.. hahaha sampai esok bedabat pum lom tentu habis

    ReplyDelete
  4. faizoul,
    siapa plak kata dah selesai. ehehe.. gud debater la u guys ;] zoul n fierdauos aka si kachak. hahaha

    ReplyDelete
  5. Oi.
    Pemalas gila ko fina.

    Kot ye pun, edit la skit2 dulu.

    ReplyDelete
  6. Si Kachak Suparjo,
    nak edit tang mananya. spelling? ingatkan nak keep the originality heheh ala once publish bukan takleh edit balik pon elehh

    ReplyDelete
  7. First at all..kita semua kena balik ke ajaran islam yang sebenar.

    kerajaan kena tegakkan ajaran islam sebenarnya, bkn hanya nama atas kertas je islam. it mean, hudud kena buat lah.

    matlamat kekeluargaan juga perlu diperkukuhkan. Jika asas agama yang kukuh diterapkan dengan betul dlm kekeluargaan, InsyaAllah ..benda2 macam ni akan berkurang.

    Jika perkahwinan menjadi satu keperluan dan tuntutan untuk mengelak berlakunya sesuatu yg buruk. kenapa kita mesti fikir negatif. ianya sunnah yg dituntut. jgn fikir negatif..bila berkahwin muda berlaku perceraian, rumahtangga hancur. kenapa sesuatu yg dituntut agama, kita mesti fikir pula dari sudut negatif.

    kebaikan akan datang bila kita kembali ke arah perjalanan islam yang sebenar.

    apa sumbangan kita sebagai masyarakat islam dalam membentuk remaja yg bertamadun..elakkan zina?
    kalau palestin atau negara islam lain berperang, kita sibuk anjurkan solat hajat mintak pertolongan Allah.
    tapi dalam isu sebegini..kenapa bila ada arah untuk kembali ke jalan Allah..semua orang pandang sebelah mata n fikir negatif.

    Bila kita buat amalan dan tuntutan Agama yg sebenarnya, InsyaAllah ..Allah akan membantu.
    Allah swt suka n Nabi saw cinta.

    ReplyDelete