Psikologi atau TESL?

September 17, 2010

Mungkin ramai yang tahu kan cita-cita saya dalam bidang psikologi. Tapi ayah teringin nak saya ambil TESL nanti. Oh TESL pula. Dahlah inggeris saya bukannya betul sangat. Vocab pun langsung tak mantap. How lah? Ada tak orang ambil TESL tapi vocab tak mantap?? (- -")

But yah I know why. Ayah tahu saya bukan jenis orang yang tahan kerja untuk orang. Suka kerja yang sendiri adalah bos, macam mama. Bisnes. Sendiri jadi bos. Ayah kata, sekurang-kurangnya kalau TESL, bolehlah buat duit kalau buka bisnes.

Bidang psikologi, kalau nak buat jadi bisnes, dekat Malaysia bidang kaunseling atau psikologi masih dianggap profession sukarela atau khidmat masyarakat lagi. Susah nak gerak. Kalau di negara barat, orang-orang sana sanggup bayar sejumlah wang untuk satu sesi rawatan. Sebab itu psikologist atau kaunselor di sana senang buat duit. Bukan macam di Malaysia kita ni. Jadi, nak taknak, buat masa ini yang tak tahu sampai bila, psikologist atau kaunselor Malaysia lebih baik kerja makan gaji saja. Tak rugi apa-apa juga sebab banyak organisasi yang perlukan mereka ini apa. Ini bukan saya yang cakap, tapi waktu lecture dulu :)

Bukan apa, di sebelah sana tu dah terlalu banyak penyakit sosial. Terlalu maju. Segala macam jenis penyakit yang berakar umbi dari perasaan. Tekanan. Tidak hairan mereka sanggup bayar berapa sahaja untuk terapi. Kira di Malaysia ni masih tak teruk sangat lagi. Plus, tanggapan orang kita ni kadang-kadang agak sempit sikit. Trust me, even kau tak tahu kau ada masalah apa pun kau boleh je jumpa kaunselor. Just, meet them. They will sure listen to you, it is all about you and listening to you. ..dan menolong dengan cara paling berhikmah =)

Harap misi 1 kaunselor untuk 1 keluarga akan menjadi nyata satu hari nanti. Bukankah masyarakat itu himpunan para keluarga dan individu itu juga bermula dari keluarga?

TESL pula, di kawasan-kawasan macam Ranau ni, sekarang pun banyak je permintaan untuk ajar budak-budak ni bahasa Inggeris. Boleh buka pusat mengajarlah, pendek kata. Ayah memang prefer saya jadi cikgu agaknya *laugh* Sebab saya sebenarnya datang  dari keluarga pendidik. Sebolehnya saya mahu lari dari profession guru tapi nampaknya sejak jadi jurulatih tarian, saya ada terfikir untuk jadi pendidik saja. Saya pun dah start sukakan budak-budak SIKIT-SIKIT. lol. Ada ke kena mengena dengan BUDAK-BUDAK? Tak habis cakap lagi tu. Saya suka budak-budak COMEL saja. Kahkah.

Ayah saya sememangnya dilahirkan untuk mendidik. Dari dulu, ayah sudah tahu apa profession yang ayah mahu dan yes, an educator. Ayah lebih kepada Maths. Kemudian lepas jadi guru besar, ayah masih dalam bahagian pendidikan tetapi lebih kepada pengurusan. Lepas tu naik jadi Pegawai Pendidikan Daerah tapi kalau saya isi borang biodata diri kan, ayah prefer saya tulis GURU di bahagian PEKERJAAN  BAPA. Hehe. Low profile.

Mama sebelum mula berniaga secara serius, mama juga seorang guru. Guru sekolah rendah. I kinda hate masuk kelas mama waktu budak-budak dulu. Nasib baik, saya sekejap saja bersekolah di sekolah tempat mama kerja hehehe (- -,)

We'll see nanti, saya ambil apa. You can ask anything BUT I would only share things I am willing to share :)

Eh, TESL okey tak?


You Might Also Like

13 comments

  1. kalau tanya sa, mesti sa akan suruh fina ambil apa yang fina suka. sebab minat adalah satu faktor utama kita memilih. tapi boleh juga amik tesl sebab minat slowly boleh dipupuk :)

    ReplyDelete
  2. ok je..ur english is not bad at all...sambil2 study nnt b'tmbh la vocab... ;) al d best ya kak Fina... ^_^

    ReplyDelete
  3. nur.sa,
    hi sa! rindu! lama tak bersosial rancak2 dekat internet. skrg ni masih busy lagi. hihi.

    ni la nak pertimbangkan masak2 ni.. fuh..

    ReplyDelete
  4. LeAnne,
    ya got 1 point there utk pilih tesl. hehe. thanks lian! rindu lian juga :)

    ReplyDelete
  5. nur.sa,
    oya, TESL tu minat juga. dulu ada timbang2 nak amik tesl then since fikir nak teruskan apa yg sy bljr dulu, sy decide ambil psklgi. since its not too late, ayah suggest tesl pula. we'll see :P

    kalo ada jurusan seni persembahan, sure sy ambil jurusan tu. itu yang saya paling minat sbnrnya. hiksss :D

    ReplyDelete
  6. ikut kemampuan diri.
    dari segi kerjaya. 22 senang nak apply keje.
    syco semua sekolah pakai. TESL pun senang.

    for me: TESL la, rock skt.

    ReplyDelete
  7. Peminat Katie Holmes,
    ya dua2 peluang byk. cuma nak kena pilih mana satu yg kena kaji btul2. dah permintaan ayah. beliau tak kisah sgt kot tp, ckp org tua2 ni ada juga benarnya kan? :)

    ya psikologi agak skema sikit hehe :)

    ReplyDelete
  8. sy pun setuju and cukup sokong niat nak jdi psychologist or counselor, sbb dulu sy pun cita2 mcm tu jugk, tapi tersasar bidang sikit skang ni.hehe.

    and yes, malaysians need more counselor. tengok kes bunuh anak bini dah cukup bukti.

    tesl is not bad either, warga pendidik mmg bnyk berjasa.

    all in all, its all up to you.=)

    ReplyDelete
  9. yeah. raya macam ni masing-masing busy T_T

    seni persembahan? haha. itu yang paling sesuai ngan fina since fina suka menari kan? tapi takpe. mana-mana yang fina pilih, still ada kelebihan memasing. education and kanselor ada sedikit persamaan dah. :)

    ReplyDelete
  10. i vote 4 tesl..pluang pkerjaan lg byk dr psikologi kot..

    ReplyDelete
  11. koshary,
    kos bidang apa?

    and yes, yang kos cakap tu btul. well, we'll see TOMORROW. ahad =)

    ReplyDelete
  12. nur.sa,
    hehe btul juga. dua2 profession khidmat sosial kan :) dua2 juga sy suka :)

    we'll see :P sy kena bincang juga n terus minta nsht dkt orang2 yang lebih berpengalaman. thanks for the responses. membantu juga tu ;)

    ReplyDelete
  13. sharifuddin N shakina,
    dua2 byk peluang sbnrnya. tp itulah, tesl mcm cool sikit kan? hihi =)

    ReplyDelete