Postpone lagiii..

December 23, 2010

Dulu kata 23hb, lepas tu tukar ke 24. Now, postpone lagi ke 27hb wtf. Okey fine 28hb baru pergi, barulah puas bertangguh kan. Grr. Then mum cakap, pergilah 30hb. GRRRR lagi. Saja tau buat orang geram. Saya tidak suka tangguh-tangguh plan ni. Hilang excitement dia T__T Tapi nak buat macamana. Tunggu orang punya pasal. 

On the bright side, dapatlah tolong mama sediakan makanan untuk katering sempena krismas nanti. 25hb ini. Orang lain minta tolong masakkan. Maybe auntie tu ada jemput rakan-rakan muslim ke rumah beliau so she'll need a muslim cooker for her open house.

I am not bored. Saya just sedang mencari-cari what to do, which, dah tahu dah nak buat apa dabedabeduuu. Habiskan my reading, hari tu ke library tak habis baca lagi. Ada tiga hari lagi masa untuk .. jap.

.
.
.

O M G @_@ Due date untuk kembalikan buku-buku tersebut adalah hari ini ye tuan-tuan dan puan-puan. HARI INI demmit. Terlepas pandang. Okey benda dah jadi. Jangan panik. Still have time till 27hb kan. LOL ada hati nak tambah hari lagi.

Okeylah sebenarnya I am lost. Tak tahu nak cakap apa. Minyak wangi yang berbau kuat dekat bilik ni ganggu otak sikit. Tadi terpaksa sembur after bersihkan lantai sebab terkena kencing kucing, lepas tu udara dalam bilik pun terjangkit sama. I dunno la how, tapi buka pintu saja my cat already there bising-bising nak keluar. Lepas keluarkan, terhidu bau hancing. Cis. Dia kencing dekat bakul sampah I! (- -") Tapi dah kira okeylah tu, pandai juga kucing tu consider nak kencing dekat bakul sampah. Kalau masuk kencing dekat baju-baju dekat almari I yang pintu dia tengah terbuka luas tu, ada juga yang kena sembelih nanti.

Okeylah later.

You Might Also Like

2 comments

  1. Kira pandai la gak dia mencari bakul sampah nak kecing..
    kucing aku?
    Elok dia buat 'kek coklat' atas KATIL aku. Pastu petang tu plak g kencing plak kat beg laptop aku..
    pehhh.. menguji kesabaran..
    hhuhuu..

    ReplyDelete
  2. AuraFIza,
    haha.. pernah ada kucing mcm tu. tp nak buat mcmna, nak marah pun takda guna. dia mana fhm T__T

    ReplyDelete