Tidurlah wahai permaisuri.

December 09, 2010

Saya di Kota Kinabalu sekarang ni. Baru selesai urusan. Tapi terdampar sekejap di sini. Ewah terdampar pula. Tunggu orang. Kepala dah berat gila-gila. Semalaman tak tidur punya pasal.

Cakap pasal tidur ni, saya sebenarnya bukan jenis suka sangat tidur. Kalau boleh, tak payah tidur. Tapi kalau tak tidur, otak boleh jadi bengong. Jammed. Berjalan pun boleh terhuyung hayang. Pejam sekelip tapi rupanya tertidur. Buruk gila muka, macam yang jadi baru tadi. Tengah melihat-lihat video tarian di youtube, boleh pula terpejam mata lepas tu tersengguk isk. Terus toleh kiri kanan nak make sure takda orang perasan. LOL. I am just a human. A real one. So terpaksalah mengakui yang tidur itu penting dalam hidup kehkehkeh.

Ada dua keadaan dan faktor kenapa saya tidur lebih lama dari biasa :
  1. Tak sihat atau baru lepas makan ubat.
  2. Keletihan yang melampau samada sebab busy atau kurang tidur.
  3. Saya suka tidur dalam kenderaan HEHEHE. 
So atas tiga perkara ini, tolong jangan ganggu saya. Kecuali kalau ada roang nak kiss bagi ciuman untuk si sleeping beauty ni. Yang itu ada satu orang je yang boleh buat HEHEHE. Kalau nak kejutkan pun, biar lembut-lembut, kang salah sikit cara mengejutkan aku dari tidur kang, ada darah tersirap tu. Darah ai tersirap takda rasa macam air sirap merah tau. Air sirap ai lain. Biru.

Ada orang boleh tidur di mana-mana sahaja dan tak kisah orang nak cakap apa ; itu saya. My friends always ask me, macamanalah aku boleh tidur secara aman dekat dalam bas atau teksi hahaha. Selesa pulak tu. Aku tersengguk-sengguk orang pandang pelik pun aku dah takda perasaan. Tengoklah. Apa ada peduli? Orang yang tengok pun malu kot tengok aku tersengguk-sengguk macam ayam belatuk. Ke burung belatuk ek.
Ada orang yang tak boleh kalau tak cukup tidur ; itu saya. I mean, kalau dah letih sangat-sangat. Tak boleh. Meeting penting? Tidur dulu 5 jam. LOL.
Ada orang yang  merasakan kalau hidup sekarang menyedihkan, lebih baik tidur banyak-banyak ; itu saya. Alhamdulillah sekarang saya tak suka tidur, maka boleh agak tak kenapa? Cuz finally reality is better than dreaming ngehehe. Couldn't ask for more ;)
Ada orang yang tak suka mimpi ; itu saya. Saya tak suka tertipu oleh mimpi-mimpi indah. Mimpi indah yang selamanya hanya akan jadi sekadar impian yang tak mungkin akan tercapaikan..

Saya benci bila saya baru nak tidur, lepas tu orang kejutkan dari tidur as if saya dah lama tidur. Selalu terjadi waktu pagi-pagi. Haha. Pissed off, tapi sedar itu salah sendiri. Siapa suruh tidur waktu matahari dah nak naik kan. Heh.

Urm.

Okey dah tak tahu nak bebel apa. Orang yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba lagi. Tak sabar nak masuk kereta air-cond. Tak sabar nak hempukkan diri atas sofa kereta yang nyaman tu. Tak sabar nak tidur secara duduk. AHAHA.

Tips cantik luar dan dalam, tidurlah secukupnya ;)

You Might Also Like

3 comments

  1. wah. mmg pelik camne fina ley selesa tido dlm kenderaan.
    tp klo fara ble penat sgt, bole bantai gak mane2 nak tdo. hehe ;P

    ReplyDelete
  2. fara,
    haha btul la tu fara. n wktu zmn sklh mngah dulu, selalu tak fhm kenapa kwn2 pmpuan malu nak tidur dlm kelas.. smpai skrg tak fhm.. :/

    ReplyDelete
  3. armouris,
    thanks armouris. nice of you ;)

    ReplyDelete