What is in my Gio Fiore?

March 26, 2011

Spending the night in my room. Malam ni saya ubah kedudukan barang-barang lagi. Setiap 4-5-6 bulan, mesti macam ni. Otomatik rasa nak ubah kedudukan barang dan ting! Terus ubah.

Sampai sekarang, still up. Dah siap sebenarnya, cuma nak susun barang-barang mekap ni mencabar keimanan sikit. Barang mekap diri sendiri, dan barang mekap milik Tari Kirana. Esoknya nak perform baru nak tergedik-gedik pergi cek balik barang-barang ni. Sejak persembahan kami dua bulan lepas (hoh lamanya tak performmm T___T), barang-barang mekap tu terbiar terbengkalai dalam case, bercampur-campur dengan barang mekap saya sendiri. Nampak sangat kan dah lama tak mekap betul-betul.

Tapi still even jarang mekap pun, barang-barang ni bawah ni benda yang selalu saya bawa ke mana-mana saya pergi, selain purse (we're talking about beauty products hereee..) :
  1. L'élan Vital Moisture Rich Foundation SPF20/PA++ Tips, kalau tak tahu kulit sesuai dengan foundation warna apa, paling selamat sila pilih beige color. Ai kalau foundation ai selalu pilih beige color. Foundation ni banyak guna ni, bukan setakat bagi samar cela dekat kulit muka, tapi boleh bagi hidung lebih mancung dengan mudah. Apa-apa foundation pun boleh guna actually. Guna concealer pun boleh tapi saya malas nak beli concealer sebab bagi saya foundation je pun dah cukup. Put a very tiny amount on your finger tips then apply dengan gerakan memanjang ke bawah dari tengah-tengah dahi ke hujung hidung. Blend dengan kulit bagi nampak natural. Hope anda boleh faham even takda gambar or video theehehe
  2. Bella Belara Eau De Parfum I LOVE THIS!
  3. Plastik gula getah ngahaha. Jangan main-main, gula getah makanan ai after sarapan tau.
  4. Resit-resit dan apa-apa artikel yang kadang-kadang tak pasti dari mana dia datang. okey seriouslah sikit..
  5. Serious ni.
  6. simplyPretty cheek color (blusher) by Avon. Saya suka warna 'naturally nude'.
  7. Cherry Pink by Bioglo wajibb
  8. Mary Kay Ultimate Mascara wajibbb
  9. Brushes untuk apply foundation wajibb sebab kalau apply guna finger tips or sponge saya rasa macam tak minat. Hehehehe. Tips, if nak letak foundation tu on your face, ada dua simple rules : #1, pastikan pakai moisturizer dulu dan pastikan dia betul-betul meresap ke dalam kulit barulah boleh apply foundation. #2, less foundation is more tapi janganlah tak ada langsung. Dan if nak yang rata plus natural effect kan, gunalah foundation brushes. Brushes ye brushes.
  10. Mary Kay Satin Lips Lip Balm wajibbb
  11. Mary Kay Nourishine Lip Gloss tapi jarang pakai tapi tapi tapi selalu bawa sebab comel. Tapi kalau pakai pun, pakai dalam kuantiti yang sangat sikit. Yang melekit-lekit dekat bibir ni saya kurang gemar. Termasuklah gincu. Alat mekap saya paling tak suka : GINCU T____T
  12. Eyeliner. Yang ni saya tak memilih sangat, and takda yang betul-betul spesifik. Apa yang ada, itu yang saya guna. Biasanya pakai pensel eyeliner dari Avon (black) saja, tapi ada timing, saya akan pakai eyeliner Extremewear Gel Eyeliner. Yeap, jenis gel. Tapi jaranglah. However, eyeliner is a must untuk mata sepet I :)
  13. Bedak Silkygirl SPF20. Color 01 - Ivory. Case dia warna hijau. Saya suka bedak ni, dah guna dari dulu lagi. Suka sebab SPF20 dia. Lepas tu oil-free. I love its texture juga, very the halus. 
  14. Dan lain-lain HAHAHA
Percaya atau tidak, semua ni saya sumbat sekali dalam beg saya yang kecik saja tu. Sling bag warna putih by Gio Fiore my favorite GF yang selalu saya bawa ke mana-mana saya pergi. Best GF ever. And my best sling bag so far. I am number one fan of sling bag tau. Seriously tak reti nak bawa shoulder bags macam ladies tsk. Padahal saya ni kira ladies juga ni. Tak tahulah kenapa lebih selesa konon nak pakai beg silang macam budak sekolah menengah saja HAHAHA tapi like I care. Selagi kita selesa. Berfesyen ni kena ikut keselesaan juga, bukan main ikut saja, betul tak?

Samalah macam saya teringinnnn sangat nak pakai tudung or shawl comel-comel lepas tu klip reben dekat kepala macam trend fashionist muslimah sekarang ni, tapi saya tahu saya takkan selesa pakai macam tu. Cantik tapi saya lebih selesa sebenarnya pakai tudung yang boleh disilang dan sangkut atas bahu semata-mata.

Anyway, produk saya guna biasanya harga average-average saja. Kalau ada produk yang nampak macam mahal tu, itu bukan saya yang beli tu. Itu my mother yang bagi. Bhahah.

Okey nak tidur dah. Mengantuk. Esok malam Tari Kirana perform di Hotel Perkasa Kundasang, pagi around 10AM kami gerak ke sana. Wish us luck! =)

You Might Also Like

1 comments

  1. wah full list semua kan..sa punsama jg guna produk yang average ja hg dia ni

    first time visit u here.

    ReplyDelete