14 April 2011, in the morning.
April 14, 2011Aku ni, kalau bukan update pasal hal diet-diet, update pasal love story. Atau hal aktiviti-aktiviti Tari Kirana. Atau event-event yang saya hadiri. Atau lirik lagu. Atau tiba-tiba promotion movie la tiket penerbangan la. Atau simply talk about feeling. Kalau dulu waktu ada banyak masa untuk dibuang, rajin juga masuk dapur try masakan baru dan kadang-kadang masakan yang saya try tu saya masukkan dalam blog.
Cakap tentang masak-masak ni, it's feels long since I last try test power memasak-masak walaupun tak power pun masak hahahaha. Last time saya buat puding caramel. And that was months ago! T____T Padahal kadang-kadang surf internet kan, kalau teringat, ada juga saya surf resipi-resipi makanan kegemaran saya waktu di Semenanjung dulu macam Yong Tau Fu, Char Kuey Teow, Mee Sup Utara.. Atau apa-apa je lah makanan sebelah utara Semenanjung yang dah sebati dengan tekak ni. Dekat area Ranau-KK ni jenuhlah mencari restoran mana yang bagi rasa yang sama macam yang dekat Kedah tu sobsss. Baik masak sendiri kalau macam tu, lagi puas hati, right? Kang ada jugak yang terbang ke Kedah semata-mata nak puaskan selera ni. Bukannya masakan dekat Sabah ni tak sedap. Tak sedap, tak mahal. LOL. Tapi samalah macam dekat Semenanjung, kadang-kadang ada restoran yang elehhh harga mahal tapi masaknya macam ni je? @#$%^&*! Kan dah kena sumpah. Tapi still, kalau ada statement yang cakap makanan-makanan dekat Sabah tak sedap langsung kau memang kesianlah. And kalau datang Sabah but still nak pesan makanan yang biasa kau jumpa dekat tempat kau macam rendang ayam, sup tomyam, etc dan kalau kau rasa definition 'sedap' kau adalah makanan itu mestilah rasa dia sama atau lebih kurang dengan rasa masakan di tempat kau, baik tak payah datang melancong beb. Baik duduk diam rumah kira sotong saja.
By the way, mum plan mahu adakan sikit baca doa dan makan-makan untuk ulangtahun Pipie yang ke-14. Kami masih lagi cari menu utama tapi saya dah terbayang nak buat puding karamel. Ceh puding karamel lagi? Tak habis-habis. Yela nak buat macamana, tu je lah yang ai tahuuuu :'(
Tarikhnya 21 April. Tapi not sure tarikh bila nak buat majlis tu. Jadi ke tak pun not sure. Tapi kalau rasa-rasa ai yakin puding karamel ai tu sedap dan tak terlebih manis, ai jemput okey hahahaha pfftttttthh
2 comments
Tau tak, aku awal pagi dah google image puding karamel. haha. Hehe saya datang Sabah bulan depan abis election. yeay!!! saya nak cekup itu seafood tepi laut tu...
ReplyDeleteCoffee Girl,
ReplyDeletehahaha. nampak sedap kan? mmg sedappp. tapi kalau makan banyak boleh muak pulak.
seafood pun sedappp! tp tak bleh makan banyak n selalu sangatlah, toksik banyak T___T