My dance activity update.
April 14, 2011Update tentang my dance activity pula.
Saya baru perasan. Tari Kirana punya rezeki ni selang sebulan sejak Januari. Januari ada dua offer buat persembahan yang saya update di sini dan di sini, Februari tiada, Mac ada satu di sini, April tiada, Mei nanti ada dua - yang dipanggil buat masa ni. Ini pun dah bersyukur sangat. Actually bukan semua offer saya boleh terima macam tu saja. The girls semuanya masih bersekolah lagi. Awal Mei ni the girls exam pula. So, walaupun saya pengurus kumpulan ni, apa-apa keputusan pun kena tengok keadaan the girls juga.
Hujung minggu saja boleh, itupun bukan setiap hujung minggu. Saya sendiri selesa dengan keadaan sekarang. Tak terlalu sibuk, tapi taklah takda offer langsung. Dance activity ni hanya pengisian sampingan saya dan the girls. Part time saja. Bukan untuk dijadikan karier atau apa. Cuma memenuhi minat dan our passion towards traditional dance. At least ada juga benda yang saya sampaikan yang lain dari yang blogger lain, RIGHT? Ngahaha. Si Fina la ni pandai-pandai tubuhkan group sambil isi minat sampaikan the kids yang dulu cuma join suka-suka saja pun dah terminat dekat traditional dance macam dia.
Currently, sebenarnya Tari Kirana boleh dikatakan associates dengan program-program dengan Walai Tokou Homestay dan Kinabalu Merdu Sound. Hebatlah. Kinabalu Merdu Sound tu. International bamboo orchestra wohhh! *buat muka terover* okeylah memang over. Padahal kalau boyfriend kau bukan ahli Kinabalu Merdu Sound (plus anak saudara kepada co-ordinator Walai Tokou Homestay dan KMS) tu mungkin diorang tak hingin nak panggil lagi kottt so jangan perasan. Hewhewhewwww. Bukan terlibat dengan semua program diorang lah, sebab, macam yang saya cakap tadi, the girls masih bersekolah. I told them, you can do this but just for your part time. Not as a career.
By the way, I love him because of he's him. Not for what and who he is.
Kalau ingat balik, di sini titik tolak Tari Kirana makin maju - maju pada definisi saya. Tidaklah hebat sangat tapi kami selalu cuba sebaik mungkin. Ditambah lagi dengan Uncle Koch yang begitu generous sebab sudi offer kami. Dah dua kali dia panggil buat performance. Dan selalu terima dengan hati yang kesukaan tapi buat-buat relax kehkeh. Nak play cool kan? Nah hambik.
Okey.
For my next program with Tari Kirana and KMS, we're going to perform at the Kadazandusun Cultural Association (KDCA) for Pesta Kaamatan. Sekitar hujung bulan Mei. Tak cukup keseronokan sebab berpeluang perform live music dengan KMS, malah dapat pula perform di KDCA okey. Gila ka kaww. Kalau dekat Semenanjung, fungsi KDCA sama macam Istana Budaya. Tapi lebih dari tu. Sebab kita semua tahu Istana Budaya lebih kepada seni persembahan pentas dalam bidang teater, tarian, dan muzik kan? But KDCA - Development, enrichment and promotion of the Kadazandusun culture which includes language and literary works; Bobolians & Rinaits; traditional medicine, traditional food and beverages; music, songs, dances and dramas; traditional arts, crafts and designs; traditional sports; traditional wears and costumes - Sabah Below The Wind FB Page.
BUT.
Yes. BUT. I am a bit anxious. Aku ni memang ada tendency nak anxious pada benda-benda yang belum terjadi lagi. I mean, terlalu awal nak takut. Tapi ketakutan yang masih boleh dikawal lagilah. I was trained by a professional dancer, in Malay traditional dance, I mean. Belajar dulu dekat Semenanjung, of course lah kan lebih kepada Malay dance. So bila it's time for me to train the girls for Sabahan cultural dance, terus rasa macam kerdil sangat diri ini. Seumur hidup setakat ni, pernah perform sekali sahaja my own ethnic punya cultural dance, itupun dah kira contemporary punya arrangement. Danced to the song of Tambunan sang by Jestie Alexius (if I'm not mistaken lah) and Rumandawi sang by Clarice John Matha. That time, got first place. Tapi saya penari saja time tu. Bukan pengurus or trainer or anything. Just a dancer. Ikuttt saja, ditambah lagi dengan saya yang pengetahuan zero semata-mata kalau bab Sabah cultural dance ni. Nak bersuara pun macam not sure layak ke tak hahaha.
But, again. Belum cuba belum tahu, right?! Not going to give up so easy. Not going to give up pun! Takut memang takut, tapi buat-buat berani sudah. :D
Itu yang dekat KDCA. Yang 1 Mei tu Tari Kirana dipanggil untuk perform untuk event sambutan Hari Buruh dekat mini-dewan Kg Kinapulidan. And my dear boyfriend cakap MAYBE ada jemputan lain dari pihak diorang untuk buat persembahan untuk bulan Mei sebelum show dekat KDCA.
We'll see :)
Selepas persembahan di Hotel Perkasa 26 Mac itu hari, I let the girls bagi tumpuan penuh dekat study diorang dulu. This Saturday (16 Mac), sempena election di Sarawak (tiba-tiba), saya nak gather the girls untuk perbincangan dan perancangan untuk Tari Kirana sendiri, sekali terus untuk training. Itu tidak termasuk my own plan untuk my dance activity. Harap semua berjalan lancar.
Ohya. Congratulation to Tari Kirana sebab menang tempat pertama waktu pertandingan tarian tradisional di sekolah waktu akhir bulan lepas yeay :)
Sekian.
Yang benar,
Pengurus Tari Kirana :D
0 comments