Dongeng Cinta Sophie.
April 11, 2011Aizul : "Maaf ganggu masa awak. Saya nak minta maaf pasal hal kita dulu. Mungkin sebab saya tak pandai nak kawal perasaan dan ditambah lagi saya terlihat gambar awak dengan lelaki baru. Apa-apa pun saya minta maaf lagi sekali.." - 7th of April 2011
Sophie : "Minta maaf if lepas dapat tahu tentang ni, buat you tersinggung. Saya tak cari cinta pun, datang macam tu saja. Alhamdulillah, I am happy with him. You juga akan jumpa someone yang boleh buat you happy juga." - 10th of April 2011
Aizul : "It's okey, walaupun saya ada hati lagi sikit pada awak, just biarkan je lah.. Saya taknak ganggu hubungan kamu berdua.." - 10th of April 2011
Sophie ikhlas waktu mengungkapkan ayat tersebut. Dia juga mahu Aizul temui cinta yang sama. Yang boleh membuat Aizul lebih bahagia.
Tapi dia tetap Aizul yang sama. Kalau bukan marah, bagi ayat makan dalam. Kalau bukan bagi ayat makan dalam, marah .. bisik Sophie. Bukannya Sophie meminta agar lelaki itu tunduk menyembah kaki memohon kemaafan, tetapi agar lelaki itu sedar setelah apa yang Sophie pernah lalui bersama Aizul bisa Aizul mengerti bahawa perasaan sayang itu sahaja belum pernah mencukupi untuk jaminan hubungan itu kekal hingga ke akhirnya.
Dalam kasih dan sayang, lebih banyak gaduh dan air mata. Macamana nak bahagia? Keyakinan yang dulu utuh untuk sentiasa bersama walau apapun, akhirnya pudar. Dibiarkan tandus. Sejak lebih setahun lepas, hubungan dah tak pernah sunyi dari pergaduhan. Tak sah seminggu kalau tak gaduh. Genap dua tahun bercinta, Sophie perlahan-lahan melepaskan apa yang digenggam selama ini. Bagi dia, sudah tak berdaya lagi untuk meneruskan hubungan yang begitu. Sophie sudah melewati tahap kesabaran yang selama ini dipertahankan. Cukuplah selama ini hubungan on off dan on off berulangkali, hinggakan Aizul sendiri boleh selamba waktu break-up. Bagi dia, "ala nanti dia datang cari balik lah tu.."
But this time, she didn't. SHE WON'T.
Bukan kerana sudah tidak menyayangi, namun Sophie tahu dia deserve seseorang yang lebih baik.
Awal November 2010, Aizul mula merasa kehilangan. Mula memujuk dengan harapan untuk dapat kembali bersama. Sophie jadi keliru. Terkeliru dengan kata hati yang separuhnya masih menyayangi dan separuhnya sudah serik. Terlalu serik.
Teringat waktu kegagalan cinta pertama dahulu.
Bukankah Sophie pernah melakukan sesuatu yang paling sukar dilakukan sebagai seorang manusia yang terlalu mencintai semata-mata untuk orang yang paling dia sayang? Bukankah waktu itu Sophie pernah mengorbankan hati, perasaan, dan airmata sendiri dengan melepaskan orang yang dia sayang pergi dari hidup semata-mata tahu bahawasanya dia itu tidak akan pernah bahagia bersama dengan Sophie? Bukankah ia memakan masa bertahun-tahun melupakan cinta pertama yang itu?
Di setiap perjalanan, pengorbanan cinta itu tidak akan pernah terhenti.
Begitu akhirnya Sophie tekad. Tak mungkin bersama lagi. Cukuplah semua air mata. Ada takdir dan ketentuan yang sebagai manusia, kita tidak mampu untuk ubah. Ada keasingan yang sesungguhnya amat sukar disatukan. Sophie amat mengerti yang itu.
Sophie cuma mencari cinta yang buat dia merasa selalu bahagia. Itu sahaja.
8 comments
This is awesomeee! Is this real? May Allah bless you. =)
ReplyDeleteAida Ismail,
ReplyDeleteboleh berlaku kan? btw, sangat real :)
may Allah bless us all.
never knew you had such a beautiful story! cikda doakan semuanya baik baik yehh. kahwin jangan lupa jemput pulak. kita reunion 100penulis sekali =D
ReplyDeleteaduii..memang hati sy cair baca ni cerita la..
ReplyDeletebtw, i followed this blog =)
Aida Ismail,
ReplyDeletecikda. beautiful ke.. but, there's always a price for that kind of beauty :)
gilos la nak reunion dekat sbh ke?? haha :D
tp dah keluar dr 100p unfortunately :'(
deDetz,
ReplyDeletehi deDetz. thanks so much dear! :)
takpe, dah keluar pun. we're still friends. hehe.
ReplyDeleteAida Ismail,
ReplyDeleteof course! hehe :)