Lirik Lagu 'Bertamu Di Kalbu' sang by Jaclyn Victor.

April 21, 2011

Ku genggam semilir malam
Tika rembulan menyinari
Lalu ku menadahkan
Kata cinta nan suci
Dan akan ku hembuskannya
Tika malam syahdu

Kerana dalamnya
Kasih sedalam lautan
Setinggi mentari
Tak mampu digapai
Oleh khayalan insani
Cuma dinaluri

Katakan bara melecur diri
Bisa memercik jalan nan luka
Dengan selasih balut pedih ngeri
Tiada berpaling setia

Adalah sejarah jadi saksi
Bulan bintang menghangat kasih suci
Kita pun terpaut dan bersatu
Dalam bebayang mimpi berseri

Ku layarkan asmara
Di pelabuhan setia
Akan ku rentangkan
Sang pelangi suci
Yang pastinya anggun di hati
Bertamu di kalbu

******************************************************

Bagi yang mungkin sukar untuk memahami intipati dan maksud lagu ni..

"Tentang cinta yang susah. Tak mampu nak mencintai secara dekat, hanya bertamu di kalbu."

"Cinta yg penuh ranjau, walau tak kesampaian tetap di ingatan."

"Mengisahkan tentang seorang pencari cinta, cinta suci, yang kekal abadi yang sentiasa merenung kelemahan diri.. Merindui sang kekasih yang dikasihi dan mengasihi..."


First time dengar lagu ni waktu pertandingan realiti kanak-kanak 'Kamilah Bintang'. Second time dengar waktu Stacy nyanyi lagu ni duet dengan Jaclyn dekat salah satu rancangan di Astro. 3rd time dengar waktu kawan dekat Facebook bagi link youtube Salma nyanyi lagu ni waktu konsert Mentor 2011. Meremang bulu roma dengar Salma ni menyanyi lagu tu. Seriously! Lepas tu download dari 4shared.Com dan cari lirik lagu ni. 4th time dengar Adira nyanyi lagu ni, dari Youtube juga hehe. 5th time dengar diri sendiri nyanyi pulak. Aiyo, ke laut. HAHAHA.

I love it's melody the most. Lirik dia letaklah macamana pun, terasa sebak pula dengan melodi lagu ni. Ah aku ni nak sebak-sebak je kan. Tapi memang betul la. Lagu ni touching T__T Lirik tu ambil masa juga nak faham. Marilah dengar lagu ni. Marilah..

You Might Also Like

2 comments