­

Entri terakhir.

May 07, 2011

..... entri terakhir untuk kisah kami :)

Aku ini bukan keliru dengan apa yang aku rasa. Aku jelas dengan setiap inci perasaan. Aku tahu yang ada bahagian dalam hati aku ini yang masih menyayangi dia. Ada bahagian lain yang mahu aku membenci dia. Ada bahagian lain yang asyik nak sumpah seranah. Ada bahagian dalam hati aku yang mungkin AKAN tersenyum bila tiba satu hari nanti dia jatuh. Ada bahagian dalam diri aku yang merindui keramahan dia. Dan lagu-lagu yang pernah menjadi siulan kami. Merindu dia yang selama ini aku sangka itulah diri dia yang sebenarnya. Ada bahagian yang redha dengan apa yang berlaku, percaya hikmah di sebalik semua ini. Ada rasa pedih dikhianati padahal aku masih ingat semua janji-janji yang dia pernah suarakan pada aku. Untuk menjaga dan menyayangi aku. Janji yang dia tidak akan berubah sama sekali. Janji dia untuk mengakhiri cinta kami dengan sekurang-kurangnya ikatan pertunangan, tahun ini juga. Dengan nada dan reaksi wajah yang aku lihat begitu jujur. Sesuatu yang terlalu bererti bagi aku sebagai seorang perempuan. Kerana sekeras mana pun, jiwa perempuan aku ini masih mudah tersentuh bila seorang lelaki yang ku kira ikhlas ingin menjaga aku hingga ke akhirnya. Sebab itu aku terlalu sukar untuk percaya dengan keputusan dia untuk meninggalkan aku. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Manusia.

What goes around comes around. Allah jua yang menjadi musabbabil asbab. Segala yang berlaku atas izin Allah juga. Jika aku disakiti oleh dia, Allah sebenarnya sedang mengajar aku tentang sifat sabar. Agar aku lebih faham kita ini hamba Allah yang akan sentiasa memerlukan pertolongan-Nya.

Life aku?

Everything is alright. Selepas episod sedih dalam hidup, now I am so ready to move on. Masih banyak perkara lain yang aku boleh fikirkan.

My ex datang asking for another chance. Dia pun datang balik.. Ya Allah, please, be good to them T______T Diorang deserve wanita yang lebih mampu menghargai, sebab .. they won't find it in me. Saya appreciate perasaan yang diorang ada untuk saya, tapi cinta bukan paksaan. Saya nak cari penyakit ke terima orang yang saya tak boleh nak cintai. Lebih-lebih lagi, at times like this??

Dan dalam sesingkat waktu ini juga, telah ada beberapa salam perkenalan yang dihulur tapi aku hanya mampu pandang kosong sekosong kosongnya. "Maaf saya tidak berminat." Memang itu jawapan yang agak berterus terang, but I've grown too strong.

Kalaupun mungkin kau lihat aku rapat dengan siapa-siapa, itu tidak bermakna kami lebih dari sekadar kawan. Aku mengaku, pada saat-saat sukar aku sejak 25hb lepas, memang ada seorang insan yang sentiasa ada di sisi lebih dari sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang lain. Allah kirimkan dia mengutip satu persatu airmata ini yang gugur. Aku tidak pernah ditinggalkan dan tidak pernah lepas dari kata-kata semangat - hingga waktu ini. Semua itu menjadikan aku lebih kuat. Dan hubungan persahabatan begini sahaja sudah cukup buat saya. Bukan sengaja menutup pintu hati, tapi aku takut nanti aku akan silap perkiraan lagi. Biarlah masa yang ada sekarang ini aku guna untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri sendiri.


Biarlah aku senang nikmati apa yang aku ada sekarang ini.

Bicara soal perasaan ni terlalu subjektif bukan? Untuk publish semua ni pun aku masih teragak-agak - seboleh mungkin mahu menyusun kata sebaik mungkin sebab takut apa yang disampaikan disalah erti. Dan bila sampai satu waktu itu aku membisu, itu bukan bermaksud sudah tiada apa lagi untuk aku perkatakan. Sekurang-kurangnya aku sudah boleh tersenyum. Dan tertawa. Tidak salah kan menyulam tawa di tengah tangisan yang masih membara? (aku suka betul ayat yang saya italic tu. Tak tahu kenapa)

Aku tidak menang, tapi tidak semestinya aku hilang ketenangan. Untuk kesekian kalinya, aku sedar aku masih terluka. But I am going to be just fine..

*senyum*

You Might Also Like

0 comments