Mengapa sukar untuk memaafkan..
May 07, 2011Aku tersentuh semalam waktu mendengar lagu Biarlah Rahsia oleh Siti Nurhaliza. Waktu itu aku sedang dalam perjalanan memandu sendirian, pulang dari cafe. Kesian Siti waktu itu. Pernikahan yang dikecam. Itu risikonya bercinta dengan lelaki yang pernah menjadi suami orang lain. Masyarakat kita punya stigma pada wanita seperti ini. Melibatkan isu yang begitu taboo. Tapi walau apapun, itu hak peribadi Siti. Itu belum lagi soal bercinta dengan suami orang lebih-lebih lagi atas dasar sekadar suka-suka. Talking about KARMA, people.
Saya juga pernah membuat keputusan yang ramai orang sukar nak terima. Dan bila saya akhirnya memutuskan untuk menunaikan pilihan saya, memang ada pandangan sinis tapi saya tetap kuatkan hati. Saya anggap mereka itu tidak tahu the whole story, sebab itu mereka sukar untuk faham. Kalau saya tak pilih pilihan yang sekarang ini, pilihan yang satu lagi juga akan turut melukakan saya. Malah lebih melukakan. Aku tiada pilihan lain yang lebih baik, percayalah. Sudah cukup saya hampir gila menjalani hidup yang itu selama ini dan akhirnya saya let go. Pilih jalan hidup lain. Biarlah sederhana tapi lebih menjanjikan bahagia. Awalnya memang sakit. Kerana pilihan itu, aku terpaksa mendengar diri sendiri difitnah. Sering menangis memikirkan kenapa dugaan tidak pernah putus melanda. Semua itu aku terpaksa hadapi keseorangan sebab aku fikir yang itu keputusan saya buat sendiri, maka itu tanggungjawab saya. Risikonya biar saya seorang saja yang tanggung. Kini aku sudah tak hairan dengan segala apa kelebihan yang orang lain miliki. Aku redha dan bahagia seadanya dengan life aku yang sekarang. Forget about the price tag, bak kata Maddie Jane.
So you see? The same thing tunang dia sedang rasa waktu ini mungkin. Dia perempuan, aku juga perempuan. Jadi saya pasti dia sudah fikir masak-masak waktu membuat keputusan untuk berkahwin (walaupun dia tahu dia sedang melukakan hati aku yang juga sama seperti dia. seorang wanita. sanggupnya kawww). Pedihnya membuat keputusan yang kita rasa terbaik untuk kita, tapi orang di sekeliling merasa sebaliknya. Dikecam, dipersalahkan, diperkatakan. Aku sudah rasa semua itu. Maka saya MUNGKIN faham, dia dan tunangnya juga merasa pedihnya membuat keputusan yang mereka kira bakal buat mereka bahagia, tetapi sayangnya begitu sukar untuk mendapat keredhaan orang-orang berkepentingan. Apapun, jika mereka masih berhati manusia, mereka pasti ada rasa bersalah kerana bahagia mereka tercipta di atas airmata orang lain. Mereka pasti berfikir - kami hanya mahu bahagia yang kami jumpa dalam diri masing-masing.
Mengenang itu, saya rasa tersentuh dan ada bahagian dalam hati yang mahu memaafkan. Setiap manusia tidak akan lepas dari membuat kesilapan, tiada manusia yang sempurna. Walau macamana pun kita jaga, kadang-kadang kita tak lepas dari melukakan hati orang lain. Tapi sayangnya, untuk memaafkan, hati aku masih terlalu luka. Aku cuba muhasabah diri, cuba memujuk hati untuk memaafkan saja tapi air mata yang berlinangan laju. Untuk memaafkan, rupanya terlalu sukar. Mengenangkan semua yang dia pernah janjikan, aku masih merasa dia tidak pantas memiliki kemaafan dari aku semudah ini. Aku belum mampu mengikhlaskan. Demi Tuhan aku sesungguhnya tidak pernah sebahagia itu dan.. dan bila semua itu dikhianati, aku..... ---
Saya ada hak merasa apa yang saya sedang rasa, bukan? This is not going to last forever, I promise. Jodoh itu rahsia Allah, mungkin mereka berdua sebahagian dari rahsia itu. Kita tidak tahu kan?
Lupakan yang aku pernah menyayangi kau. Tak usah peduli yang aku masih mengambil berat hal kau. Lupakan sama sekali soal aku. Tapi jika sudah terbuka hati, selagi ada ruang bernafas, datanglah ke rumah mereka yang kamu berdua rasa kamu dah sakiti untuk meminta maaf. Mereka pasti faham. Janji pada saya satu perkara. Berbahagialah. TAPI. Jangan meminta-minta orang lain doakan kebahagiaan kamu sedangkan kamu sendiri lupa menjaga perasaan di antara manusia demi kepentingan dan kepuasan diri. Aku mungkin boleh memahami, tapi jangan terlalu yakin hidup atas air mata orang yang belum redha. Jangan terlalu yakin kamu tidak akan pernah memerlukan mereka lagi. Jangan terlalu yakin kamu tidak akan merindui apa yang kamu pernah ada waktu masih di situ. Kamu sangka CINTA boleh mengganti 100% apa yang kamu tinggalkan demi CINTA? Tidak akan. Semoga kamu berdua tabah menghadapi dugaan mendatang, semoga jalan yang dilalui dipermudahkan, dan semoga rumahtangga yang bakal dibina sentiasa harmoni dan dipenuhi barokah.
0 comments