­

Tari Kirana : Opening Mountain Bike at War Memorial Kundasang on 11 June 2011

July 01, 2011

Update untuk persembahan 11 Jun 2011 sebelah pagi.

Ya, untuk event ni, sebelah pagi saja. Sebelah petang hingga malam ada lagi satu majlis kami pergi buat persembahan. Majlis Persandingan anak kepada Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Haji Amri A Suratman di Kampung Kiaburi Ranau. Tapi itu nanti kita cerita untuk next entry. Sekarang ni, event yang ni dulu. Hiks.

Pagi tu kami bersiap awal lagi, bermula 5 pagi rasanya. Semua ahli Tari Kirana yang terlibat tidur di rumah saya saja sebab takut diorang ni terlewat bangun. Lewat bangun di rumah saya tidak apa lagi - boleh tiup wisel macam yang biasa dibunyikan dekat kem-kem motivasi tu (matilah hahaha), kalau tidur tak sedar-sedar di rumah sendiri, macamana? Pukul 7 lagi kami sudah kena ada di situ.

Tapi hakikatnya pukul 8 pagi baru kami sampai di Garden Cafe, cafe Walai Tokou Homestay. It's not always kami terlewat macam ni. Event yang kena bersiap pagi memang agak susah nak punctual sikit. Around jam tu juga ahli KMS yang lain pun sampai. Kami sarapan sama-sama dan gerak sama-sama ke Pekan Kundasang. War Memorial tu dekat dengan Pekan Kundasang.

Event ni nama besarnya 12th Borneo Island International Big Bike Festival 2011. Ada termasuk dalam kalendar Kementerian Pelancongan Negeri Sabah untuk tahun 2011. Diadakan selama 3 hari dari 10 hingga 12 June 2011 dan disertai oleh lebih kurang 300 bikers dari Brunei, Indonesia, Hong Kong, Singapura, Filipina dan Malaysia anjuran Sabah Big Bikers Club. Sekumpulan besar dari bikers ni konvoi dari Kota Kinabalu to Ranau dan singgah di War Memorial Kundasang - di mana kami team Tari Kirana dan team Kinabalu Merdu Sound tengah menunggu di pintu masuk tugu tu untuk buat welcoming greetings. Saya tak banyak ambil gambar time ni, sebab hujan. Tak selesa nak tangkap gambar. Yang ada ini pun cuma sebahagian dari yang saya letak di Facebook Page Tari Kirana.

Enjoy!

Waktu tengah tunggu ketibaan. Ya Allah, sejuk sangat-sangat time ni. Sudahlah memang dekat kaki gunung. Angin kuat, pastu hujan. Menggigil!

Sampai saja, Kinabalu Merdu Sound terus mainkan muzik diorang. Lagu dusun. Dan Tari Kirana ronggeng-ronggeng dengan para bikers yang sporting belaka. Ohhhh.. Time ni hujan beransur reda. Tapi hujan jugak. Kesian the girls. Saya take pictures bawah khemah KMS haha. Tumpang khemah.

Time ni performance utama Tari Kirana hari tu. Dance to the song of Tanak Kampung and Joget Kain Songket. Makin lama, hujan makin lebat. Tapi awal lagi saya sudah bagitahu the girls, kalau bukan sebab ribut petir, they still have to perform the tarian. No excuse. Tapi tak ada masalah pun, sebab diorang semua okey saja.

Ahaha. Remind me of my first day being a dancer. Perform untuk SIPMA 2007. Hujan yang lebih kurang lebatnya. My trainer told us dengan selamba, "Ribut petir barulah kita tidak perform. Kalau hujan biasa macam ni, semua kena turun." 

The same thing I told the girls.

Salah seorang dari organizer tu, rasanya dari Jabatan Pelancongan juga, ambil my phone number. Good news! Beberapa hari selepas tu uncle Koch bagitahu they wish to give the girls the chance to perform for tourism punya program satu masa nanti sebab disiplin bagus. So if next time ada panggilan berkaitan buat persembahan dari Tourism Sabah, alhamdulillah.. Saya tidak pernah pula bermimpi untuk buat persembahan luar dari Ranau malah tidak pernah bermimpi untuk perform di hotel-hotel atau event-event yang melibatkan Kementerian Pelancongan sendiri. Memang tidak pernah, but now sudah sampai Kundasang. Dan 26hb tempoh hari pun sebenarnya Tari Kirana sudah sampai ke Papar. Di Koposizon Homestay Papar sempena Pesta Makanan. But yeap itu untuk entri akan datang. Yang pasti, semuanya kredit kepada Uncle Koch yang banyak tolong mengetengahkan kumpulan Tari Kirana ni.

Random pictures. Full pictures at FB Page of Tari Kirana.

You Might Also Like

3 comments

  1. wah. kalau ambik no fon ada chance utk masa depan

    harap2 semuanya terbuka jalan

    ReplyDelete
  2. Kapten Atok,
    amin.. insya-Allah kan Fatt :)

    ReplyDelete
  3. wah...rezeki2..all da best sis!

    ReplyDelete