­

Dugaan-dugaan menuju ke arah perkahwinan

February 18, 2012

Just a hundred (and a few) miles away from Ranau now, and I miss somebody a lot. *lagu 'I think I love you' dari drama Korea 'Full House' berkumandang*

Okey cut that. HAHA.

Dugaan-dugaan menuju ke arah perkahwinan ni memang banyak rupanya. Bak kata adik I (yang konon plan nak kahwin dulu tapi tidak jadi kahwin dulu sebab tiba-tiba kakak dia ada calon *blushing* so he have to wait 1-2 more years), masa-masa macam ni la syaitan cuba nak buat macam-macam. Sebelum ni dengar saja, tapi bila dah lalui sekarang ni, barulah tahu macamana kuat kita kena bersabar dengan pasangan. Nampak memang senang, tapi bila sedang mengalami, berderai juga air mata.

Yang paling penting, sabar sabar sabar dan sentiasa memaafkan. Marah tu boleh, but jangan biar lama-lama sangat.

Antara faktor-faktor yang membawa kepada pergaduhan waktu darah tengah manis ni adalah :
  • Adat dan budaya. Kalau kena dengan family masing-masing yang serah bulat-bulat dekat kita tentang segalanya berkaitan persiapan perkahwinan, alhamdulillah. Tapi kalau kena dengan family yang ada budaya-budaya tertentu, waktu risik kena ada ini, waktu tunang kena ada itu padahal dalam your family tiada benda-benda macam tu, banyak persoalan dan salah faham akan timbul. Bagi saya, sebelum bermula dengan step pertama (merisik), perkara pertama yang perlu diambilkira adalah budaya dalam family. Dan bincang dengan keluarga masing-masing tentang budaya-budaya dan kebiasaan dalam keluarga kaalu berurusan benda-benda begini. Waktu sebelum merisik tu, make sure apa yang akan dibincangkan waktu majlis risik tu. Dan sebolehnya, sebelum risik juga, lepas bincang dengan pasangan, masing-masing bincang dengan family soal wang hantaran. Kiranya range wang hantaran tu bagi bayang-bayang sikit sebelum majlis merisik, so bila tiba masa majlis tu berjalan, smooth saja. Dan kalau boleh, bila bincang soal wang hantaran tu, buat secara tertutup. Ibu bapa kedua-dua pengantin saja yang ada, yang makcik pakcik tidak perlu dengar. Pendapat sayalah. Hal-hal macam ni, banyak hati kena jaga. Contohnya. Bila saya cakap dekat mother, tidak mahu tunang, terus majlis nikah dan resepsi, mother cakap, 'budaya apa kau ikut?' okey maka saya pun diam. HAHA. Mana boleh lawan. Macam yang saya cakap tadi, hal-hal macam ni banyak hati kena jaga. So kalau tak bincang awal-awal tentang kebiasaan dan adat dalam keluarga masing-masing, kalau tiba-tiba ada percanggahan, pandai-pandailah atur emosi masing-masing. Kan dah panjang explanation.
  • Berlainan pendapat. Yang satu nak macam ni, yang satu nak macam ni. Kadang-kadang pasangan marah. Si dia mungkin akan kata, kenapa tidak bincang dulu bila nak buat keputusan? Kenapa ambil ni, bukan ambil tu? Dulu kita bincang lain kan? Okey. Kita perlu sedar, untuk hal-hal perkahwinan, keputusan perkahwinan itu sendiri adalah keputusan berdua. Bukan seorang sahaja. Kalau sebelum ni kita biasa buat keputusan sendiri-sendiri, jangan lupa, bila dah berkahwin, segala keputusan adalah sebaiknya hasil perbincangan dengan pasangan *tiba-tiba insaf, sebab sayalah orang yang dimaksudkan*. Perkahwinan itu sendiri adalah satu perkongsian. Kongsi segala-galanya. Kongsi katil, kongsi perbelanjaan, kongsi anak. Bangun pagi tiba-tiba ada orang di sebelah. Solat berjemaah berimamkan suami. Suami menadah tangan untuk doa dan kita aminkan. Pergi kenduri kahwin kawan-kawan bukan lagi pergi seorang atau dengan kawan-kawan atau family, tapi dengan suami. Pergi mana-mana, dengan suami. Buat apa-apa, dengan suami. Keputusan apa-apa, bincang dengan suami. Hal-hal kewangan, bincang dengan suami. So why not start now, biar apa pun keputusan berkaitan soal masa depan, libatkan si dia. Sebab insya-Allah, dia bakal jadi sebahagian dalam hidup anda nanti. Sama juga macam apa-apa hal berkaitan perkahwinan, pertama sekali, bincang dengan pasangan. Barulah diusulkan pada family. Sebab hati family pun kena jaga. Baca point pertama. Hikhik.
  • Okey belum dapat fikir.

Tapi bagus juga sebenarnya, bila ada konflik, waktu tu la masing-masing belajar tentang sikap sebenar pasangan. Paling penting, bila tiba dugaan-dugaan macam ni, inilah masanya untuk kita belajar-belajar bersabar dan memaafkan, belajar-belajar untuk memahami dan bertolak ansur. Bukan soal siapa menang dan siapa kalah.

Kalau putus di tengah jalan, itu tandanya you guys had lost the thing that brought you guys together.. Sayanglah kalau macam tu.. :)

You Might Also Like

0 comments