Persiapan kahwin : Dress, Shoe, and Veil.

March 07, 2012

Siapa dah tengok gambar majlis nikah dan resepsi persandingan Lisa Surihani dan Yusry, angkat kening! Haha. Sebenarnya nak bagitahu, saya dah tengok! *eleh macam heran*

Off topic jap. Actually I've met Lisa before waktu majlis makan malam with them waktu tu masih belajar dekat Kedah. Farid Kamil, Lisa Surihani, dan Intan Ladyana. Rasanya diorang tengah on tour kot time tu. Sebab adalah juga diorang edar poster dan kad kalendar dengan gambar muka depan promosi filem 'Semerah Cinta Stilletto' eh betul ka ejaan tu. Malas nak google. Time tu SCS dah nak keluar dekat panggung dah. It's just as simple night. Dinner with them dalam suasana open air dan santai-santai. Sebab dulu ahli JPM, banyak info kolej dan universiti sampai dekat kami dulu. Tak war-war sangat dekat student kolej lain sebab tempat terhad. Lagipun kami sendiri isi tempat kosong tuh.  Haha. Rasanya around 30 orang saja yang ada. Dinner berdekatan dengan kandang kuda. Lisa dan Farid nak kuda tu berganti-ganti. Intan Ladyana tak naik. Adalah beberapa orang yang naik juga time tu tapi me and the geng tak nak. Yang penting, MAKAN.. Haha. Maaf gambar tak ada, semua dah hilang sekali dengan external yang rosak. But Farid tu memang tinggi. Lisa dan Intan tinggi lebih kurang. Bila dekat biodata (di internet) disebut tinggi Lisa 5'3', saya fikir balik. Betulka? She looked shorter. BTW, sebelum ni selalu bisik dalam hati, Lisa Surihani remind me of somebody I really adore. Siti Nurhaliza. Especially the way of how she present herself. Sangat sopan dan selalu beri positive vibes to people around them. Tapi eh I tak minat Lisa, Siti Nurhaliza tetap nombor satu dalam hati I. Haha.

Okey.

Tujuan entri terlambat ini ditulis adalah kerana ingin menyatakan how I adore the majlis sangat-sangat. I have my own reason, but the main reason is, I love the concept. Lain dari yang lain kan. Pelamin pun adalah cantik. Especially pelamin nikah. Petak-petak macam tu memang kegemaran I. I don't know why, banyak idea dan konsep yang masih tersimpan dalam kepala hotak ni, masih belum sepenuhnya disuarakan di dalam blog (tapi telah direalisasikan oleh majlis pasangan ni.

Dari pelamin nikah yang ala-ala petak-petak tu hinggalah ke bilangan persalinan dan warna. Syam and I planned to have only two sets of wedding clothes. White and white. Itu plan saya lah. Tapi jadi white and champagne. White untuk majlis nikah, and because he refused to wear white untuk reception, I suggested to use warm and sweet champagne color untuk majlis sanding to compliment his dark skin. He's happy with that so I guess he agreed.

We even bought our reception shoes. Dia dengan kasut hitam dan saya dengan high heels in champagne. Haha so you see we're very serious about the champagne theme okey..




Awal sangat nak beli tapi time jalan-jalan di Centre Point KK (sebenarnya ada hal di Kota Kinabalu, I won't be at KK kalau tiada urusan) awal Februari lepas, tiba-tiba jumpa clearance sale dekat satu kedai kasut dekat Centre Point yang nak pindah keluar. 95% hampir kosong! Menyesal sebab tak tahu awal. Haha. Kasut kami berdua worth RM308 kami beli harga RM110 sahaja untuk kedua-dua pasang. Jenama Red Modani. Quite nice, saya pun bukan memilih sangat pun. The design, the material, and the color is just perfect. Very close to my liking. And kasut hitam tu pun jenis kasut idaman Syam. Well I guess both shoes are meant to be paired together :P

Saya nampak video majlis resepsi Lisa Surihani dan Yusry, ala-ala tema vintage. Warna-warna yang digunakan pun warna-warna warm. Broken white dan champagne. Dan ada sentuhan sikit-sikit light gold, ada spot bunga warna warm blue, pink, and purple especially part pelamin. Memang naik habis. Baju tema keluarga dan kenalan sebelah Lisa waktu majlis nikah warna dusty pink (Lisa pakai white dress), waktu resepsi gold champagne (Lisa pakai warna champagne cair). Sebelah Yusry, nikah biru, resepsi hijau. Pakaian Yusry sedondon dengan Lisa. Tapi tak berkenan dengan samping Yusry waktu nikah. Hmm. Tak pernah berkenan dengan samping macam tu. Tiba-tiba ada warna warni. But okey, maybe trend tu tengah 'in' untuk pengantin lelaki sekarang.




Tentang details dekat veil pula. Saya minat sangat dengan bentuk dan flow veil Lisa dekat bahagian belakang. So gorgeous. But a bit macam 'alamak yes yes' bila tengok boarder detail dekat veil Lisa sebab actually I dah beli bunga-bunga kain timbul untuk jadikan boarder veil dekat Kamdar, 1Borneo, hari yang sama saya dan Syam beli kasut kami. Lebih kurang macam boarder veil Lisa. Sejak start survey around january lagi dah suka dekat bunga timbul untuk detail veil. Bila jumpa kain ni, hati dah berkenan sangat-sangat, sebab tu hari tu terus sambar. RM40 total. Satu meter sahaja, but cukuplah untuk jadikan boarder dekat veil sebab kain tu penuh dengan bunga timbul. Bidang pun luas. Even mutiara dan kristal saya dah prepare awal-awal. Alhamdulillah Sabah senang nak dapat mutiara hihi. Tengok gambar atas tu, saya test letak kristal dekat bunga timbul tu. My very first attempt. Lepas ni tinggal beli kain bridal net dan pisah-pisahkan bunga-bungaan timbul ni dan hias dengan mutiara/kristal. Part DIY yang I excited sebenarnya ni haha. Nanti bila dah start nak buat, saya akan tunjuk DIY tu dekat blog okey.


Look at the veil

Oh of course veil Lisa outcome dia lagi cantik :P

And the dress pula. Saya prefer dress macam dekat gambar INI. Ada tiga persamaan dengan apa yang saya nak. 1st, nak kain lace (tapi not sure la full or not - yet to be decided). 2nd, that v-neck. Dari dulu lagi I prefer v-neck even for my tshirt haha. So v-neck is a must. 3rd, detail dekat lengan. Awal-awal survey saya lebih tertarik dengan baju resepsi Maya Karin.





Kain lace juga. Tapi tak mahulah buat jarang-jarang macam tu. Tapi macamana ya supaya tutup aurat, dalam masa yang sama lace tu tak tenggelam oleh warna baju inner nanti, without buka the aurat? Okey we'll sort that out later.

Ada beberapa lagi yang kami berdua dah beli. Sikit-sikit. We'll talk about that later.

All in all, great minds think alike :P

You Might Also Like

4 comments

  1. wah! can feel that your big day will be awesome with all these great ideas. hehe... my sis is about to wed too. mid of april :)

    wish u and him happily ever after :)
    god bless..

    ReplyDelete
  2. waaa fina getting married. soo happy for u dear! Congrats~

    ps : champagne sgt cantek! farah pon asalnye nak wat champagne as our nikah theme kaler tp somehow jadik kaler peach lak. wakakaka

    ReplyDelete
  3. millerJ,
    i can feel it too.. harap2 dpt lalui smua fasa2 tu sebaik mgkin dan selancar mgkin. insya-Allah. amin..

    thanks to you millerj and congratulation to ur sis ;)

    ReplyDelete
  4. farah najja,
    segan dkt farah. a'ah la nak kawin dah.. thanks for wishing *lari tutup muka*

    ReplyDelete