Persiapan Tunang : Personal countdown checklist for majlis tunang.
August 19, 2012 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Petang, 19 Ogos 2012
I memang macam tak ada life hari ini. Ini entri ketiga untuk hari ini! Eh kejap, lekap tangan dekat dahi. Saya demam ka? LOL. Demam pun tidak macam ni.
Nervous. Nervous.
Btw, remember my previous entry I post siang tadi? About my ayah minta saya update him about perkembangan persiapan majlis? Briefly, I told him. Tapi supaya lebih jelas lagi, saya tengah taip tentatif and even senarai barang hantaran pun saya taip sekali. Everything termasuklah fotografer siapa, mini pelamin, etc.
Malam, 19 Ogos 2012
By this time, semua yang ayah minta saya print saya dah buat. Dah bagi pun. Bahagian pertama, cadangan tentatif, termasuk apa yang perlu kami sekeluarga kena pastikan sebelum jemputan datang. Lain-lain detailing macam mini-pelamin, siapa fotografer dan sekitar bila dia sampai, pakai baju macamana untuk tunang, siapa yang mekapkan, di mana letak juadah-juadah, bahan-bahan untuk buat hantaran dan berapa dulang semuanya, dan juga bahan-bahan untuk buat doorgift - semua tu saya letak dekat bahagian kedua. Bahagian ketiga saya letak senarai lengkap siap jenama lagi untuk setiap barang hantaran kami. Akhir sekali, bahagian countdown checklist starting today ; iaitu *** hari sebelum pertunangan. Haha. Still not revealing. 3 pages of checklists. Everyday checklists. Deepest part in me is screaming. ALL THE TIME.
Ada beberapa perkara yang berubah saat akhir. Tidak guna nak panik-panik sekarang sebab I know it won't help. Kalau ada masa, of course I'll rant and rage but sekarang tiada masa untuk itu semua. Saya fikir, ini baru majlis pertunangan. Belum lagi event besar macam majlis kahwin. Baru cuit sikit mana boleh menggelabah. Redah saja apa yang dapat. Think for better solution and go for it. That's it. Weird. I am much more tenang bila berada dalam keadaan yang sangat-sangat menekan. LOL. Happened before.
Baiklah. This is my personal countdown checklists. Mine. Setiap orang berbeza detailing. Tidak sama. But ya kalau ada yang rasa buat macam ni adalah praktikal, you can try this. Btw, hari yang saya tulis tu bukan hari sebenar. Contoh saja. Tapi detailing tu ehem semua memang benar belaka ehem.. Sorry kalau ada yang macam agak pelik sikit haha.. I am a bit generous today :P These lists are meant to be private tapi saya tukar fikiran dan paste dekat sini - with minor editing. Ada juga yang saya dah cancel atau ubah dari checklist ni tapi list tu still remain here..
I've printed this out and lekat dekat board so I senang nak cek bila keluar masuk bilik. Rather than just simpan dalam laptop, nanti melencong pergi klik-klik browser pula hahaa.. Okey cekidauttt.. Amaran : tidak perlu try faham apa yang saya tulis ni. Memang saya sorang saja faham.
15 DAYS COUNTDOWN CHECKLISTS (strike out whenever done)
15 HARI SEBELUM CATATAN
- basuh kain ; selimut, tabir, cadar, kain sudah pakai (secara beransur)
- cari pembalut kertas dan gunting bentuk segiempat banyak2
- minta dana tolong
- kemas bilik dan bersihkan. pastikan siap sepenuhnya
- hantar barang-barang hantaran dan pelamin ke rumah belakang
- pilih gambar untuk display di meja doorgift
- video montage kalau sempat
- design tulisan di doiley paper (htm putih) dan print
- design wording di frame (htm putih) dan print
- pilih lagu
- bagi syam brooch, songkok, lebihan bunga kecil
- google mcmna buat sirih junjung
12 HARI SEBELUM CATATAN
- kain semua sudah kering. angkat dari jemuran
- kemas rumah depan
- print gambar-gambar dan grafik untuk diletakkan di dalam frame
- urus baju tunang
- sediakan brg untuk mini pelamin
- bunga tangan putih mama (hias)
- ukur dan jahit kain bulu untuk stand bunga tepi
- kain bulu (karpet)
- kain bulu (sofa hijau)
- gubah bunga (putih + various pink) – attach di atas stand bunga
- bantal hiasan (4 buah)
- mutiara/manik jurai (make sure cukup before letak d hantaran)
- lampu kelip2 as backdrop
- gegelung bunga
- pasang hantaran
9 HARI SEBELUM CATATAN
- awal pagi lagi keluar
- basket untuk letak doorgift (di kedai)
- print gambar ikut saiz frame
- hiasan-hiasan di kedai bawa pulang kejap
- tambahan gula-gula jika perlu (hap seng)
- beli / sediakan bhn2 kcntikan diy
- timun (untuk mata)
- ice (untuk muka biar makeup tahan lama)
- madu (bibir)
- limau nipis (mandian)
- masker mary kay - tidur pakai masker ya.
- buang bintik hitam
- kemas rumah belakang
- pasang mini pelamin
6 HARI SEBELUM CATATAN
- pastikan doorgifts sudah siap
- pastikan hantaran sudah siap
- susunan meja dan perabot
- pastikan mini pelamin siap
- pastikan siappppp
3 HARI SEBELUM CATATAN
- pastikan PA System dah berada di ruang tamu rumah (siang sibuk so buat malam)
- pastikan pendrive sudah berisi lagu
- bersiap di bilik pipie so kemas dan hias sikit sana
1 HARI SEBELUM CATATAN
- check pintu & lock bagi mengelakkan kejadian tidak diduga
- alat-alat mekap di bilik pipie
- pastikan pakaian tunang dan lain2 diasingkan/digantung (di rumah belakang n bilik pipie)
- susun doorgift dan frame di meja bulat
- pastikan semua sudah selesai
- tidur awal
THE BIG DAY CATATAN
- mandi awal sebelum mula mekap
- no more working. take time. tawakal. redha.
- sarapan pagi
- wapkan muka dan lepas tu ice
- makeup start at 9am
- make sure hantaran dah diletakkan di ruang tamu
- bagi aturcara kepada fotografer
- enjoy the day
- majlis berakhir sekitar 5 petang. sambung rumah terbuka family.
-END-
Kerja strike-strike ayat saya tidak buat dekat sini. Semua saya buat dekat kertas yang saya dah print. Ini bayangan tentang apa yang saya akan buat untuk kononnya 15 hari terakhir ini. Tolong doakan yang terbaik untuk saya :')
Again, happy eid.
0 comments