­

Update terakhir di blog sebelum menjadi tunangan orang. Doakan kami!

August 21, 2012

 سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ini adalah update terakhir di blog sebelum menjadi tunangan orang. Briefly bermula hari ini, INI (starting from the middle part of the entry) adalah perkara-perkara yang saya akan lakukan setiap hari. I've deactivated my Facebook account to give my full attention to the preparation for our coming event. Sementara saja. Okey baiklah FB tidak jadi deactivate sebab takut nanti ada apa-apa update saya terlepas.Lagipun baru create event. Entahlah betul atau tidak tindakan. Invite tu bukan sebab engagement. Engagement antara family sahaja dan kawan-kawan rapat (seriously I have no friends around time tu (- -") but open house raya untuk semuaaa! :) Yang lain social networking saya tidak perlu deactivate sebab selama ni saya aktif pun dalam Sophiesm dan FB saja. Yang lain hidup segan mati tak mahu. Twitter ada tapi sampai sekarang tidak benar-benar fasih kegunaan dia dan masih terkial-kial nak guna walaupun saya tahu semua orang-orang kewl banyak aktif dalam Twitter. *tiba-tiba*

I've cancelled several things - macam.. tuttt. Adalah. And bukan setakat bakal tidak bertemu dengan Blogger dan FB, tapi pertemuan dengan si dia juga sedang dihadkan. Hari majlis berlangsung baru bertemu. 

Nervous. Perut asyik rasa sejuk saja. Baru tahu macam ni rupanya perasaan bila dah dekat-dekat majlis. Ni baru tunang ni, belum lagi majlis kahwin. Bukan tak sabar, tapi banyak benda lagi belum buat. I wish I can stop/freeze the time! Hantaran belum start buat. All DIYs belum start. Rock tak? Baru nak start angkut semua ke galeri sebab sana luas sikit, selesa buat kerja. Dekat ruang tamu tapi tingkat atas. Saya panggil galeri sebab dekat situ banyak tergantung kraftangan-kraftangan. Office kecil ayah pun ada. Yes father ada office dekat rumah. See how much workaholic he is? And sebelah office ada bilik kecil siap ada meja make-up dan katil. Di situlah bilik saya bersiap pada hari majlis tunang nanti. Dari bilik tu boleh intai ke ruang tamu tempat dua-dua family berkumpul. Tanpa segan silu sebab cermin gelap. Hahaha..

Tiba-tiba rasa ngeri pula bakal bergelar tunang orang. Keluar dari comfort zone. Tu lah nak kahwin sangat kan. Hambek. Tapi realitinya saya bahagia dan gembira. Memang seronok dan mencabar pada masa yang sama. Sekarang memang lah nampak seronok, tapi esok-esok macam mana pula kan? Yang penting kita kena sama-sama positif, optimistic dan apa yang penting..... kerjasama! Semestinya :P
Once dah settle I will surely share all the pictures here. Bye all. Sobsobs jumpa lagi. Mohon doakan semoga semua berjalan lancar ya!

You Might Also Like

2 comments

  1. Hope everything will be fine and goes well Fina. Wish you all the best. Selamat Hari raya! :p

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. best dpt tau berita gembira ni.. jaga diri baik2, semoga majlis berjalan lancar :)

    slmt hari raya n maaf zahir batin gak kalu ada yang menyinggung perasaan sepanjang bergeng kat 100p..

    ReplyDelete