JB + USS Trip : Day 1 (Part 2)

March 31, 2014

Sampai juga masa blog ni nak berupdate alhamdulillah ya amet. It's because it's few months lagi untuk next trip dan I tak settle lagi yang ini. Ini entri ketiga. Sebelum ni ada dua entri tentang ni. Ini teaser dan ini pula Part 1.

Bermula dari bangun pagi tu, bersiap, dan terus ke airport. 1st day pakai sneaker putih Dana, bukan main lagi tinggi platform dia. Lucky sebab lebih kurang macam wedges + creepers saja. Tapi kan creepers wa tak boleh hadam. Bentuk dia pelik hee. I dah retire bertahun-tahun pakai highheels neh. Dulu stat dari heels 2.5 inch jadi 3 inch jadi 4 inch pastu last-last boleh sana sini pakai 5 inch (inch tau bukan cm). Lepas tu berjinak dengan wedges 2.5 inch, teros langkau pergi 5 inch wedges. Lepas tu merundum jatuh pergi selipar jepun. Kahkah dramatik gila ending. Masalahnya isu kasut saja pon? Hihi. Sekarang ni semua kasut kebanyakan dah tak guna dan rosak dan terbuang begitu sahaja sebab kulit terkupas-kupas dah tak boleh diselamatkan lagi. Yang agak-agak masih elok pula dah selamat jual 10 hengget waktu buka kedai dulu. Sekarang ni yang tinggal ; high heels aka kasut kahwin 1, flatshoes 1, wedges 1, sportshoes 1, dan selipar jepun 1. Sekarang wa tengah gila boots tapi memandangkan I boleh ada 1 saja boots maka kena alang-alang amik yang mahal sikit dan tahan lama. Tapi yang inspired pun dah mahal, apatah lagi yang ori kan. Amik inspired dah puas hati dah. Tengoklah nanti after dah beli confirm show off dekat sini tak pon instagram :P

Sekarang balik cerita asal pula. Mukaddimah panjang sangat.

Sebab kami naik Air Asia, so kami pergi Terminal 2. Terminal 1 di Kota Kinabalu untuk MAS dan Malindo ya. Sampai dekat airport tu, terus pergi self check-in. That was my first time after 3 years tak fly. Dulu I was quite a frequent flyer sebab study dekat Kedah 4 years. Cuti semester dan raya tiap tahun dan tiap semester confirm pulang rumah. Tapi setakat ulang-alik Kedah la. Untuk travel-travel naik flight begini, ini pertama kali. Biasa jalan-jalan semua yang setakat ikut kereta. Hee. Self check-in quite fast, dan senang sangat-sangat. Since kami takda barang untuk di check-in so cepat saja. Tekan-tekan nombor booking, ikut arahan dan settle.

Lepas self check-in kami pergi cyber cafe terdekat and print booking confirmations yang perlu waktu di sana lepas tu breakfast dekat KFC. Lepas breakfast terus ke boarding room. Sebelum tu kena lalu la prosedur naik kapal kan. Masuk boarding room terus rasa hazab. Ramainya orang lepas tu aircond pasang ala kadar. Macam pasar ikan sobb. 

Dan satu lagi kehazabedahan yang lebih hazab bermula.

Okey cerita begini. Tentang kereta sewa. Pertengahan Januari dah confirm semua sekali dengan deposit. Kira semua okeylahkan. So wa pun senang hati. Then waktu sejam sebelum berlepas dari Terminal 1, wa call balik untuk remind, tapi tukang angkat telefon blur-blur macam tak buat homework hari ni siapa semua customer diorang, like seriously?? Wa sebulan sebelum dah revise balik my customers punya tours dan make sure all bookings have been made accordingly and wa cek tarikh satu-satu dan semak berulangkali. Okeylah tidak apa, wa ingatkan dia balik. Nama I, deposit berapa. Lepas tu boleh cakap Viva (I tempah Viva) tiada availability untuk hari tu?? Dia kata Myvi saja ada just tambah RM20 saja lepas tu lagi luas dari Viva. Memang dah nak panas dah. RM20 difference is okey Viva Myvi are all the same tapi persoalannya sebab wa dah deposit so kenapa booking wa tak secured? Sabar lagi. Sebab janji kereta ada dan diorang pick-up kami dari airport. And bila I mention pasal pick-up dekat airport, dia terlepas cakap..

Him : "Oh, nak pick-up dekat airport lagi ke?"
Annoyed me : "Of course la saya booking hari tu semua sudah deal kan??"

And tanpa 'Okey' dan sewaktu dengannya, saya dengar dia sambil otw nak matikan talian dia punya tone suara macam marah-marah cakap laju2 cuma tak pasti butiran-butiran sebab sekejap saja. What was that.. But I leave it there sebab dah sampai masa nak boarding. I don't tell husband sebab nanti kena marah pula.

Naik flight sebelum berlepas tu klik klik amik gambar muka buat-buat bosan (padahal eksaited) lepas tu masuk instagram lepas tu tidur sepanjang perjalanan ihihi.

Sampai Senai Airport, text balik penyewa kereta tu tapi tiada jawapan. Tunggu lama dekat airport sebab call tak angkat. Bila call dah angkat pula, katanya suruh tunggu lagi 30 minit. Lepas tunggu 30 minit, cancel lagi katanya perlu ambil dekat premis diorang sebab orang yang last minute assigned untuk hantar kereta pun accident. Wallahualam. If betullah wujud accident tu maybe sebab kelam kabut punya pasal. If only awal-awal lagi tak buat macam sambil lewa maybe dapat kurangkan risiko begini. Hari pertama diorang janji akan drop kereta yang kami nak sewa tu dekat airport. Waktu buat booking dan deposit saya dah provide tarikh siap dengan masa ketibaan dan berlepas, every details including hari last tu kami nak guna kereta sampai jam berapa. Sms (bertulis) tau, bukan setakat inform dalam perbualan telefon saja. Tapi turned out, kami sampai airport diorang baru nak urus itu ini last-last kami yang kena pergi ke Taman Tampoi Indah lokasi syarikat dan kereta-kereta diorang sebab last minute tak ada yang nak hantar. Maybe memang company ni handle bisnes sambil lewa macam tu or kami saja yang bernasib tidak baik hari tu. I don't know la. Serius rosak mood awal-awal nak bercuti.

So kami jalan ke hujung terminal amik teksi ke sana dengan bayaran RM40. Hmph.

Dalam perjalanan ke Taman Tampoi Indah nak amik kereta sewa

Sampai saja, office tutup. Waktu suruh ambil tadi tak cakap pun office tengah tutup kan. Grr. Nasib baik hujung tu ada kedai makan so boleh lunch. I order Mee Goreng Mamak and husband Mee Goreng Ayam. Mee Goreng Mamak maaf tak berapa kena dekat tekak. Makan sikit saja.

Sejam lebih kami tunggu. Sampai terus setelkan dan husband buat keputusan amik Myvi sebab Viva kecil sangat, rasa tak selesa dan tak selamat katanya. Okeylah beza berapa ringgit saja kan. Sampai situ sajalah hazabnya. Lepas tu urusan yang lain-lain okey. Kereta pun okey macam baru. Baru nak senyum ngehehe..

Dapat kereta terus on GPS cari Tune Hotel. Melingkar-lingkar kan jalan. Kami yang duduk Sabah yang tercinta ni orang kampung, sesat jadinya hmm. GPS pun tak guna if bawak laju sikit sebab boleh terlepas simpang. Itulah yang berlaku pada kami. Padahal Tune Hotel dah depan mata. Nak masuk simpang yang asyik terlepas hahaha. Janji sampai.

Sampai, check-in dengan mudah (lepas tambah addon TV dan aircond) terus naik bilik. Dah siap sedia dah standard hotel ala-ala Tune Hotel dekat 1Borneo Sabah, tapi nampaknya worth every penny. Dah lah bayar murah untuk 2 malam tak sampai RM100 huhu. Tune Hotel dekat 1Borneo lagi sempit dan kosong dari ni. Bersyukurlah nak. A decent hotel la - just enough to our liking.

Sampai terus wassap Ila (cousin yang kerja nurse dekat JB) sambil belek-belek bilik.




Ila cakap dia tertanya-tanya juga kenapa lambat inform, yalah kami sampai dalam 12 tengahari. 4PM macam tu baru sampai hotel. Tapi tidak apa, benda nak jadi kan. Wa okey, such things happen. Ceh padahal bukan main marah tadi. Petang tu kami janji jumpa dekat perkarangan Tune Hotel untuk jalan-jalan area JB. :)

Dan 2 hours later. Sampailah masa ..

Dalam kereta biru tu Ila dan 'kawan'nya ngehehe




Tak banyak ambil gambar. Sebab walaupun sangkut DSLR dekat leher, tapi tak teringat pun nak snap. Yang I ingat, snap gambar guna phone pastu up dkat instagram aihh.. Ruginya.. Of cos la gambar kami takda, especially me. Nak tengok cek instagram XD




Ini Ila dan 'kawan' :P







Chicken Chop RM5 sodappp tapi flash over sangat. Spoil :( Time amik gambar ni confirm amik sekali saja lepas tu terus tak tahan nak melantak haha.

Yang sedihnya tiada gambar me and Ila together amik guna DSLR! Instagram adalah. 1st day baru nak warm up. Eh silap. First TRIP. Baru nak warm up. ;)

Dekat gambar boleh tahu mana semua kami pergi (sebenarnya tak ingat nama). Tapi saya try ya. 1st, pergi Country Garden Danga Bay. Memang cantik sangatlah. 2nd, pergi Danga Bay yang ada funfair tu. Tapi kami tak naik. 3rd gi dinner makan chicken chop RM5. 4th, pergi Pasar Karat (tapi amik pic instagram saja). Pasar malam mana-mana sama saja kan. Mood dia saja yang lain. Pergi nak rasa mood tu lah. Day two kami pergi lagi time tu adalah amik gambar sikit tapi still gambar instagram. Hee. Semua tempat tu kami sama-sama berempat.

Johor Bahru memang bandar yang sangat membangun. Tak kalah dengan Singapore. Malam tu sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Pasar Karat best tengok bangunan-bangunan bergemerlapan dengan lampu-lampu (I suka tengok binaan) dan ada clock tower dekat padang tu cantik tengok malam-malam. Husband siap usik lagi. Atkinson Clock Tower dekat KK memang kalah. Sobs. Sejak hari tu I cancel Atkinson Clock Tower. Terasa hati tau dengan clock tower dekat JB wakaka.

Day 1 awal-awal agak kecoh sikit tapi at the end of the day, it was full of laughter. Gelak-gelak sharing stories, and later so odd to find out kawan Ila muda setahun dari Ila sama macam husband I muda setahun dari I (actly muda 2 bulan) and it brought us even more laughter. Lepas tu dapat tengok keindahan bumi JB waktu malam before balik hotel untuk rehat anticipating next day nak pergi USS pula hee. Thanks to Ila and her 'friend' sebab curi juga masa untuk entertain kami even untuk sehari saja. Ila sampai take leave on that day maybe weeks before untuk welcome kami hari tu. And thanks to husband for all the patience, and lifted up my mood. I love you.

End of day 1. :)

READ NEXT ON PART 3

You Might Also Like

0 comments