­

JB + USS Trip : Day 3 (Part 9)

April 10, 2014

Hari ketiga. Hari terakhir. Ehhh sekejapnya 3 hari saja tapi bila tulis dalam blog ambil masa berhari-hari, berpart-part. Macam ni wa jadi susah hati sikit nih. Lepas ni 9-10 days x 2 trip = Berapa tahun nak habis? BUT, apart from it, I am still on the planning process. Writing the reviews in the blog? It is still too far from my concern right now. This year's trips itself makes me so ecstatic. Relekslah. Even *paused* ahhh now that I remember..~

I haven't even review my wedding yet. Walaupun dah lebih setahun berlalu. I will someday but I can't promise. Hari tu tergendala sebab gambar kahwin banyak hilang. Lagi satu, official photographer.. Hmm. Sedih. Let's not think of that, Nana. It's depressing. T_T.

Back to JB + USS Trip.

Day 3 kami sengaja bangun lambat-lambat sampai masa untuk check-out. Hari ketiga ni baru buka Facebook, sekali tengok my instagram pictures (update instagram direct post dekat FB even tak login) ada komen-komen dan PM dari kawan-kawan yang duduk Johor. Alamak dah nak pulang, baru dapat tengok komen-komen tu semua. Sambil balas komen dan PM orang, tetiba salah seorangnya kebetulan tengah online. And that is Cik Pia! Ataupun now Cik Puan Pia. Huahua. Katanya sampai hati tak bagitau. Hee..

Since Cik Pia kata rumah just a few blocks away from Tune Hotel kan, so kami decide untuk meet up right away. Husband not fully awake yet since he's not feeling very well since early morning. Husband ni suka tempat sejuk dan boleh dikatakan hanya boleh hidup di tempat sejuk. Orang Kundasang sejati. Siap-siap dan dapat text Cik Pia nak tunggu dekat lobi. Ehh nervous macam jumpa boyfriend. Serious nervous. Why? Sebab, ni la first time jumpa face to face sebab selama ni selama kenal dalam blog just kenal melalui tulisan dan sometimes communicate dekat blog dan Facebook.

Turun saja lobi nampak senang saja dah cam. Ecehh memanglah sebab takda orang lain dekat lobi tu. Hewhew. Cik Pia tau tak eh I tengah malu-malu time tu wakaka. Kecil saja orangnya.. Pastu bawa babybump, so cute.. Sobs. Nak jugakkkk. Hm. Kami berbual-bual sekejap.. Nampak kebahagian dari riak wajah Cik Pia bila cerita pasal anak. I is jealous. We got married around the same time, awal Februari 2013. So taulah why jeles kan. Cakap pun sweet dan funny2 gitu. I didn't remember the last time I talk sweetly like this. Horrible, isn't it?

Ada terdetik dalam hati waktu tu, inilah dia rupanya pemilik blog Bila Cik Pia Berkata-Kata (http://cikpia.blogspot.com) yang selalu buat I senyum kambing sorang-sorang tu. Ngehee.

Tak lama, nama pun just singgah yang penting jumpa kan sebab dah alang-alang. Dekat sangat. Lepas jumpa tu I gi beli roti pula. Makan sementara tunggu tengahari karang nak makan dekat luar otw pergi airport.


On our way to the airport

Ni lah clock tower yang menambat hati I dua malam lepas. It looked lively waktu malam, but at daytime, it seems so tired. Tengok jam tu dah tau kami baru check-out heheh




Tak banyak tempat pergi hari ketiga ni. Sampai airport, tuan punya kereta dah tunggu sedia dekat airport, katanya awal-awal lagi dah tunggu. 2 jam sebelum masa dijanji dah terpacak. Ewwah waktu nak minta balik bukan main awal kan. First day hari tu kami cakap jam 12.30PM tengahari tapi jam 2.30PM baru dapat kereta. Hari ni pula kami cakap jam 4.00PM (flight 6PM) tapi jam 2PM dah ada dekat airport. Manalah tak rasa annoyed macam tu punya gaya.

Naik flight dan terbang balik Sabah. Bye JB! I LOVE JB! Walaupun tak dapat rasa makanan spesel dari Johor dekat sini. But it's at my fault sebab tak rancang sangat perjalanan. I is menyesal.

Last time I pergi Johor setakat Muar. With both of my parents. Waktu tu ayah punya graduation day (PJJ) dekat UPM. Hari ini bila ingat usaha diri sendiri merancang perjalanan kami di JB, saya jadi tertanya-tanya macamana ayah rancang perjalanan kami dulu. Tahun 2000. Dengan tiada bantuan internet, kami dapat melawat tempat-tempat menarik sekitar Kuala Lumpur termasuklah KL dan Twin Tower. Dapat tengok jalan raya bertingkat di Kuala Lumpur. Kami dapat pergi ke tempat bersejarah A. Famosa di Melaka. Kami dapat rasa naik beca. Kami dapat pergi Muar dan rasa Mee Bandung. Ayah dapat ambil gambar kenangan di sekolah lama ayah di sana. Saya tidak terfikir apa-apa waktu tu but now I can see, orang tua menjaga kita bukan semudah yang kita sangka. Every little step is always big. Datang dengan bermacam-macam dugaan baik dari segi kewangan, kesabaran atau kudrat mereka. Both of my parents did their best in raising us. They did their best, now it's up to us - their children - to choose what we want in our life. They did their best and I love them more than anything in my life. Now it is time for us to do our best.

Sementara ni saya kumpul duit bawa mama dan ayah jalan-jalan. I will someday.

Jauh mengimbau kenangan, akhirnya dah sampai Sabah.. Kawan husband tolong hantarkan kereta dekat airport. Tengah hujan waktu tu. Dah malam lagipun esoknya ada trip nak handle so decide tidur dekat hotel di 1Borneo dan esoknya ambil orang dan direct ke Kundasang. Dan for that 4 days yours truly demammm. Sekiannnn. Hee.

Next entry ada lagi last entri untuk JB + USS Trip. Untuk closure. Nak share tips penting yang saya gather dari internet dan tulis dekat note. In case ada yang nak tengok. See you tomorrow. :)

READ NEXT ON PART 10 (finale)

You Might Also Like

1 comments

  1. haha... i loikeeee!!!

    it was nice meeting u and am looking forward to seeing u again someday... (in sabah, maybe?)

    ReplyDelete