­

Tips dan Trick Bajet : Beli Tiket Promosi Air Asia 2014

April 26, 2014



TIPS & TRICK

#1
Daftar membership/keahlian Air Asia di sini SIGN UP (https://member.airasia.com/register.aspx?culture=en-MY) sebab banyak kemudahan kita akan dapat nanti contoh paling berguna, first, apa-apa ongoing promotion Air Asia akan masuk terus ke email anda tak perlu cek website Air Asia hari-hari. Kadang-kadang ahli tau 2-3 hari lebih awal sebelum diorang publish iklan dekat website. Dan second, untuk login dan manage booking.

#2
Bila Air Asia buat promosi freeseats/dapat emel promosi, terus pergi cek siap-siap lokasi dan rates. Macam saya dari Sabah, saya akan tengok seats untuk dari BKI (KK) dulu dan tengok lokasi apa yang ditawarkan. Pilihan tak banyak macam dari KL tapi enough. Ada certain tu lagi murah berbanding if fly dari KL contohnya dari KK ke Brunei, Filipin, Bali dan China. Ke Tawau Sabah naik bas 10 jam dari KK, kalau Air Asia buat promo dalam sejam saja lepas tu tiket lagi murah dari tambang bas. Baik naik flight kan. Dari Tawau boleh pergi Semporna pergi Sipadan.. Pergi Mabul.. Tapi kami laki bini kalau setakat jalan darat dan boleh guna kenderaan kami prefer roadtrip la, adventure sikit. Huahua. Tapi tu bermaksud 3 hari 2 malam baru sampai sebab alang-alang lalu singgah melancong terus so kemungkinan untuk  menginap di mana-mana 1-2 malam adalah besar.

Nak jimat belilah waktu promosi. Biar sampai tahap promosi tu yang tentukan korang pergi mana. Bukan korang yang tentukan. Tak faham? Maksudnya bila ada promo saja baru lihat pilihan lokasi percutian yang ada (dan of course dapat harga murah) dan pilih lokasi dari pilihan-pilihan tu.

#3
Dah tahu mana nak pergi boleh plan route terus. Plan briefly pun dah cukup. Sebab if plan terperinci sangat nanti ambil masa lama pula. My route in Indonesia and Thailand (2 months sebelum jalan baru terhegeh-hegeh google bus schedule, etc haha) saya plan time tu juga. See the map and have a quick google. Macam yang saya cakap tadi, kalau saya alang-alang pergi terus sekali harung. Maksudnya if dari KL ke Sabah cover terus tempat-tempat macam KK, islandhop ke Manukan + Mamutik + Sapi + Gaya Island (by speedboat 15 minutes saja each pulau), Kundasang + Ranau (dari KK 2 hours by car), Labuan (dari KK 3 hours by ferry), Brunei (dari Labuan 1 hour by ferry) dan Miri di Sarawak (2 hours from Brunei by car). Dan akhirnya by flight Miri, Sarawak back to hometown. Hambik kau. Spend 1-2 night each place at least 10 days. Haha. Tapi itu my style la. Lain orang lain style.

It would be really damn tiring and exhausting journey but the most fascinating throughout the roadtrip is that we can enjoy each and every pretty interesting rural life all along the journey, and see the differences of some district. Both me and husband agreed on this one. This kind of thing actually brought us together. :)

#4
Cek betul-betul masa promosi tu. Perkara yang kita perlu ambil kira adalah hari cuti dan cuaca tempat kita nak pergi tu. Biasanya AirAsia akan tulis siap tempoh booking sekian tarikh hingga sekian tarikh dan masa untuk terbang tu dari sekian tarikh hingga sekian tarikh. Contohnya masa untuk booking 26 April - 5 Mei 2014, dan tempoh untuk fly dari 26 April 2014 hingga 5 Mei 2015. Contoh. Dari situ kita boleh pilih tarikh mana yang sesuai. Ambil kira juga tarikh cuti umum tempat kita nak pergi tu. Contohnya macam dekat Bali. Dalam Mac macam tu ada satu tarikh diorang cuti namanya Hari Nyepi. Untuk hari tu semua premis tutup, tiada yang keluar berkeliaran dan tiada perniagaan yang beroperasi. If pergi pun kena duduk dalam hotel diam-diam. Tak ke rugi? Lagi satu public holiday macam raya dekat Jakarta akan jadi super pack. Dah sedia jem jadi paling jem tahap sangkut berjam-jam dalam trafik. Ini ditujukan pada diri sendiri sebab hari tu beli tiket ke Indonesia tak cek langsung rupanya time tu cuti Raya Aidiladha lepastu elok kena hujung minggu. Sobbb.. Lagi satu soal cuaca. Contoh macam Kundasang (buat yang tidak tahu, Kundasang ni di kaki Gunung Kinabalu. view gunung paling dekat dan clear sini) jadi paling sejuk waktu bulan 1. Memang excited pergi sebab sejuk kan tinggal tak turun salji lagi tapi ni bukan setakat sejuk, tapi tahap lembab aka hujan. Aktiviti memang akan ada terganggu sebab kebanyakan aktiviti adalah outdoor.

#5
Dah tahu route dan tarikh, MASA yang sesuai untuk pergi pula. Tips; Make sure ada tarikh alternatif in case tarikh yang kita plan nak pergi tu kebetulan harga mahal. Nak murah amik yang BUKAN Jumaat Sabtu Ahad, BUKAN cuti sekolah, BUKAN public holidays/peak season. Selain tiket mahal, harga hotel pun naik, dan entrance fees pun ada yang naik. Apapun, semua bergantung nasiblah. Kadang-kadang murah juga :P Lagi satu tips; ambil masa pergi awal pagi, dan masa balik lewat malam lagipun tiket awal pagi dan lewat malam murah sikit berbanding masa-masa lain. Itu namanya maximize cuti.

 #6
Dah jumpa tarikh yang berkenan dengan harga yang okey dan tick masa flight. Dan sebelah tu (sidebar) akan ada tertulis jumlah keseluruhan pembayaran.Contohnya Pergi RM10, balik RM10 - jangan terkejut tiba-tiba dekat jumlah keseluruhan tu jadi RM150.00. KENAPA? Sebab; baggage, seat dan insuran - sistem AirAsia dah automatik setkan semua tu awal-awal untuk dimasukkan dalam total. Selepas isi maklumat peribadi (Nama Penuh, Tarikh Lahir, Asal), di bahagian add-on, pastikan anda telah memilih TIADA BAGASI, REMOVE SEAT dan BATAL INSURAN sebelum tiba ke page pembayaran. Hanya bayar TIKET dan AIRPORT TAX sahaja. Yang lain tu if nak tambah boleh tambah kemudian di 'Manage My Booking'.

Ignore add-ons. Sebab macam meals tu boleh makan before flight and beli siap mineral water dan if dalam flight lapar juga bawa juga roti untuk isi perut - saya selalu buat macam ni. Untuk seat pula, tak perlu beli, upon payment nama korang dah ada dalam list penumpang so seat confirm ada cuma tak boleh pilih. if datang dengan kawan-kawan just check-in sama-sama so boleh dapat tempat duduk berdekatan. Untuk luggage, better travel light so berat untuk luggage tak payah beli kecuali jika banyak shopping - contohnya pergi Bandung. Pergi tak payah ambil luggage, balik baru ambil untuk bagasi. Naik cabin boleh bawa 7KG hand-luggage kalau lebih 7KG pun diorang tak cek kadang-kadang. Most beg saiz macam backpacks dan laptop bags lepas. Kalau berani boleh ignore beli insuran. Kalau berani lah. Hehe.

#7
Berkenaan freeseats. Banyak yang salah sangka konon kalau freeseats tu maksudnya korang tak payah bayar apa-apa langsung jadinya lepas tu bila tiba-tiba ada kena bayar diorang cakap AirAsia tipu la iklan misleading la. Sebenarnya kita kena bayar airport tax juga. Ikut betul memang dah free sebab airport tax tu bukan masuk poket AirAsia tapi antaranya untuk bayar sewa lapangan terbang. Ni bulan 5 pindah pergi KLIA2 rasanya airport tax naik lah (kalau tak naik alhamdulillah) sebab AirAsia bagitau kami (lol) sewa KLIA2 mahal dari sewa dekat LCCT. Tapi ala setakat tax berapa hengget sangat. Macam KL-KK RM26 1 way. Takda duit pergi melancong hadapan rumah saja, ingat tu muahaha.

#8
Kebiasaannya bila AirAsia buat promo freeseats ni, akan banyak sangat yang buka website AirAsia. Kemungkinan untuk stuck dalam waitingroom adalah tinggi. Untuk proses booking tu ada time limit per access sebab tu if terlebih kita akan redirect masuk waiting room balik dan kena ulang balik proses tu balik. Sebab tu dekat #3 tadi kita kena plan dulu perjalanan (as Plan A) lebih-lebih lagi jika sepanjang trip tu kita kena naik flight lebih dari 2 kali. Always have plan B. Alternatif jika asyik masuk waitingroom ada dua; 1, download application AirAsia (android pun ada). 2, guna AirAsia Mobile (http://m.airasia.com) - yang ni guna smartphone or laptop pun boleh. Login dan book ikut step macam yang saya bagi di atas. If guna ni takkan masuk waitingroom rasanya. Yang guna web saja ada waitingroom. Samada terus proceed booking dengan pembayaran thru your phone dan selesai, ataupun proceed sampai dapat nombor booking (belum bayar - sistem AirAsia akan hold dulu your seat untuk 2 jam). Buka website AirAsia dan masuk 'manage my booking', edit your details if ada nak edit dan buat pembayaran sebelum tamat masa 2 jam tu.

Ringkasnya lepas dapat booking number thru AirAsia application/AirAsia mobile macam ni. Masuk ke website AirAsia > Manage My Booking > Login > Cari itinerari yang perlu dibayar > klik Modify > klik Confirm Changes > bayar guna Direct Debit

 #9
Bagi yang tiada BIG Card, cara yang murah dan mudah untuk buat pembayaran adalah menggunakan debit card (antara cara yang saya selalu guna) caj hanya RM4 per transaction (pastikan online transaction activated - ni boleh rujuk pada bank anda). If guna credit card mahal sebab kira per way dan per pax.

#10
Semua di atas kena buat secepat mungkin sebab, you know freeseats sell fast huahua. Don't wait til last day of promo ya.

#11
Jangan lupa selain AirAsia, banyak lagi pesaing tambang murah yang ada samada yang ditawarkan oleh negara kita sendiri atau airlines negara lain. Contohnya Malindo, KLM, Korean Air etc research banyak-banyak. Setakat ni jumpa paling murah AirAsia tapi if kena timing airlines pun boleh dapat murah. If ada kesempatan dan promosi yang bagus, saya pun nak try airlines lain juga. ;)


Harap ini membantu. Sekian.

You Might Also Like

4 comments

  1. Assalamualaikum,
    Terima kasih dengan perkongsian. Hari ni baru tau aplikasi di telefon tak masuk bilik menunggu...nak try lah!

    ReplyDelete
  2. Aku tau benda2 ni semua pun drpd ko. Hihi. Tapi sedih terpaksa stop dulu segala plan yg ada. Grrrr!

    ReplyDelete
  3. kalau guna x ambik luggage, boleh x bwk mkann (roti,Mcd,coklat,maggie, yg solid lah) msuk dlm kabin.. lepas ke mse nk check-in @ beli lps tu? 2nd time ke korea gna cabin beg je..hhoho..
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korea not sure tp lepas sj biasanya.. Depends jg pd pegawai kastam. Ada yg strict. Hee.. Yg penting no benda tajam/besi, no liquid more than 100ml.

      Delete