"Whoever is kind to the creatures of Allah is kind to himself."

October 23, 2014

Personally kalau ke Kota Kinabalu dan tidak sempat sarapan atau makan tengahari waktu di Ranau atau di Panataran Cafe Kinabalu Park, saya akan singgah di Pekan Nabalu sebelum meneruskan perjalanan. 2 hours normal speed (of course by car) to reach KK city from Kundasang. Dari Kundasang ke Pekan Nabalu pula around 15-20 minutes, on your right. Pekan Nabalu ini sering menjadi kunjungan wajib jika melawat ke Sabah esp guest yang melancong area pantai barat Sabah (Kota Kinabalu dan Ranau esp). Dan ada satu restoran Muslim (I think this is the only halal restaurant in Pekan Nabalu) dan restoran tu memang menyediakan makanan halal dan bersih. Sorry lupa nama, pernah dongak atas tengok nama tu make sure it's a muslim restaurant and once I'm sure and tengok bos dan pekerja bertudung and tengok ramai muslim. Isi perut sambil layan cuaca dingin dan tenang di sana. Tidak jauh beza dengan Kundasang actually but here's a bit special sebab bukan tempat sendiri.

Kadang-kadang I have to handle guests yang cerewet soal makanan (restoran) dan kebetulan singgah di Pekan Nabalu untuk beli souvenir (lebih banyak pilihan sebenarnya berbanding di Pasar Filipin) dan lunch sekali. Di mana agak banyak juga anjing yang berkeliaran sekitarnya (kebanyakannya sebagai haiwan peliharaan dan tidak mengganggu ketenteraman awam pun) dan majoriti penduduknya beragama Kristian yang bagi mereka menyentuh anjing adalah perkara biasa tapi berlainan buat kita sebagai orang Islam. No problem pun sebenarnya. Cuma yang buat tidak selesa tu bila anjing-anjing ni kerap lalu lalang dan kadang melaung di antara satu sama lain. Okey kita faham. Cuma itu tidak bermakna just because the dogs are all around there, you think you can look down on the restaurant as well. Apalah salah restoran itew. 

My own opinion is ;

For me, I won't die out of disgust for dogs. Tiada masalah pun dengan anjing-anjing tu walaupun saya penakut pada anjing. Terbawa-bawa waktu muda** dulu tinggal di Telupid juga tempat yang tidak ramai orang Islam. Banyak rumah yang pelihara anjing untuk keselamatan rumah. Even my neighbor aka my best friend punya family pun ada pelihara anjing untuk jaga rumah considering time tu Telupid banyak sangat kes kecurian. Even I experience the thieves.
**fakta boleh dipertikaikan

Meh saya cerita.

That time I masih kanak-kanak ribena lagi. Tahun 5 if I'm not mistaken. Literally kanak-kanak ribena. Sebab hari-hari bekal air dalam tumbler adalah air perisa ribena hahaha. And that day baru pulang dari Majlis Tilawah Al-Quran peringkat daerah di Bintang Mas. Dan malam tu tidur seperti biasa - time tu masih sebilik dengan adik-adik dua orang lelaki. Enak tidur, sedar-sedar saja ada benda tajam di tengkuk. Tengok tingkap bilik kami terbuka luas tapi muat untuk dia seorang saja. Gigil-gigil kau, sebab ada lelaki dewasa siap bertopeng. All I see only macam lembaga sebab dia pakai pakaian gelap. I try to call my brothers' name tapi suara rasa tak terkeluar dan pencuri tu warning jangan jerit. Ke sana sini pencuri tu cari apa-apa barang berharga dalam bilik kanak-kanak (- -") dalam keadaan gelap. Tak lama lepas tu dia keluar melalui tingkap tadi. Dan saya apa lagi, terus keluar dari bilik dan mengongoi ketuk pintu bilik parents. Gempar satu rumah. Malam tu semua tidur dalam bilik parents. Ayah is the only lelaki dewasa that time with wife and 3 children. Thinking back, how worried and burdened ayah might feel while protecting the house all by himself tambah-tambah lepas peristiwa tu.

Dan untuk pengetahuan, sebenarnya waktu saya sedar, pencuri tu actually tengah baring just beside me halakan benda tajam. I'm lucky tingkap tu muat untuk seorang saja, kalau luas seluas-luasnya, what happen to us? To me? Banyak lagi peristiwa kecurian lain yang jika bukan kami lalui, mungkin kawasan kejiranan lain yang lalui di sana.

Funny was, sebelum tidur saya actually ada letak bawah bantal duit RM12 (itulah duit paling banyak saya pernah pegang sejak masuk sekolah rendah) yang tidak habis untuk belanja sepanjang beberapa hari berkampung di Majlis Tilawah Al-Quran tersebut. Dan selepas kejadian, benda pertama saya cek adalah duit di bawah bantal itew. Hahah!

Cerita di atas just untuk bagitahu tentang betapa agak tidak selamatnya Telupid waktu itu. To justify the needs to protect houses to the extent of hiring a dog for muslim families.

Kadang-kadang ada juga anjing terbiar dan anjing terbiar ni lah yang agak menakutkan sebab suka kejar/mengekor orang walaupun mereka ini tidak diganggu. Tiap hari ke sekolah dan balik sekolah kena psiko dengan para anjing sekalian. Jadi kena ikut juga main psiko hari-hari. Jumpa anjing yang suka kejar kena buat-buat tidak tahu dan tidak nampak supaya diorang bosan. Anjing ni macam kucing juga boleh tahan manja dia. Kadang-kadang nak bergesel. Goyang-goyang ekor mintak perhatian. Kadang-kadang salak manja-manja walaupun dari jauh. Seram bulu tengkuk jadinya.

I completely understand in Islam itself ada mazhab masing-masing but I like to remind especially myself, walau apapun, sudah termaktub dalam fatwa JAKIM di Malaysia yang masyarakat Islam di Malaysia hendaklah mengikuti fahaman Imam Syafie. Okey foinee even #halaljakim pernah jadi bahan gurauan seantero. Kita ulang, walau apapun, sudah termaktub dalam Islam dalam mana-mana mazhab pun tetap memandang anjing sebagai najis. Dan pada dasarnya, ketetapan najis bagi anjing (in Islam only) ini dipandang daripada sudut yang bersifat ritual, bukan rasional, dan tidak perlu ada penjelasan logik. Segala hukum hakam dalam Islam tidak sepatutnya dianalisa sesuka hati dan sesuka orang mengikut tuntutan akal dan perasaan. Akal kita sebagai manusia terlalu cetek sebenarnya untuk memahami sebegitu banyak ilmu di luar minda kita yang tidak sempurna, apalagi untuk meneliti tentang najisnya anjing dalam Islam walau setaat mana pun ia pada manusia.

BUT, if we have to, at least perkara pertama adalah we should educate people nowadays how to confront with dogs, NOT necessarily show our love by touching it because it could be confusing especially for the kids. Parents perlu didik anak-anak dengan cara yang proper dalam pada membuang anggapan yang anjing adalah sinful and threatening and evil. To treat animals with compassion and not abusing them. Jangan asal nampak terus capai batu dan humban then run away after you triggered/hurt them. Should tell the children to not touching it because it's haraam-without-question and that's the only reason, my dear. Because in jannah you can touch more and you can have more, alright?

This entry is referring to 'I want to touch a dog' campaign yang menggegarkan satu Malaysia baru-baru ini. I think it's just a 'touching' a dog event, bukan sampai CUDDLE a dog! Tapi yalah, bila dah ramai-ramai tu memang susah nak kawal.

In conclusion, dogs are not evil and no need to show those disgusted face just because you saw them. Sama macam orang keturunan India (Happy Deepavali!) yang tidak makan daging lembu kerana lembu adalah haiwan suci bagi mereka, apakah pernah kedengaran mereka pandang rendah pada kita orang Islam yang melakukan korban lembu sempena Hari Raya Qurban? Kita sebagai muslim, kita jaga hal kita, hubungan antara kita dan Pencipta and everything in-between, dan juga jaga apa yang menjadi tuntutan agama kita. Sama seperti agama/bangsa yang lainnya.

Please note that this is just to share my two three four cents, based on my readings and understanding, and never my intention to offend anyone. Reading any part of this blog constitutes your agreement to expose yourself to my personal views. However if I'm wrong, please correct me ;)

You Might Also Like

0 comments