Masuk side parking
November 28, 2014Side parking!
Saya dapat lesen memandu waktu tunggu result STPM keluar. Tahun 2006. Sekarang dah tua bangka tak payah cerita lol. Pastu 2006 until hujung 2009 tak pegang kereta langsung sebab study luar Sabah. Cuti-cuti semester ada bawa mungkin beberapa kali saja bawa van tua yang banyak berjaya pada kami sekeluarga sepanjang 2007-2008 tu pun paling tinggi gear 3. Awal 2010 sewa kereta Kancil di kampus, mula belajar drive balik. Terpaksa start dari mula sebab bertahun-tahun tinggal. Time tu masih bawa manual. Bayangkanlah dengan bantuan roomate, mula belajar balik bawa kereta start dari gear 1.. 2.. dan bila roomate start suruh tukar naik ke gear 3 dah gelabah dan lepas tu roomate suruh naik lagi bawa kereta guna gear 4 terus kecut tapi kecut kecut pun gear naik juga. Minyak tekan juga. Nasib baik jalan raya masuk ke Bukit Kachi (lokasi penginapan luar kampus) dari pintu masuk UUM dan jalan sekitar Bukit Kachi agak lengang biasanya. Actually, dari Changlun masuk ke UUM memang kereta tidak banyak hari-hari biasa kecuali, yalah, waktu orang semua balik pejabat petang-petang. Gila hidup aman damai.
Balik Sabah, bawa van ke sana ke mari dan tahun yang sama start aktif dengan Tari Kirana mula belajar bawa kereta auto. Toyota Avanza. Dengan Toyota Avanza tu lah kami sampai ke Papar, Kudat, Telupid dan terutamanya Kundasang untuk buat show. 2013 pula mula jadi guide dan hingga sekarang. Bersyukur dulu awal ambil kelas memandu. Terima kasih ayah!
So balik pada cerita side parking ni. Dulu parking begini memang paling dielak. Rela cari parking biar jauh asal dapat yang senang tu. Tapi start tahun lepas pelan-pelan belajar masuk side parking, dan by end of this year alhamdullillah bolehlah kan. Kadang-kadang masih perlu diejas lagi bagi parking betul-betul cantik. Tapi tu kalau banyak masa. Most of my time kalau keluar, asalkan tidak keluar dari garisan putih, dah kira okeylah tu. Nak cepat, takda masa nak perfect-perfect bagai yang penting kerja senang. Haha.. So gambar atas tu saya jumpa dari facebook step by step cara masuk side parking. Banyakkan latihan, benda boleh belajar. Kebanyakan perkara dalam hidup ni pun kita bukan lahir-lahir saja terus tahu kan. Biarlah setakat dua tiga kereta di belakang tu menunggu, yang penting yakin diri sebab masuk side parking ni bukan lama sangat. Kalau diorang hon-hon dan tidak mahu bersabar, simply give them your middle finger.
Okey bye.
0 comments