#BloggerTalk : Kawan Media Sosial

February 28, 2015

Entri ini adalah tribute untuk 100Penulis (dalam kenangan).




Suatu ketika dahulu waktu masih guna shoutbox, pada tanggal 31 bulan 8 57... (jangan nyanyi). 2010 ok bukan 57 HAHAHA. Permulaan perkenalan dengan sekumpulan blogger dengan minat yang sama yang bagaikan satu keluarga bergabung dalam satu blog sebagai editors di bawah seorang admin anonymous. Antara mereka-mereka itu ; Zack, Aida, Asada, Cik Jannah, Sa, Kusut, Koshary, Tupai Karan, Sumandak Kinabalu, Sizuka, Kata Kila. And the goes on and on and on.. Sangat ramai. 80-100 orang.

Saya adalah orang pertama yang di-invite melalui blog dan YM namun atas kekangan masa dan kurang mengupdate entri baru di blog, saya terpaksa keluar dari senarai editor. Tapi kenangan berbual di ruangan khas, mengenangkan komitmen yang masing-masing berikan untuk support 100Penulis, meriahnya YM conference, dan ikhlasnya persahabatan yang dihulur, penangannya hingga kini saya rindu pada editor-editor waktu itu. Ada beberapa antara kami yang masih saling mengambil tahu perkembangan masing-masing dan persahabatan dipanjangkan di Facebook dan Instagram. Tapi ya Allah sayangnya aku pada diorang ni tahap masih terkenang-kenang sampai sekarang. Benarlah, usia blogging tidak menentukan jumlah sahabat yang kita ada. Ada yang baru blogging 2-3 tahun tapi sudah berpuluh ribu pengikut malah sahabat. Ada yang 9 tahun berblogging tapi, follower tidak sampai 500. That's the only blogging family I have, yang betul-betul dekat di hati. Walaupun sekejap cuma. Hari ni saya ada try track satu-satu diorang, mostly dari link editor 100Penulis yang komen entri berkaitan 100Penulis di blog ini. Tapi nampaknya ramai dah yang lebih setahun dua tahun tidak update blog. Yang tutup/private blog. Yang dah tak aktif. Tapi ada beberapa orang juga yang masih keep contact sekarang thanks to Facebook :)

One of them told me : Kerana 100Penulis, kita jadi kawan.
And now dia tak blog dah. And I don't know which one of her in my Facebook, tu pun if ada add. Sebab bukan semua editor bersikap terbuka nak add friend dekat Facebook kan. Her blog open tapi last entry was on 2013. It's sad to see people we know dah stop blogging, rasa dia macam dulu dia wujud sekarang hilang. Faham tak ni rasa dia macamana? Okey BLAH siapa suruh buat entri sedih pulak. Sobb.

100Penulis tetap di hati. Siapa sangka, tanpa perlu bertentang mata, dengan hanya bekerjasama dalam satu projek sahaja, boleh meninggalkan kesan yang dalam. Semua kerana apa? KEIKHLASAN DALAM PERSAHABATAN. Saya jenis malas nak berkawan sebenarnya tapi once berkawan, bila hilang macam hilang kekasih HAHAHA. Saya tidak menolak maybe akan jumpa group yang boleh rasa ikhlas diorang berkawan dengan kita. Well, kawan yang banyak pun tak guna kalau semua just faking saja.



Entri ikhlas ini (orang cakap ikhlas tak perlu cakap, tapi saya kena bagitau entri ni saya memang dah lama nak buat untuk tribute 100Penulis sebenarnya) salah satu participation segmen #BloggerTalk dekat group Sahabat Blogger. Founder Amal Espraza. Haha. I remember dalam tahun 2010 gitu Amal once told me through PM waktu borak-borak (tu pun if dia masih ingat), yang dia nak aktif dalam dunia blog, buat group sosial untuk blogger. Lebih kurang macam tu lah.  Dan dengan tertubuhnya Sahabat Blogger dan bertahan aktif hingga kini, dengan hampir 20K members, I think he's one of the people I know yang keep his words. :)

Ok thanks for reading, I know this is crappy but do respect my crappyness bye.

You Might Also Like

12 comments

  1. Wow. Menarik gak segmen nim tu la. Zaman ym pun ada kenangan jugak. Tp tak masukkan dlm entry sbb dah panjang sangat dah menulis. hahaha

    ReplyDelete
  2. Wah.. Macam sedih jerk.. Hahaha.. Saya budak baru belajr.. Ngee..
    Geng #BloggerTalk

    ReplyDelete
  3. Amal Espraza,
    kan. tapi nak tulis pun xdpt kaver semua.. berapa tahun dah haha.. malas nak ingat. crappy. XD

    ReplyDelete
  4. Papaglamz,
    tema blog ni sememangnya bersedih-sedihan. mood melankoli mlm2 haha

    ReplyDelete
  5. setiap apa yang kita lalui pasti ada kenangan dan kita sendiri cipta sama ada kenangan itu manis atau pahit. :D

    ReplyDelete
  6. you are right... Saya walaupun tak prnh join club blogger aktif cmtu, (prnh pun kat fb tp tu semua sbb nak share link post masing2 je) tp saya masih terigtkan kawan2 blogger yg rapat dulu. skrg dh tak sama, kawan rapat blogger dh makin kurang & makin susah nak cari

    ReplyDelete
  7. Kirin Selama Perak ,
    baik. maksudnya kenangan manis boleh jadi pahit dan kenangan pahit boleh jadi manis. i can relate... ;)

    ReplyDelete
  8. Kenangan is subjektif...tp lg banyak baca blog lg terasa banyak nak blajor...

    ReplyDelete
  9. Ukhuwah yang terjalin, memang susah nak lupa. Kenangan kan?

    ReplyDelete
  10. wahh so sweet. kenangan indah ttp berada di dalam hati dan fikiran :)

    ReplyDelete
  11. pernah ada kwn rapat blogger.. tp skrg dah deactive. :'( taktau dia hilang kemana..

    ReplyDelete