My March

April 03, 2015

March rasa sangat cepat berlalu sebab sibuk sangat-sangat. Hari ni baru ada masa sikit untuk sit down dan sort back all the emails and whatsapps berkaitan business. Tapi belum cover semua. Ada half of them masih belum sempat. Padahal tadi rasa dah reply banyak sangat. Yet, alhamdullillah rezeki.

7 hari lagi untuk next trip tapi diri ini sesungguhnya masih occupied dengan macam-macam benda. RISAU. Bukan risau travel sorang, tapi risau if berjalan tapi banyak benda belum setel. So kena setelkan dulu semua sampai puas hati, lepas tu off 11 days HAHAHA amboi gurau kasar nampak. Tapi hakikatnya memang akan bercuti 11 hari tanpa gagal. Nasib baik every now and then bila free mesti take time plan my itinerary and bookings, so tidaklah kelam kabut sangat. Itinerary dah plan, cuma perlu buat sedikit lagi rujukan di google. Kali ni tidak perlu plan sangat. Just ikut flow. Taknak stress-stress.

Time sibuk-sibuk time bulan Mac lah all my outdoor cats diserang selesema. Semua pakat bersih-bersin, lumba hingus siapa paling letup-letup, belon hingus siapa paling besar, mata merah dan berair. Pendek kata, kena infection. 12 ekor tidak silap. Yang liar-liar tu saya kira agak-agak saja. Hari ni hari ketiga saya buat treatment. Antibiotik, ubat batuk dan multivitamin. Getting better, tapi masih bersin. Ada some of them baru keluar hari ni, so baru dapat bagi treatment. Yang treatment sejak hari pertama dah semakin sihat, hingus dan bersin-bersin dah tiada, mata saja mungkin ada sedikit masih berair dan masih lembk-lembik lagi sikit. Hari ni baru saya sendiri makan dengan proper sikit. Hilang selera tengok kucing sakit. Asyik ingat diorang saja. T__T 9 ekor pula indoor alhamdulillah sihat. Lagi 2 ekor kuarantin dalam rumah sebab masih anak-anak lagi. Simpan dalam cage bagi diorang warm, tiap hari bagi ubat. Baru sebulan tapi terpaksa asingkan dari their mum sebab their mum pun hingus letup-letup. Maksudnya, saya kena gantikan tugas their mum. Bagi susu (saya bancuh susu kambing dan bagi through picagari), keep them warm, dan bersihkan diorang. Me and Dana berpengalaman jaga anak kucing baru lahir tiada ibu, so no problem so far. Masalah cuma if anak kucing tu sakit, which is now, 2 of them so I dunno if they'll survive T_____T

Pelihara kucing dan hidup bergelumang dengan kucing sejak kecil lagi. Tapi baru ni konon jaga kebajikan rakyat-rakyat lebih dari jaga sebelum ni. Makin lembut hati. Dulu jaga gitu-gitu saja. Tidak dapat jadi doktor, jadi doktor untuk kucing-kucing pun bolehlah. I will do my best. Will always do. :)

Another thing about cats. Hujung Mac adalah cubaan pertama menggunakan cat litter jenis crystal. So far I am happy, sebab tidak busuk and senang nak urus. Sesuailah untuk yang sibuk macam saya. Dengan kesibukan kerja yang tidak menentu ini.

Mac banyak sangat benda first time buat,
tapi sayangnya tidak dapat record dari segi tulisan.

Teringin review movies my husband and I went to (kami kaki movie), kadang-kadang in 1 day marathon tengok wayang kalau kebetulan turun Kota Kinabalu dan banyak masa free. Biasanya buat after urus big group tour untuk lepas penat.

Dan kadang-kadang mau juga review hotels yang both me and husband pernah pergi (kami suka try hotel/penginapan). Dari yang bajet tahap tidak-faham-kenapa-hotel-ini-masih-wujud sampailah ke 1 2 3 4 star. 5 star belum berpeluang lagi tapi ada rezeki, maybe try di Indonesia or Thailand saja sebab 5 star sana murah heheh. Memang membazir, tapi inilah hobi pelik kami. But still berbaloi sebab biasanya hanya book if memang betul-betul murah. RM135 4 star hotel in Kota Kinabalu with decent variety of buffet breakfast, contohnya. Or less than that. I don't know why I always find good deals HAHAHA. We have our own fav budget hotel, fav 1, 3 and 4 star hotel. I wish to review them someday.

I took lots of pictures too, since I've bought smaller camera (compare dengan my DSLR) and smaller  means I always bring it with me. It means more pictures. Tapi satu lagi, kemalasan mentransfer, apa cer? Serupa tak ada. Hahah. K annoying.

And tu belum masuk hutang-hutang entri yang masih dalam draft. Seriously berlambak. See. Banyak sangat-sangat benda boleh tulis sebenarnya, but again, my life is way too occupied! Ingatkan April ada releks sikit, tapi rezeki alhamdulilla, so mehlah kita bekerja sampai lebam. Kata nak berjalan kan? Heheh.

Baiklah I need to go. Sorry no pictures. Let's just read me. Thank you :)

You Might Also Like

3 comments

  1. Haiii.. Cakkk..
    done follow sini no. 415
    salam kenalan yea..
    meh le singgah n follow blog teman,
    leh kita saling kunjung-kunjungan..

    http://tengkubutang.blogspot.com/ - blog official teman

    http://kucenkucenbleog.blogspot.com/ - blog kucen teman

    ReplyDelete
  2. Rajin travel , aku dengan bini travel mahu setahun sekali . Itupun banyak lepak dalam hotel .
    Bila balik keluarga tanya , mana gambar ... kita mcam "eh kena tangkap gambar ?"

    ReplyDelete