Work versus Cats. Sometimes, versus Life.

April 24, 2015


Wakakak so true.

Kucing pada saya sememangnya binatang yang sangat comel tapi agak troublemaker.  Setuju atau tidak? Air tumpah, kertas koyak, tisu habis dan berkoyakan atas lantai, makanan dalam plastik habis berlubang dan bertaburan, sofa keluar benang, kereta ada garisan kuku, kulit tangan dan kaki bercalar, lampu meja jatuh, kencing atas tilam T___T, berak di tempat yang susah nak dibersihkan (contoh ; belakang almari yang berat huaaa), and list goes on and on.

Nasib baiklah sekarang ni, dah beli sangkar so yang duduk dalam rumah tu letak dalam sangkar dah. Nasibla labuu.. Sementara ni terpaksa tinggal dalam sangkar dulu k sian sobssss

  • Waktu menaip situ jugaklah dia datang mengendeng sebab they love our hands! Sometimes, tangan lebih dapat perhatian berbanding tuan HAHAH
  • Pastu jalan-jalan pusing ke belakang skrin pula. Keluar ekor dan kepala cak cak dengan kita, sometimes for nothing. Gila annoying.
  • Duduk atau mousepad okey lagi. Cuba duduk-duduk dan jalan-jalan atau baring-baring atas keypad? Lebih-lebih lagi waktu tu tu taip dokumen atau emel. Tidak pasal-pasal keluar semua perkataan alien depan skrin (- -")
  • Annoying tapi kesian. Kadang-kdang kesian punya pasal, terus tangguh buat kerja bila tengok berkaca-kaca air mata tu nak minta tidur atas kerusi empuk T__T

Dulu, ni la yang jadi bila tengah buat kerja. Sekarang, rutin senang sikit dan teratur. Kerja pun tiada gangguan. Awal pagi lagi bersihkan sangkar-sangkar sambil biar diorang berkeliaran di sekitar luar sangkar (dalam rumah). Sangkar diorang ni saya letak di dry area dalam toilet. Area mesin basuh. Sebab tu saya cakap, bila dah letak dalam sangkar pastu dekat dengan air dan mesin basuh, serius senang. Salah satu ruang dalam almari saya letak makanan dan medicine/supplement diorang. Sementara bersihkan sangkar diorang, memang diorang macam kera dapat bunga lah kan. Sebab ruang main lebih besar dan lebih seronok, lebih banyak tempat sembunyi, lebih banyak mainan (tisu pun boleh jadi mainan), lebih banyak barang boleh dijatuhkan YEAY! (- -") diorang ni kalau dilepaskan memang ada saja berjatuhan HAHAHA.

Rutin saya, kosongkan sangkar dan bersihkan dan dry clean their carpets / blanket every 2 days. Sembur antibakteria dalam sangkar. Buang segala 'bom atom' dan 'kuih muih' dalam litter box ataupun ganti habis. Bersihkan bekas dan ganti air minuman. Bersihkan bekas makanan dan ganti baru. Selesai, masukkan balik dalam sangkar selepas sejam dua dan bagi multivitamin dan antibiotik. Sebenarnya yang dua ekor treatment makan ubat tu dah start few weeks ago dan sekarang dah okey tapi sebab masih dengar bersin kadang-kadang tu so saya masih bagi lagi. Diorang pun dah tau telan ubat, tiada masalah alhamdulillah. Biasanya once masuk sangkar, senyap lah sebab tadi penat main, pastu makan dan minum, pastu confirm tidur. Kihkih. So sementara diorang tengah makan minum tu, saya bersihkan pula seluruh tandas sampai wangi.

Then masa untuk kucing di luar rumah pula. Grab 1 tin + kibbles, pergi dapur masak nasi (nasi murah saja bajet untuk kucing), sambil tu bersihkan ruang tempat diorang makan, masak tengahari untuk family - kadang-kadang kalau sarapan masih ada, tidak masak (family saya ni makan tidak banyak pun. yang penting sarapan dan dinner. Biasanya, makan tengahari tu biasa jadi dinner terus sebab tidak habis waktu tengahari) dan kerja-kerja dapur lain (ewah), then sejukkan nasi, gaul dengan wetfood dan kibbles tadi, bagi diorang makan. Memang berselera you. Pandai kucing I makan nasi. Yang kucing yang dekat dalam rumah tu in few days nak ajar makan nasi dah. Rabak woi asyik makanan tin tiap hari @_@

Dalam tengahari, kerja setel dan sambung kerja cari duit pula. Stress tu memang agak stress tapi pelihara kucing ni buat kurang sikit stress tu. Alhamdulillah actually I have everything I need, dan apa yang saya belum ada, saya percaya masih dalam jangkauan. Kena kejar laju sikit lagi if nak dapat cepat. Tapi saya tak mahu terlalu stresskan diri sendiri, so, saya buat semua dengan cara dan masa saya sendiri.  Ya betul, saya memang selalu buat hal sendiri. Jarang nampak muka untuk family atau friends gathering. Dengan keadaan dan emosi yang masih lagi di peringkat fragile ni, it's best for me not to show up too often. Not in the mood of socializing. Makan masa tahun, maybe. Maybe no one would understand, saya sendiri pun tidak minta untuk difahami. Now, I live only for the sake of myself, my future, and would like to be visible only within my close family and really close friends. And wow, do you even suprised now that I am still blogging? LOL.

Okeylahhhh makin panjang jadi makin melalut okey ai bercakap. Tadi pasal kucing tiba-tiba pasal life. Mungkin betullah orang cakap, apa kita buat, ada reason dia sebenarnya. Kadang-kadang reason tu kita tidak sedar sampaikan kita melalut cakap pasal benda lain. Sebab sebenarnya ada kaitan. Contoh ; dulu ambil remeh hal kucing, sekarang makin ambil berat hal kebajikan kucing. Suddenly I feel like I want to care for something. Suddenly I feel like I want to at least be good at something. Because suddenly I feel that I am a bad person in real life and doing good to beings will make myself feel better. I feel that life is unfair and some struggle their life til death, and everyone should get a second chance and deserves to live a better life.

*krik krikkk tak paham*

Hambik kau. Kenapa? Keadaan life dan emosi saya mungkin buat saya fikir macam ni HAHAHA. Anyway, suddenly I feel like, I dah lama tidak tulis dengan feeling macam ni. Lepas bebas. Pastu panjang dari biasa, kan? Dulu BM selalu dapat markah bagus especially karangan. Tapi paling tidak boleh blah, ayat tulis karangan dah menunjukkan ciri-ciri seorang blogger kental. Teringat ; Karangan tentang salah satu sikap pemandu di jalan raya. Boleh pulak dalam karangan BM mention ; '....menggunakan jalan raya bagaikan jalan raya itu bapak dia yang punya'. Hambik, terus cikgu BM bagi bulatan merah satu ketul dekat part 'bapak dia yang punya'. Padah pandai-pandai buat peribahasa sendiri. Kahkah! So cikgu, ni lah hasilnya, saya telah menjadi blogger tegar berjaya (iktiraf sendiri). SILA BANGGA. T_______T

Okeylah awak-awak. Bye. Later! Meow! ^^



You Might Also Like

1 comments

  1. betul3x! sooooo true!!! Tapi xboleh hidup tanpa kucing, betul x!!!

    ReplyDelete