Tips Kulit Cantik
July 29, 2010
Sebelum mengenakan mekap pada wajah, kulit kita mestilah dalam keadaan cantik dan bersih, barulah riasan atau mekap akan nampak sempurna. Kulit wajah yang kurang terjaga akan menjejaskan kualiti dan hasil akhir riasan muka.
Ceh, dah macam blog tips kecantikkan dah HAHA.
Baik.
Macam yang saya cakap tadi, kalau nak make-up, seboleh-bolehnya biarlah kulit wajah tu bersih dan kurang cacat cela (jerawat, jeragat, luka). Saya ulang dua kali sebab penting. Nak merias wajah yang bermasalah ni bukan tak boleh, tapi perlu banyak masa dan dengan kuantiti penggunaan mekap yang lebih banyak untuk menutup kekurangan. Juga, ada kemungkinan untuk kulit menjadi lebih teruk selepas dimekap sebab kuman pada kulit dicampur dengan bahan berkimia. Kalau tak dapat nak elak, jangan mekap sebab nanti merosakkan kulit. Kalau nak mekap juga, gunakan produk yang sesuai dan dalam kuantiti yang sikit saja.
Selalu, sebelum mula mekap, saya akan pastikan orang yang saya nak mekap tu pergi basuh muka even dia cakap dia dah basuh muka (siap mandi lagi) setengah jam tadi. Kita tak tahu apa yang melekat di kulit muka kita sepanjang setengah jam itu, right? Kita tak nampak bakteria-bakteria tu. Saya particular tentang bab kebersihan terutama waktu sebelum mekap sebab kalau dimekap dengan wajah yang tak bersih dan berminyak, wajah akan dimekap sekali dengan bakteria-bakteria halus yang kita tak nampak dengan mata kasar. Bakteria-bakteria tu akan terperangkap di atas kulit kita pada lapisan mekap kita tadi, kalau selalu buat macam ni, rosaklah kulit muka sendiri. Faham tak maksud saya?
Muka yang berminyak walau sedikit pun akan menyebabkan mekap tidak dapat bertahan lama, bertompok-tompok dan tidak rata.
Gigih menerangkan ni. Sebab benda pertama orang akan lihat pada kita adalah wajah kita, jadi seharusnya untuk bagi pandangan yang baik (good impression) pada orang, wajah antara perkara pertama kita perlu ambil berat, dan of course jangan tinggal juga, personaliti dan penampilan kita. Especially for those yang dah bekerja. Tapi kita tak cakap tentang personaliti dan penampilan sekarang ni, saya lebih nak bincangkan tentang riasan wajah.
Untuk kulit cantik sebelum mekap, ada beberapa tips mudah dan murah yang senanggg je nak ikut kalau nak.
- Urutan wajah menggunakan ais sebelum tidur. Ini teknik urutan wajah yang berkesan menjadikan kulit sihat dan segar. Kalau tak ada ais (macam rumah saya haha. kami tak minum minuman berais sangat) boleh guna botol air mineral sejuk untuk ditekap pada wajah. I know it's kinda disgusting (I don't know about you, but my sister found it's annoying hahaha) tapi siapa tak pernah buat benda disgusting dalam hidup? Siapa tak korek hidung? LOL. Ais (atau air sejuk) bagus juga untuk kesihatan rambut.
- Tidur jangan pakai bantal. Yang ini saya selalu tak buat. Tak apa saya tulis ini pun untuk peringatan diri sendiri. Tidur menggunakan bantal buat kulit wajah kita menurun ke bawah. Better tak guna bantal sebenarnya sebab, selain kulit wajah akan rasa lebih tegang selepas bangun tidur dan of course jika amalkan selalu, boleh awet muda dan berseri. Tahukah kamu urat-urat dan kulit muka kita ni, kalau ubah sikit je pun, dah nampak perbezaan ekspresi yang besar? Maksud saya adalah, bila kulit muka kita tegang ke atas berbanding sebelum ni, muka kita sure nampak lebih berseri. Cubalah :)
- Okey dari segi teknik basuh muka pula. Penggunaan air sejuk dan air suam. Basuh muka guna kedua-dua air ni ada kelebihan masing-masing. Basuh muka menggunakan air suam mematikan sel-sel yang tidak diperlukan atas kulit dan buat pori-pori wajah kita terbuka jadi senang nak wash away all the dirt yang terperangkap dalam liang roma. Guna air sejuk pula untuk tutup balik liang roma tu dan buat wajah kita lebih rasa bersih dan segar. Kalau rajin, basuhlah wajah dengan kedua-dua air setiap pagi. Air sejuk dulu, barulah air suam.
- Wapkan wajah. Tak perlu pergi spa ke apa, buat sendiri di rumah pun boleh. Wapkan wajah ni saya selalu buat dua tiga kali dalam seminggu waktu saya form 3 hingga form 4. Kalau malas sangat, seminggu sekali. Zaman jerawat dan jeragat tumbuh dengan banyaknya waktu form 3-4. Itu kulit paling teruk saya pernah ada. Jerawat kurang (nasib baik) tapi jeragat banyak especially part dahi. Semua tahukan macamana nak wapkan wajah? Kalau nak buat, tapi tak tahu, tanya saja okey.. Caranya tak susah.
- Pakai pupur sebelum tidur. Selain wapkan wajah, zaman-zaman meningkat remaja saya selalu pakai pupur before tidur. Menggunakan jamu dari Indonesia MARTHA TILAAR. Saya suka gila sebut nama Martha Tilaar ni dari dulu sampai sekarang HAHA okey fokus. Selain Pupur Jerawat produk MARTHA TILAAR ni, ada lagi produk Martha Tilaar yang lain. Semuanya bagus-bagus dan affordable. Pupur Jerawat tu, satu botol untuk penggunaan 30 hari, cuma sekitar MYR10 sahaja. Yang saya suka tentang Martha Tilaar, produk dia semua dari bahan-bahan herba. Walaupun bau agak tak sedap sikit, tapi saya masih boleh terima lagi. Wangi herba, biasalah. Tapi selepas tinggalkan zaman sekolah menengah, dah tak pakai dah. Tapi always one of the best product I had ever try dan saya akan guna lagi produk dia kalau saya perlu.
- Satu lagi tips saya, sebelum basuh muka dengan pencuci muka, sediakan satu kain cotton khas untuk digosok pada wajah. Basahkan kain cotton tu (tak perlu letak pencuci muka dulu), lepas tu tekap dan gosok pada wajah termasuk leher. Gosok di serata tempat pada bahagian leher dan wajah. Jangan tinggalkan bahagian kulit dekat ubun-ubun kepala, telinga, dan belakang leher, kulit mata, tepi hidung sebab di situ juga perlu dibersihkan. After that, barulah basuh wajah dengan pencuci muka anda. Ada rasa perbezaan tak? UPDATE : Lupa nak mention before publish tadi. Gosok muka dengan kain cotton tu dengan gerakan ke atas ya.
- Untuk wajah ceria, senyumlah selalu. Terapi paling murah untuk wajah kita. Kita senyum dengan macam-macam cara. Kadang-kadang kita senyum dengan bibir terbuka, ada yang senyum sambil mengetap bibir, senyum dengan sebelah bibir je menjungkit naik, dan macam-macam lagi (saya nampak bibir kamu sedang bergerak). Bukan tak boleh senyum macam tu sebab lain senyuman, maknanya lain ekspresi yang kita nak tunjuk, kan. Tapi, cuba cari the best smile you have depan cermin dan amalkan tiap hari senyuman yang macam tu. Saya selalu buat sejak sekolah rendah. Errr.. okey waktu sekolah rendah memang selalu buat LOL. Senyum depan cermin tiap kali baru masuk atau nak keluar dari bilik. Sebab saya tahu saya sebenarnya tak lawa jadi saya kena senyum banyak-banyak untuk tutup mana-mana yang kurang. Selalu dapat komen, kalau saya tak senyum, muka saya nampak garang. Bila senyum, comel pula. COMEL SEBAB SEJAK SEKOLAH RENDAH DAH DAPAT CARI CARA SENYUMAN YANG COMEL UNTUK MUKA SENDIRI HAHA. Kesimpulannya, kita perlu tahu bagaimana nak tutup kekurangan kita dengan menonjolkan kelebihan yang kita ada. Itu antara perkara paling lama ada dalam peraturan hidup saya kot, sebab saya belajar itu dari kecil.
Kenapa tiba-tiba dekat point ketujuh tu rasa macam dari pemilik blog kecantikan dah jadi consultant kecantikan dah ni? Haha. Baiklah, mungkin ada lagi tips lain dari saya berkenaan tips kulit cantik ni tapi saya tak dapat nak recall ataupun saya malas nak tulis sebab saya rasa benda tu semua orang tahu (contoh macam dapatkan tidur yang cukup untuk kulit sihat). Kita jumpa lagi pada entri akan datang. Kalau ada apa-apa cadangan nak tips apa-apa, sila tinggalkan di ruang komen secepat mungkin ya. Saya, Fina Sophie, consultant kecantikan anda. Ngahaha. Bye.
Next, tips mekap.
Next, tips mekap.
Ini kucing betina. Nama dia Gaga. Dia kata, "Saya nak ikut tips yang ke-7. Anda bagaimana?"
10 comments
i like..! ;)
ReplyDelete& will try to do tips # 2 & 6... :)
LeAnne,
ReplyDeleteoh lian. lupa nak mention something about yg dkat point ke-6. check it out, dah update. Heee.
dh lame tak paki mekap.
ReplyDeletebecoz muke akan naek jerawat nnti :(
but i love ur skin care tips! :)
Fara,
ReplyDeleteya ada takbleh pakai mekap tebal2 even jarang2 pakai kan..
thanks ya. more to come ;)
sangat la terjatuh chenta ngan entri nie.....
ReplyDeletewah tips yg bergune! thanks!
ReplyDelete.s.o.f.i.a.,
ReplyDeleteyay! ;P
fyna,
ReplyDeletehi fyna ;) kwn blogger fara kan. i recognize u theehehe
Thanks for the great tips, sist..
ReplyDeleteGreeting from Indonesia ^^
Tips Perawatan Tubuh,
ReplyDeletewelcome dear! have blast. sharing is sexy. haha.. :P