Terima Kasih Yang Ke Dua Puluh Empat, Malaysia.
August 31, 2010This following entry was written on 1st September 2009. Republished. Please be mentally prepared. Saya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kecelaruan minda yang mungkin bakal berlaku nanti, saya tidak akan melayan sebarang percanggahan pendapat.
Here it goes.
I just finished watching Talentime. Simple, yet very meaningful. It reminds me to jurang-jurang terpencil/sengaja dipencilkan yang tidak nampak .. yang ada dalam masyarakat kita, pada 'SATU MALAYSIA', dan pada kehidupan kita sehari-harian.
Speaking about MERDEKA, teringat waktu sekolah rendah dulu pernah menjadi juara menulis esei berkenaan KEMERDEKAAN. Ecehh.. No no. That's not the point. The point is, zaman telah berubah dan akan sentiasa berubah. Generasi pasca-merdeka akan semakin meningkat tua, dan generasi pra-merdeka satu persatu akan pergi. Anak-anak kita, generasi baru, mungkin tidak akan memahami perjuangan mencapai KEMERDEKAAN itu selain terpaksa mempelajarinya untuk lulus peperiksaan. Sebagai pengantara antara dua generasi ini, apakah tanggungjawab kita? Masih ada lagikah signifikan tarikh 31 Ogos 1957 itu pada generasi akan datang atau hanya akan cuma tinggal pada nama sahaja? Tepuk dada, tanyalah kisahnya. Pandai je ubah peribahasa.
I am one of a Malaysian citizen yang tersangat menyokong gagasan Satu Malaysia kerana .. Do you know that :
Here it goes.
_____________________________________________________________________
I just finished watching Talentime. Simple, yet very meaningful. It reminds me to jurang-jurang terpencil/sengaja dipencilkan yang tidak nampak .. yang ada dalam masyarakat kita, pada 'SATU MALAYSIA', dan pada kehidupan kita sehari-harian.
Speaking about MERDEKA, teringat waktu sekolah rendah dulu pernah menjadi juara menulis esei berkenaan KEMERDEKAAN. Ecehh.. No no. That's not the point. The point is, zaman telah berubah dan akan sentiasa berubah. Generasi pasca-merdeka akan semakin meningkat tua, dan generasi pra-merdeka satu persatu akan pergi. Anak-anak kita, generasi baru, mungkin tidak akan memahami perjuangan mencapai KEMERDEKAAN itu selain terpaksa mempelajarinya untuk lulus peperiksaan. Sebagai pengantara antara dua generasi ini, apakah tanggungjawab kita? Masih ada lagikah signifikan tarikh 31 Ogos 1957 itu pada generasi akan datang atau hanya akan cuma tinggal pada nama sahaja? Tepuk dada, tanyalah kisahnya. Pandai je ubah peribahasa.
I am one of a Malaysian citizen yang tersangat menyokong gagasan Satu Malaysia kerana .. Do you know that :
- Tarikh 31 Ogos tidak begitu mempunyai sebarang nilai signifikan kepada Malaysia Timur yang hanya dimerdekakan pada 16 September 1963. Samada integrasi sejarah, mahupun perkongsian sosio-budaya.
- Kita tahu Tunku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Tapi tidak ramai yang tahu bahawa Tun Fuad Donald Stephen adalah orang yang mempengerusikan pembentukan gagasan Malaysia.
- Rata-rata penduduk di Sabah dan Sarawak tahu bahawa di Semenanjung Malaysia ada empat suku utama – Melayu, Orang Asli, Cina dan India. Kita belajar itu dalam silibus pendidikan dan geografi secara berulang-ulang. Tapi masih banyak penduduk Semenanjung Malaysia yang keliru antara bangsa Iban, Melanau, Dusun dan Bajau (antara empat etnik tempatan terbesar di Borneo). Ada yang tidak tahu langsung. Ada pula yang masih menyangka Dusun itu di Sarawak, dan Iban itu di Sabah.
- Do you know perkataan 'Sabah Bah' untuk merujuk rakan-rakan Sabah anda IS HURTING? Gurau-gurau mengajuk percakapan, kemudian tiba-tiba cakap bahasa Indonesia pula. I am not against Indonesian, I am just hoping some people can see how annoying it is when some people tend to compare these two different Asian. Bukan Sabah saja. Tapi memperlekeh cara percakapan atau loghat contohnya dari Kelantan, Terengganu, Kedah dll. Pergi balik belajar sejarah dan geografi dulu.
- Do you know perbuatan sesetengah manusia berperangai jelak memperlekeh dan meremehkan orang atau bangsa lain dan budaya mereka walaupun dengan nada bergurau adalah sesuatu yang bagi saya sangat tidak matang dan amat dikesali apalagi jika berlaku di kalangan educated ones? Remember, everyone as an individual, have their own dignity. Bangsa adalah macam darah yang mengalir di dalam badan kita. Besides of the fact that people should not be judge by his race, ia tetap adalah siapa diri kita.
- Do you know masih ada lagi yang menganggap orang-orang Sabah dan Sarawak ni tinggal atas pokok pakai tempurung kelapa tutup buah dada dan guna daun pokok untuk lindung alat sulit like .. whatthehellllll. Kau buat lawak ke? Thanks to the wide publicity dalam siaran tv konon-konon kitorang kat rumah pakai cawat, main sumpit main bambu segala padahal kegiatan macam tu sekarang kita sendiri banyak jumpa waktu orang buat persembahan kebudayaan sahaja. Tsk. We had never introduce ourselves as 'sabah bah'. We, had never use perkataan 'sabah bah' among us. I'd never heard it sampailah saya berada di luar Sabah. Well, it's more to tanggungjawab media massa untuk bagi maklumat yang betul. Macamana orang nak faham kan kalau bila keluarkan cerita tentang negeri Sabah or Sarawak je, asyik-asyik tunjuk duduk atas pokoklah, main sumpitlah, pakai daun lah.. Haih. Sekarang sila imagine saya duduk online atas pokok sambil sekejap lagi nak bergayut dari dahan ke dahan cari rambutan (???). Kalau ini yang dikatakan tidak bertamadun, so whats with those people yang tetak anak isteri macam sembelih ayam. Oh sungguh bertamadun.
- Pedih untuk diterima kan?
Gagasan satu Malaysia umpamanya adalah merupakan satu konsep yang dikonsepsikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, untuk menjadikannya satu tindakan strategik dalam mewujudkan kesatuan bangsa Malaysia yang terdiri daripada kepelbagaian kaum dan budaya. sumber
I prefer 16 September. Bukan tidak belajar sejarah dan bukan juga sebab patriotism issues. 31 Ogos adalah hari MERDEKA bagi tanah melayu, tapi bukan Borneo. If you ask me now why I sambut MERDEKA 31 Ogos selama ni, that isn't because it IS 31 Ogos waktu peristiwa bendera lain turun dan naik bendera kita lambang MERDEKA; It is because Malaysia yang tercinta. Yes, persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Tapi terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Kemudian Malaysia akhirnya hanya dapat diisytiharkan pada 16 September 1963.
But why, 16 September came and gone and it was remembered for all the wrong reasons, and it was not even a public holiday for all these years, padahal gagasan Malaysia bermula pada 16 September 1963? Should be given equal standing as the 31th August, right?
_____________________________________________________________________
TODAY, Datuk Seri Najib Razak sudah mengisytiharkan Hari Malaysia yang disambut setiap 16 September sebagai cuti umum bermula tahun ini, tahun 2010. Sedikit terlewat, setelah 47 tahun berlalu, tapi pengiktirafan telah pun diberikan akhirnya.
"Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. HARI MERDEKA pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan dari penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu. HARI MALAYSIA pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia." - Datuk Seri Najib Razak
Pembentukan gagasan Malaysia telah mempercepatkan KEMERDEKAAN Sabah dan Sarawak, so, from the bottom of my heart, Terima Kasih Malaysia.
SELAMAT MENGHAYATI PERJUANGAN DAN USAHA-USAHA TOKOH-TOKOH DALAM MENCAPAI KEMERDEKAAN.
4 comments
Yes, you're rite.
ReplyDeleteMost of us (including me sometime) talk on something that we never ever really know what its all about.
Selamat Hari Merdeka Adik !
queenlyana,
ReplyDeleteselamat hari merdeka, sist :)
Ini artikel pertama ko yg itu, kan? :)
ReplyDeleteSi Kachak Suparjo,
ReplyDeletepoint2 utama dt dari artikel tu, tp sy ambil balik point2 tu buat entri lebih ringkas, jadilah entri yang ini. then tambah2 lagi sikit sbb by years ada perubahan kan.. :)