Sinopsis Sinetron Bukan Diriku

December 21, 2010

Baru selesai menonton episod pertama sinetron Bukan Diriku, pengganti sinetron Cinta Kirana. Oh Raka.. good bye sob sob I love you (tiba-tiba). Teringat, mula-mula sebelum kemunculan Raka, saya suka gila dekat Galang. Dan waktu awal-awal kemunculan Raka pun saya cakap ala Raka tak hensem lahhh. Bukan macam watak Raka dekat sinetron Cahaya. Hero-hero ganteng :P Tapi makin lama, I found that Raka is not that bad. Sweet, actually. His smile, his eyes. And he's so chinese-looking. I loike :)

Berbalik pada sinetron Bukan Diriku.

Sinopsis Bukan Diriku.
By the way, sinopsis ni struktur asalnya dalam bahasa Indonesia, saya dah translate ke struktur ayat bahasa Malaysia. Saya dah cuba cari sumber asli sinopsis ni, tapi saya tak jumpa. Spread over the net already lor. Taklah nampak sangat copy paste sebarangan. Hopefully tak menyalahi.

Ryo dan Ayla, adalah sepasang kekasih yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan. Ryo seorang yang sentiasa sibuk dengan pekerjaannya, dan sangat sukar menunjukkan perasaannya, termasuk perasaannya terhadap Ayla. Kerana sifatnya inilah, Ayla tidak pernah tahu, bagaimana perasaan Ryo yang sebenarnya. Ayla selalu menganggap, Ryo tidak begitu mencintai dia. Semenjak mereka menjadi pasangan, Ryo belum pernah mengucapkan kata-kata cinta pada Ayla. Ryo malah kerap kali melupakan janjinya dengan Ayla.

Kesal dengan sikap Ryo, Ayla memutuskan hubungan dengan Ryo. Namun Ryo sangat mencintai Ayla. Ia berusaha untuk berbaik semula dengan Ayla. Pada hari ulang tahun Ayla, Ryo menunaikan janjinya pada Ayla. Ayla sebenarnya tidak mahu datang, namun Marina, teman sepejabat Ayla, memberitahu bahawa Ryo ingin memberikan hadiah istimewa untuknya. Ryo ingin memberikan cincin yang dia beli bersama Marina. Ayla terkejut dan terus pergi ke tempat Ryo menunggunya.

Ketika Ayla ingin menyeberang jalan, sebuah kereta muncul dan hampir melanggar Ayla. Ryo berlari mendapatkan Ayla. Ayla selamat, tapi Ryo telah meninggal dunia akibat kemalangan tu. Tetapi cerita ini tidak berakhir begitu saja. Ryo masih sangat mencintai Ayla dan tidak mahu meninggalkan Ayla. Ryo akhirnya masuk ke dalam badan Ariel, orang yang sudah melanggarnya. Ariel orang yang sangat sabar dan tekun, dan rela melakukan apa saja, untuk kepentingannya. Ariel ialah anak bos di mana  Ryo bekerja.

Ryo yang sudah berada dalan badan Ariel, berusaha mendekati Ayla, tetapi Ayla terus menolak kehadirannya kerana Ayla sangat membenci Ariel. Masalah pun semakin banyak menghalang Ryo. Kehidupan Ariel yang liar membuatkan kesulitan demi kesulitan terpaksa dilalui Ryo. Kematian seorang pemuda bernama Anton, perniagaan dihancurkan oleh Ariel dan hubungan sulitnya dengan Marina adalah beberapa masalah kecil yang membuat Ryo jadi bimbang. Ryo juga harus menghadapi kenyataan, kerana Ariel sudah mempunyai seorang tunang, Livi, anak pemilik perniagaan di bawah perniagaan milik orang tua Ariel.

Ryo tidak boleh memberitahu Ayla, yang dia adalah Ryo, kerana jika dia memberitahu hal yang sebenarnya, dia tidak akan kekal di dunia dan sampai bila pun, dia tidak akan dapat menyatakan rasa cintanya pada Ayla. Menjadi Ariel, adalah pilihan terbaik, kerana Ryo dapat terus berada di sisi Ayla, namun pada masa yang sama, Ryo juga tidak mampu menerima kenyataan sekiranya Ayla akan melupakan Ryo yang sebenarnya.

Bagaimana kesudahan cerita ini? Adakah Ryo yang sudah menjadi Ariel, mampu merebut hati Ayla?

Tidak macam sinetron-sinetron Indonesia yang biasa kita lihat dekat television (yang tembus ke TV Malaysia), sinetron Bukan Diriku hanya mempunyai 25 episod saja. Dan kalau anda perasan, pelakon perempuan utama, Ririn Dwi Ariyanti (watak Ayla dalam sinetron Bukan Diriku) itu antara leading actress dekat sinetron Cahaya. Kawan rapat kepada Cahaya. Itu yang menarik saya tengok cerita Indonesia sebenarnya. Pusing-pusing, jumpa pelakon-pelakon yang sama juga. Sometimes pegang watak utama, sometimes watak pembantu, sometimes juga watak antagonis. I've seen dalam cerita pendek Dongeng Putri dan Peri Biru. Nadira dalam sinetron Cinta Kirana pegang watak Putri, dan Fara juga dari sinetron Cinta Kirana pegang watak Peri Biru. Lepas tu, Joanna dalam cerita Cinta Kirana juga sama macam Ririn Dwi Ariyanti, mereka sama-sama bermula dari TV series Ada Apa Dengan Cinta. Ingat tak filem Ada Apa Dengan Cinta? The first Indonesian movie I've watched, apart from the horror movies lah. Sumpah aku tak sanggup dah tengok cerita-cerita hantu dari Indonesia, termasuk Thailand. Damn scary. Why Asian ghosts sangat scary ar?

But, ghost dekat sinetron Bukan Diriku tak horror. I promise XD

Kedua-dua watak lelaki dalam sinetron Bukan Diriku dipegang oleh Baim Wong dan Bertrand Antolin. Dulu sebelum sinetron Cinta Kirana, Baim Wong adalah leading actor dalam sinetron Benci Bilang Cinta di samping aktress Marshanda. Setakat ni tak nampak beza lakonan beliau dalam kedua-dua sinetron beliau yang saya dah tengok. Still watak yang sama. Sukar nak tunjukkan perasaan dan bila keadaan memaksa baru dia tunjuk his affection. Ohh. Sadis. Ini pun dah kira okey dalam sinetron sekarang ni dia mati tapi still ada peluang walaupun tipis. Bertrand Antolin itu pula, entahlah. First time nampak. Berdarah kacuk Tiong Hua dengan Perancis, that explain about his looking :P

Istana Cinta
Dengan cinta kubina istana
Kau sentuh runtuh jadi pusara
Cahaya hidupku jadi gerhana
Bisa jiwa menanggung derita
Kusemai benih kasih sejati
Kupupuk dengan baja nan asli
Ngapa kau siram racun yang pedih
Ku tahui kini hanya rasa nan pedih
Ku mimpikan istana janjimu
Ku hias cantik dalam angan-angan
Sebab bencana datang mengganggu
Kini hancur musnah istana impian

Eh apa kes lagu Saloma tiba-tiba masuk entri ni? HAHA. Agree that lagu 'Bukan Diriku' memang kena dengan mood keseluruhan sinetron Bukan Diriku ini, tapi saya cadangkan kadang-kadang mainkanlah lagu Istana Cinta ni ....okey-okey just joking! Bukan Diriku is a good song though. Ada nilai sentimental buat saya. Separuh jiwa ini pergi saat lagu ni berkumandang. Nasib baik 25 episod saja T___T

I have this kesimpulan awal yang sinetron ni pun dicipta atau diolah merujuk kepada lirik lagu Bukan Diriku. Juga tak boleh abaikan juga cerita ni ada persamaan dengan cerita Love Is Cinta lakonan Irwanshah dan Acha Septriasa (benarlah ramalan ai yang Acha ni lahir bulan September XD nama pun dah sept sept), dan kata peminat-peminat cerita korea, ada persamaan dengan cerita Jepun Anything For You. Heh. Mana-manalah kan. Saya tak peduli, saya hanya seorang penonton sahaja :P

And for info, sinetron Bukan Diriku ni dah main dah dekat NTV7 waktu Mei 2008. Ceh :P

You Might Also Like

0 comments