­

Ms. Always Miserable

April 14, 2011

Sebenarnya, kalau korang mahu tahu, hampir selalu saya berfikir macamana saya nak kurangkan walaupun sedikit sikap saya yang mudah naik angin. Mudah merasa marah, mudah sakit hati, degil dan mulut masya-Allah .. bahasa kasar. Kadang-kadang, saya rasa macam such a bitch pula bila selalu sakitkan hati orang lain - terutama orang-orang yang saya sayang walaupun saya sendiri taknak macam tu. Kalau boleh nak selalu senangkan hati orang tapi tetap tak lepas juga dari menyakitkan hati orang. Perangai sendiri yang buruk.

Waktu dulu, kawan-kawan mengenali saya dengan seorang yang sangat sangat berbeza dari yang sekarang ni. But now, for years, I've been through a very sad life. Macam-macam yang saya tempuhi. Benda-benda tu semua jadi dalam masa saya dah start berblog sekitar akhir 2006, tapi selama ni saya tak pernah mention apa-apa dekat blog. Tapi tak perlulah saya ceritakan apa yang berlaku. Mengundang air mata dan mengguris parut luka lama saja nanti. After years, ada part dalam hati saya ni dah jadi keras sangat-sangat. Ada part yang saya sangat nampak macam tiada perasaan tapi sebenarnya dalam hati, kalau teringat, mesti nak menangis. Berat untuk disimpan, nak kongsi pun saya tak tahu nak kongsi dengan siapa. Menangis sajalah yang termampu bila tiada siapa yang saya rasa boleh faham dengan apa yang saya sedang lalui waktu tu.

Walau sekarang saya sudah temui bahagia yang saya cari, tapi saya masih sukar untuk meninggalkan kebiasaan saya sejak beberapa tahun lepas. Hati saya sering menangis. Tiap masa. Hari bertukar minggu. Minggu bertukar bulan. Bulan bertukar tahun. Tiap hari, hati saya menderita. Hati saya sakit. Sangat sakit. Sampai sekarang.

Peralihan zaman remaja ke zaman dewasa yang menyakitkan, huh? 

Apapun, semua tu dah berlalu. Walaupun saya dah give up dengan life yang itu, tapi masih ada yang menghantui. Sampai sekarang masih trauma dengan apa yang terjadi. Tahun-tahun kebelakangan ini juga banyak mengajar saya menjadi insan yang penyedih, pemarah, degil, keras kepala, panas baran. Mula pandai mengucapkan perkataan kasar-kasar. Mula pandai memprotes. Menjadi seorang yang sinikal. Walaupun kisah-kisah tu semua sudah berlalu, tapi kadang-kadang bila sampai masanya, kalau hati touching sikit kan, terus nak menangis, like wtf tahulah kau tu perempuan tapi sikit-sikit nak menangis tu apa kes? Pffttttthhhh. I really can't control this feeling. Macam feeling ni orang lain yang handle pula, not me. Tapi, siapa yang cakap hati kita sendiri, kita sendiri yang handle ait? We can't just force or ask ourself to feel what we wish to feel. And we can't really avoid it. Apa yang perlu adalah, how we handle it on the surface. I hate myself for that cuz I am really suck at hiding things.

If only you know what exactly had happen, then maybe you'll see why I am so eager to find my own meaning of life. Maybe you'll see why I changed a lot. Maybe that's why I finally came to my own senses. Maybe that  is why, when I laugh, I laugh loud cuz I appreciate the feeling of being happy. If you've been living in tears before, you'll do the same thing :)

Tadi waktu dengar lagu-lagu dalam handset in shuffle mode, lagu 'Hadapi Dengan Senyuman' dimainkan. I stopped crying. Tried to smile. Lepas tu rasa macam orang gila sebab lepas menangis terus smile. But at least, lepas tu saya tak rasa nak sambung menangis lagi. Nasib baik tak sambung, kalau tak, lagi gila kalau macam tu kan.

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik-baik saja
Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan, tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa terubah
Relakanlah saja ini
Bahawa semua yang terbaik
Yang terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang


You Might Also Like

2 comments

  1. lama tak comment kat sini. :P

    tapi asyik mcm dulu jugak nak baca every post. love story ka, tari kirana ka, ur life ka.. tak kisah. sebab semua tu relate ngan fina hehe..

    always miserable? macam tak caya aje.tapi itu biasa kot,fina. ikot mood. ada waktu kita happy, ada waktu kita sad, ada masa macam tak ada perasaan. eh. itu sa kot. haha.

    take care. :)

    ReplyDelete
  2. nur.sa,
    yalah sa, lama tak komen dekat blog sa juga. tapi of course jenguk juga. ann,.. sa pun dah lepaskan komitmen dekat 100p eyh.. huhu..

    always miserable la sa, and macam yang sa cakap, semua perasaan2 sedih happy n takda perasaan tu semua ada timing dia kan. tp sekarang ni alhamdulillah.. lebih banyak happy dari yang sedih2 and takda perasaan lgsung. hehe..

    :)

    ReplyDelete