­

Tips & Trick Bajet ke USS Singapore 3H2M

December 17, 2014



Baik, a little bit of tips katanya, tapi nampak macam panjang lain macam saja HAHA

Trip ni almost a kejutan sebab tak pernah terfikir nak pergi cuma sebab tiket tengah murah so beli. Ceh macam beli tiket bas pula wakaka. Alang-alang dah murah lepas tu pernah terbaca dekat blog tentang USS dan biasa orang pergi USS nak jimat menginap dekat JB (aku tiap hari blogwalk cuma tak komen-komen saja) so kerana USS maka tiket pun dibeli. Bukan sebab USS saja sebenarnya. Itu alasan untuk getaway kami berdua laki bini. Mana tak - lepas kawin terus sambung kerja (kerja tidak boleh tinggal lama-lama, makan gaji macam tu lah), honeymoon mana-mana pon tak sempat. Sabar sajalah demi rezeki.

Seperti yang saya dah mention sebelum ni dalam entri awal-awal, sini saya bagi tips untuk yang first time nak datang. Sesuai untuk yang nak bajet. Saya bukannya bajet sangat pun but since I survey banyak dan ada few things I learned, so saya compile sini. Rujukan diri sendiri next time if mau pergi lagi. :)

TIPS & TRICK BAJET KE USS 3H2M
 

#1
PENGANGKUTAN
  • Flight KK-JB-KK. Beli tiket flight return waktu promosi (means, berbulan-bulan lebih awal). Jika bukan duduk dekat dengan area JB macam kami yang duduk Sabah ni, first thing of course tempah tiket flight dulu. Setakat ikut perkembangan Air Asia ni diorang akan buat promosi tambang free setahun dalam 2-3 kali. Tu pun tambang free untuk area-area dalam Malaysia dan jiran-jiran terdekat ataupun bila Air Asia buka route baru. Itu pun kena tunggu almost setahun macam kami. Apa ada hal. Masa itu pantas berlalu.
  • JB-USS-JB. Ada dua pilihan, samada through agent (sekali dengan entrance ticket ke USS) ataupun naik public transport dari JB Sentral to USS. Pro dan kontra, if guna agent kena ikut masa diorang. Gerak 7.30AM dan by 7.30PM gerak balik dari USS. Lagi senang book hotel area Tune Hotel or Tune Hotel terus. Less hassle. Tak perlu tukar-tukar transport. Tapi kena book in advance. If naik dari JB Sentral, tiket USS kena book asing etc etc tak berapa convenience la for me. Cuma satu yang best, sebab boleh gerak seawal 5.30AM dan balik paling lewat 12AM, sempat round sekejap Singapore before masuk or after keluar USS. Price untuk dua-dua ni lebih kurang mungkin beza dalam RM10 saja. 
  • Around JB & Singapore. Jika next time saya datang lagi I might consider ambil hotel area JB Sentral dan dari JB Sentral ni boleh pergi macam-macam tempat including Danga Bay, JPO dan Senai airport, dan juga masuk Singapore ke tempat-tempat menarik (selain USS) dengan harga murah.


#2
PENGINAPAN
  • Consider area JB Sentral atau Tune Hotel atau sekitarnya. Tengok pada plan/jadual lah mana yang sesuai. Jika ada bajet lebih dan ada masa lebih untuk explore Singapore, maybe ambillah 1 atau 2 malam menginap di Singapore.


#3
TIKET USS
  • Naik agent biasa cost murah sikit. Try ini : Rajawali Bintang Travel. I personally recommend this. Include sekali dengan pengangkutan pergi dan balik, dan tidak perlu beratur beli tiket. Nanti sampai-sampai tiba-tiba tiket sold out especially hujung minggu / peak season. Kan susah.


#4
TUKAR DUIT
  • Tukar duit sedia d JB sebab dalam USS tukar duit dah mahal. Tapi if tidak sempat tukar macam kami, dalam USS ada Money Changer. Lokasi, lepas masuk entrance di Hollywood, bangunan sebelah kiri dalam THE DARKROOM. Jika tidak pasti, tanya staff sentiasa ada sekeliling
  • Lagi bagus sambil-sambil tunggu masa, cek juga currency so bila jatuh sikit matawang terus tukar. Tidak perlu tunggu hari kejadian. 
  • Waktu tulis entri ni, currency RM2.69 untuk SGD 1


#5
BEG DAN PAKAIAN
  • Boleh saja bawa beg masuk USS sebab tempat penyimpanan barang disediakan untuk permainan tertentu (yang ekstrem) cuma bawa beg sandang belakang yang kecil saja. Limitkan dan minimumkan barang sebab dalam USS ni asyik berjalan so taknaklah at the end of the day sakit bahu pula sekali pakej dengan sakit kaki ;)
  • Penggunaan locker senang saja. Yang penting ingat password. Penggunaan locker adalah free untuk 30 minit pertama. Rasanya cukup tuh sebab ride setakat 2 minit. Cuma yang lama dan kita kena consider tu bila line panjang untuk beratur. Dan jika tidak perlu beratur pun, masuk ke dalam kena berjalan dalam 5 minutes or lebih sikit. Pastu nak balik ke locker lagi, I think 30 minutes is still enough. Kecualilah kalau line beratur extra ordinary panjang. Kami dulu setakat 15 minit dah keluar. Dan kalau nak ulang naik ride tu pun pergi locker dulu pindahkan ke locker lain untuk start balik that free 30 minutes bahahah.
  • Pemandangan reka cipta di USS memang menarik. Kalau cukup tabah, bolehlah bawa DSLR tapi kalau tidak, compact camera atau guna smartphone saja sebenarnya dah cukup. Yang penting bateri mesti full / ada extra bateri sebab banyak sangat tempat cantik untuk bergambar belum masuk characters macam Marilyn Monroe, Shrek & Fiona, banyak sangat-sangat.
  • Pakai pakaian yang menyerap peluh dan tidak panas tapi fashionable enough yalah kan nak bergambar heh. USS ni berbumbung tapi bumbung lutsinar so lighting macam siang hari tapi tidaklah panas sangat eh macamana tu. Maksud saya macam open air, tapi bawa topi untuk elak panas tu tidak perlu rasanya, sebab yang buat berpeluh bukan suhu, tapi sebab banyak berjalan. ;)
  • Elakkan pakai kasut tumit tinggi sebab kawasan USS luas dan perlu banyak berjalan. Kasut pun agak tidak digalakkan (saya dulu pakai flat shoes). Lagi bagus pakai sandal berikat tu. Kaki pun bernafas juga sikit. Pakai yang selesa walaupon last-last tetap sakit kaki juga sebab besar mau round HAHA. At least kurang sikitlah sakit kaki.
  • Bawa tisu kering (lap muka kena percikan air di certain tempat) dan ada satu tempat yang confirm akan basah so bawa raincoat siap RM3 beli di Malaysia. Di USS pun ada jual SGD3


#6
MASA
  • Pergi waktu hari Isnin - Jumaat lebih murah dan besar kemungkin tidak seramai waktu weekend/peak season dan tidak perlu beratur lama untuk setiap ride. Cuma yang tidak bestnya, parade dan special shows hanya buat weekends saja so buatlah pilihan anda.
  • Pergi awal (USS buka jam 10am) dan jangan lupa ambil map dan SHOW TIME pamplet di entrance. Penting if first time datang USS. Kalau download sedia dari internet pun boleh (banyak blogger yang share map ni dalam blog). Rugi kalau tidak rancang masa sebaiknya sebab nanti ada yang terlepas tengok / naik. Dah bayar mahal RM190 seorang termasuk pengangkutan, mestilah guna sebaiknya masa tu kan
  • SHOW TIME tu saya huruf besarkan sebab penting untuk plan masa. Ada stage shows/rides yang hanya diadakan 2 kali sahaja sehari jadi jangan terlepas. Semua pertunjukkan dan photo session ada jadual, so kena perhatikan betul-betul info dalam pamplet tu. Jadual semua lengkap dalam tu. And remember, the show always start on time.
  • Jika datang seorang atau berdua, boleh dikategorikan sebagai 'Single Rider'. Sebab every line or ride muat 4 orang so yang datang couple akan dipasangkan dengan couple. Dan yang datang bertiga akan dipasangkan dengan yang datang seorang. Jika ada kosong, staf akan tanya 1 or 2 riders untuk penuhkan before release so angkat tangan cepat-cepat untuk kurangkan waktu menunggu heheh. Jika anda dalam kumpulan yang ramai, lebih baik berpecah kepada kumpulan kecil tidak lebih dari 4 orang
  • Di setiap pintu masuk rides akan ada countdown board (entah apa nama benda tu) estimate time untuk next show in case nak skip if masa lama lagi
  • Kebanyakkan blogger galakkan bergerak ke kanan selepas pintu masuk ke arah tema New York dan Sci Fi sebab masuk Transformer dulu before ke mana-mana untuk elak masa beratur tapi sebenarnya bila dah ramai blogger cadang macam tu semua yang datang pon pakat masuk Transformer dulu jadi mula-mula masuk terus ke Transformer tu sama juga lama menunggunya. Ehekkk!
  • Kalau masih ada masa lagi di akhir trip, bolehlah masuk balik ke mana-mana ride/show yang anda rasa nak ulang lagi sekali. Saya sendiri round USS tu 2 kali. First sebab explore setiap pelosok tempat tu. Kamera simpan dalam beg. Second, keluarkan camera untuk ambil proper pictures snap sana snap sini dan ulang naik rides yang best. Ahaha. Masa memang cukup yang penting plan baik punya. Walaupun kami ada terlepas rides (sebab terlepas pandang rupanya ride tu main dua kali saja sehari iskkk)
  • Re-enter the theme park - Boleh. Tiket USS valid untuk 1 hari. Cuma make sure dekat exit (tempat yang sama untuk entrance) kena ambil handstamp sebelum keluar. Staff sentiasa jaga pintu masuk/keluar so no worry be happy. 


#7
MAKAN DAN MINUM
  • Kalau nak jimat, bawa/beli botol air mineral saiz kecil. Bila habis boleh refill dekat water cooler yang boleh dikatakan setiap zone ada.
  • Maybe bawa juga gula-gula untuk hilangkan loya dan pressure waktu naik roller coaster tapi please note that chewing gum tidak dibenarkan di Singapura
  • Makanan pun boleh bawa sebab diorang tidak cek pun. Nasib baik juga sebab pagi tu before gerak ke USS kami beli macam-macam roti dari convinience store di bangunan Tune Hotel untuk bawa pergi USS XD. Makanan dalam tu mahal, makanan berat dalam set macam nasi ayam gitu boleh cecah RM40, dalam SGD15.
  • Tiada signboard halal so kena pandai bertanya Muslim local. Ataupun, tengok saja cafe yang banyak bertudung, so kita boleh agak.


#8
BAJET
  • Tidak banyak pakai duit pun dalam sana. Masuk semua tempat adalah free. Tiada charge tersembunyi. Kecuali makan sebab duduk seharian dalam tu mestilah lapar kan. So bawalah mungkin dalam SGD100 dan bawa juga duit Malaysia manatau over budget untuk makan. 
  • Air boleh refill, guna locker jangan lebih 30 minit, souvenir tidak perlu beli kalau beli pun beli yang murah-murah saja sebagai kenangan (souvenir start from SGD20), dan makan berat untuk 1 hidangan (SGD10 ke atas). Cukup tu SGD50 pun lebih dari cukup untuk seorang. Tak bawa duit SGD pun boleh dan bawa bekal makanan dalam beg + minuman boleh refill. Yang penting standby duit RM ;)


#9
LAIN-LAIN
  • Passport jangan lupa buat/renew
  • Masuk Singapore tak boleh bawa masuk rokok full 1 kotak, chewing gum tidak dibenarkan
  • Ada designated smoking area provided dalam USS. Tidak boleh merokok sembarangan.
  • Surau/tempat solat sebelah kanan dari pintu masuk
  • Toilet ada saja yang ada paip air. Siapa tidak jumpa tu mungkin tidak bernasib baik. Salah satunya, toilet dekat Chinatown belakang booth chicken roaster Marilyn Monroe if tidak silap ingat. Di sepanjang walk of fame the other side of Hollywood building at your left from the entrance. Baca dalam blog, dekat Egypt pun ada tapi tiadalah pulak ai ada masa nak melawat toilet kan HAHA
  • While walking around, I notice that every characters yang berlegar-legar (untuk masa tertentu sahaja dan di tema masing-masing sahaja of course) mesti ada staf USS bertshirt hitam berhampiran dan tugas diorang untuk tolong ambilkan gambar so jangan malu minta tolong ambilkan gambar beramai-ramai dengan those characters sebab free saja. Tujuan buat macam tu untuk jimatkan masa lebih-lebih lagi kalau banyak tengah beratur tunggu giliran
  • Umur anak yang sesuai untuk naik kebanyakan ride yang ada dalam adalah yang berumur 5 tahun keatas & atleast ketinggian lebih dari 100cm
  • Bila aktiviti merbahaya seperti roller coaster, jangan menjerit sebaiknya istighfar eceh.. Sudahlah aktiviti tu merbahaya, kau nak ke mati sambil menjerit konon-konon adrelina rush dan dalam keadaan yang boleh dikategorikan sebagai bunuh diri? Tapi kalau aktiviti main air tu kau jeritlah puas-puas, kononnya takut air. Bahahah!

Sekian moga jadi panduan berguna :)



You Might Also Like

0 comments