Day 8 : Transit in Penang
Previous Entry : Hatyai to Penang
Kami turun di Komtar sekitar 3PM dan ambil teksi ke hotel kami di Armenian Street Heritage Hotel at RM12. Rehat-rehat sambil admiring the room.
Just to remind. This trip was on June 2014. Do check my sidebar under 'Plan A Trip With Me'. Actually jika ada siapa-siapa nak ikut/bawa saya berjalan, you can always ask me in case I have the time. But please note I am only available during working days, sebab hari cuti / school holiday / weekends saya sibuk urus trip orang, but if betul-betul nak, kena plan way ahead so that I can block the date. My time is flexible. ^^
Aktiviti
malam tu, kami ke Komtar. Masuk mall area situ. Tidak silap, kami masuk 1st Avenue Mall. As per requested by Dana. Kali ni jalan kaki saja. Sebab tidak
jauh pun. Only few minutes away. Actually kami pergi awal sikit waktu
masih cerah, sambil-sambil tu saya take a few glimpse at the buildings
along the way. Time tu memang fall in love terus. No wonder masuk dalam
list UNESCO World Heritage Centre. Walaupun ada merancang nak pergi
Penang Hill untuk night view, tapi saya memang tak larat dah. So last
day masa untuk istirahat. Ke 1st Avenue Mall jalan-jalan, makan Nasi Pulut
Mangga for the last time (sedap!), dan pulang sekitar 9-10PM rasanya
sebab banyak kedai tengah bersiap nak tutup time kami keluar. Jalan kaki
pulang.
Ihsan Google lagi XD
Malam tu kami packing one last round and have a good night sleep. Esoknya flight kami balik ke Kota Kinabalu jam 10.25AM, so kena gerak dari hotel around 8AM (perjalanan dari Georgetown ke airport sekitar 45 - 60 minit bergantung trafik).
End of Day 8.
Belanja (tidak termasuk makan & shopping) :
Taxi from KOMTAR to Armenian Street Heritage Hotel RM12.00
Armenian Street Heritage Hotel RM127.59
Armenian Street Heritage Hotel RM127.59
.........................................................................................
TOTAL : RM139.59 (RM69.80 seorang)
.........................................................................................
.........................................................................................
Armenian Street Heritage Hotel, Penang
23-24 June 2014 (1 night)
RM127.59 per night Double Room
Armenian Street Heritage Hotel. Susah sikit nak cerita pengalaman
sebab gambar memang tiada ambil langsung time ni although our stay here
was lovely. If you wish to see the picture you might click this link ; Armenian Street Heritage Hotel Official Website. The best hotel we've stayed since night 1.
Price mahal
sikit, itupun during promo. RM127.59 for 1 night.
The hotel is actually
part of the Tune Hotels group. But you won't find Tune Hotels logo here
unlike the regular Tune Hotels maybe because it's more expensive. Konsep jauh berbeza dengan konsep biasa Tune Hotels so no worries. Heheh. And
it's actually NOT located in the Armenian Street. However, it is
just a stone throw away from the end of Armenian Street, on the corner
of Carnavon Street.
Ihsan Google (tq!)
Konsep dalam ni macam old English Penang. A touch of vintage, but modern looking. I LOVE this hotel so much I feel like I want to come back again soon at least for 2 nights! Seriously. Well, I did come back 8 months later tapi tidak duduk hotel ni pula sebab bajet. Next nanti kita cerita tu. Bye! :P
21th - 23th June 2014
Thailand - Hatyai
With my sister, Dana
Accommodation : Tune Hotel Hatyai
Day 1.0 : Arrived Hatyai, Hatyai Bus Station to Tune Hotel
Day 1.1 : Night Market at Lee Garden Plaza
Day 1.1 : Night Market at Lee Garden Plaza
Day 2.0 : Shopping in Hatyai
Day 8 : Hatyai to Penang
Previous Entry : Membeli Belah di Hatyai
Tiba hari terakhir kami di Thailand setelah 5 hari. Juga hari ketiga di Hatyai, dan hari ke 8 untuk the whole trip. Esoknya flight kami dari airport Penang kembali ke Kota Kinabalu awal pagi maka mehlah kita balik ke Malaysia pagi ini cewah. Berkemaslah dan bersiaplah kami adik beradik awal pagi. Turun makan tengahari just few blocks away dan cari office tour agent yang berlambak jual tiket pengangkutan transfer ke Malaysia. Sebenarnya tidak perlu cari, mana-mana mesti jumpa. Merata-rata.
Kami ambil van sebab ;
Driver boleh pickup from hotel
Masa dekat immigration kurang sebab lesser person, that means, tidak banyak masa terbuang
Bila sampai nanti, oleh drop off di mana-mana nak turun, termasuk if nak turun dekat mana-mana hotel
Do not take van if ;
Pentingkan keselesaan sebab seat kecil, tidak macam seat bus
Banyak luggage
Price : Lupa. But for us two tidak sampai RM100. Mungkin 400 baht seorang (dalam RM40). Our big luggage supposed kena extra cas tapi nasib baik driver tu tidak cas. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam macam tu. Gambar di atas ni gambar waktu di atas Jambatan Pulau Pinang, the only picture I've taken during day 8 XD
End of Day 3 in Hatyai.
Belanja (tidak termasuk makan & shopping) :
Minivan from Tune Hotel Hatyai Thailand to KOMTAR Penang THB800 (RM80)
.........................................................................................
TOTAL : RM80.00 (RM40.00 seorang)
.........................................................................................
.........................................................................................
Tune Hotel Hatyai, Thailand
21-23 June 2014 (2 nights)
RM47.00 per night Standard Double Room Promo Cozy Package
Booked via Agoda
Before I forgot. Recently they change the name to Red Planet Hotel Hatyai (rasanya management pun tukar sebab hotel tiada dalam list cawangan Tune Hotel dah). Time kami masuk, masih guna Tune Hotel Hatyai.
Got this from google
Getting there was easy. Kebanyakan tuktuk / songthaew drivers tahu. You just tell Tune Hotel. Uncle Tony is so successful that Tune Hotel is everywhere around the globe. Setiap tahun ada saja buka cawangan di serata dunia. Biasa Tune Hotel adalah pilihan terakhir tapi if pergi Hatyai lagi, mungkin akan book sini lagi, tu pun kalau dapat harga promo lagi. Sebab sangat puas hati dengan bilik dia.
Map saya dapat dari Tune Hotel :
Tune Hotel Hatyai : Highlight Biru
Lee Garden Plaza + Night Market : Bulatan Pen Biru
Central Festival Mall : Bulatan Pen Hitam paling bawah
Khlong Hae Floating Market : Bulatan Pen Hitam paling atas
Near Central Festival Mall is Hatyai Bus Terminal. Tempat kami mula-mula turun dari Krabi. Mula-mula turun, straight away cari songthaew ke Tune Hotel. 60 baht for 2. Kami maybe dapat harga tinggi tapi malas nak haggle, diorang pun cari rezeki juga. Halalkan saja setakat few ringgit. Check-in was very easy, alhamdulillah dipermudahkan, walaupun tunggu lama sikit sebab ada mat saleh tengah tanya direction ke klinik/hospital berdekatan. Walaupun ada 2 receptionist. Saya dah bayar siap through Agoda so urusan di kaunter untuk verify sahaja. Lagipun masa check-in dah sampai.
Saya tidaklah expect lebih-lebih sebab, tahulah Tune Hotel kan just provide benda basic. Saya dah few times menginap di Tune Hotel Kota Kinabalu, ada menginap di Tune Hotel dekat JB. Tune Hotel Downtown Penang pun ada. Tune Hotel Legian di Bali pun pernah. Pernah book di Tune Hotel Sarawak (3 malam RM70) dan Tune Hotel Downtown KL (1 malam RM20), tapi yang dua ni saya no-show. Sebab yang dekat Sarawak tu tidak jadi datang sorang (datang dengan family). Yang dekat KL tu tidak jadi sebab next flight awal pagi so saya decide ambil hotel dekat dengan KL Sentral. Each place memang ukuran berbeza. Yang pasti, sempitttt.
Frankly, 4 months before saya dah book hotel di Aloha Hatyai, tapi few weeks sebelum travel date, saya tergerak cek hotel lain sebab keputusan tu tidak berapa nak final lagi since Aloha quite mahal. Atas dari RM100 untuk 1 malam for me adalah mahal HEHEHE. Lepas tu ternampak promo RM47 satu malam tuh. Hah apalagi kan. Terus cancel Aloha Hatyai (free of charge) dan bayar Tunehotel untuk 2 malam non-refundable. I'm glad I did sebab dekat situ memang best!
Entah orang panggil apa ni. Setiap bilik Tune Hotel akan ada benda ni. Mungkin ada perbezaan sikit tapi this is where you will slot in your room keycard.
Let me check the toilet first. Ok lulus. Toilet Tune Hotel sentiasa tidak menghampakan. Shower best.
Empat benda provided in any Tune Hotel branch's rooms. Flat Screen Television, Hairdryer, Big mirror dan papan iklan HAHA. Some Tune Hotel have bigger mirror, and mirrors all around. Ada Tune Hotel yang tawarkan bilik with no TV and of course, at lower rates.
Towel and toiletries at extra charge but we got it included in our room rate. Yeahah! Tapi entahlah kalau lepas ni boleh dapat harga RM47 lagi 1 malam. Included in our room rate is ;
Towel & Toiletries
Internet
Aircond
Entertainment (TV channel)
With window
.. this is all chargeable. Secara berasingan. Tapi towel and toiletries tidak ambil pun tidak apa. You can bring it on your own. Internet pun tidak apa (if ada beli simkad tourist with data internet). In our case, kami memang perlu internet sebab takda beli simkad simkud XD. Tapi if dalam Malaysia, hmph, buang tebiatlah if beli internet kan sebab handset sentiasa on. Aircond tidak ambil pun tidak apa sebab ada kipas siling for free. TV pun kalau saya, tiada pun tidak apa. Rumah pun jarang tengok TV, HAHA.
Got city view from our room. Depends on your room and what you paid for. Kena tengok all the details very carefully sebelum bayar. Saya boleh saja bayar dan book through website Tunehotel tapi Agoda offer harga lebih rendah sooo..
Salah satu benda mesti ada juga dalam bilik Tune Hotel. Best kan? Berguna bila kita guna room service. Mana kita tahukan, kadang-kadang bukan kita sedar barang hilang. Lagipun saya ni manusia tidak berapa suka menyusahkan orang so, kalau setakat 1 malam, saya letak PRIVACY dekat bilik. Tidak perlu room service.
Saya suka tilam dan bantal Tunehotel. Sebab selesa dan empuk :)
Bilik di Tune Hotel Hatyai luas, unlike the ones I tried before. Unlike any other Tune Hotel branch, I must say. Surprisingly luas. Lantai kayu. Sedap pijak. Minimal. No closet and fridge. Apa yang saya tunjuk dan senaraikan, tu saja yang ada. At RM47, it's a steal.
Sadly, management dah tukar. Bukan Tunehotel lagi rasanya. Tapi price sekarang around RM90 macam tu pun okey juga sebab hotel at the same standard around Hatyai quite mahal. ;)
Day 7 : Shopping in Hatyai, Thailand
Previous Entry : Night Market at Lee Garden Plaza, Hatyai Thailand
Ah righttt. Now I remember why I got stuck. Sebab untuk hari kedua dan ketiga di Hatyai sehingga ke malam terakhir kami (di Penang), straight amik videos semata-mata. No pictures at all! Waktu nak fly dari Penang balik ke Kota Kinabalu baru ada sekeping dua gambar. Penat bawa DSLR that's why simpan dan bergantung pada SJ4000. Eheh.
Tapi tidak apa. Kita teruskan jua. Sebab dah hampir setahun berlalu tapi tidak habis-habis lagi isk. Anyway video bawa ni lebih kurang summarize apa aktiviti kami pada hari kedua di Hatyai ;
Yes shopping. Layan adik perempuan yang suka shopping. Lagipun kes islandhop di Krabi tempoh hari membuatkan kulit ai 1 badan merengsa AMBOI KAHKAH. Konon ingatkan panasnya macam islandhop di Sabah. Tapi oh tidak. Nak tak nak, even lelaki pun, islandhop waktu summer di Thailand plis pakai sunblock. Panas dia sungguh lain matchiam. Yang pasti, mood mengexplore Hatyai lepas tu memang terbantut. Kalau tak, memang dah pergi few places area Songkhla dah waktu hari kedua. Tapi nampaknya tak mampu digagahkan.
Shopping gagah pulak. XD
Susunan dalam video gila caca merba. Sebab main masuk saja klips. Tapi yang pasti, ada scene kami di ;
Pasar Malam Hatyai (depan Lee Garden Plaza)
Yang ni kami pergi pada malam pertama kami di Hatyai. Pada hari pertama. Serupa pasar malam kita, dan tamu 1HB di Ranau. Asian flea market. Jual baju, beg, makanan, aksesori dan lain-lain. Tapi tetap ada juga yang berbeza sebab ini adalah di Thailand. Tu kena pergi sendiri baru rasa perbezaan macamana. It's fun simply by experience it.
Sini kami try beli somtam dan pancake kerang. I love the pancake tapi somtam tak berapa masuk tekak. Eheh.
Central Festival Hatyai (mall)
Actually, we love malls. Especially Dana. Kalau ada 5 mall di Hatyai, mungkin 3 atau 4 bangunan telah berjaya dimasuki. Especially mall baru buka. Kadang bukan beli apa pun. Waktu masuk mall ni, nampak macam baru buka. Ada ujibakat sedang berlangsung so memang meriah. Kami masuk kedai aksesori telefon dan masing-masing beli plain pink silicon case at RM10 only. Murah la jugak. Berbaloi dengan protection pada body telefon. Jatuh dari atas meja pun takda apa-apa. Bercakap atas pengalaman.
Lepas puas tawaf mall, kami ke Khloang Hae pula. Dalam RM25 dari mall tadi ke Khloang Hae for 2. Jauh jugalah. Tapi since kami naik songthaew, saya lebih banyak take time tengok keadaan sekeliling sepanjang perjalanan. Memang feel la sebab pengangkutan open air gitu.
Khlong Hae Floating Market
Sini ada dua section. Jual apparels dan jual makanan. Kami pergi area makanan dulu sebab laparrrrr. Dalam videos dah nampak kan kami makan apa. Haha. Murah saja. Price rata-rata sekitar RM2, RM4. Apparels, taklah murah sangat. Tapi bolehlah grab few pieces bawa balik as souvenir untuk diri sendiri. Tapi for me, yang cheapskate ni, tempat ni cari makan memang best sebab local pergi sini juga.
Kami bayar return journey 400 baht (RM40) from central Hatyai.
Kami bayar return journey 400 baht (RM40) from central Hatyai.
Lee Garden Plaza (mall)
Boots RM8 mana nak cari? Di sini lah. Kedai kasut betul-betul depan tangga. Tapi saya tengok saja. Nak beli pun berkira-kira sebab time bila pulak nak pakai boots di Malaysia yang iklim khatulistiwa tuh. Kalau artis, logiklah jugak untuk pakai time buat show.
BTW I loveee this mall. Kecil saja tapi entahlah comel rasa. Toilet best gila. Padahal mall ni kan yang kena bom few years back? Oh ya. Setakat few malls kami masuk di Hatyai, mungkin boleh kami simpulkan mana-mana mall di Hatyai semua secure habis sebab setiap yang masuk kena scan atas bawah gara-gara kes mall dan tourist attraction kena bom.
Hatyai ASEAN Night Market
Ni kami pergi lepas Lee Garden Plaza. Tapi dah lewat. Kami ada masa dalam tak sampai sejam lagi untuk explore sini (besar sangat tempat ni!) sebelum penjual stop beroperasi. Tu pun dah ada yang nak tutup dah. Di sini, jumpa some booth yang jual memang murah. Mungkin it depends on your luck. I have my luck here, so grab la juga few pieces. Dress RM10 saja. Baju sleeveless yang cantik ada bunga 3D pun dia jual RM5 saja. Maybe ni harga local? BTW jersey diorang kecil-kecil. XXL takda. Paling besar pun XL XD
Lepas tu, pulang balik ke hotel dan selesai untuk Day 2 in Hatyai.
If I were to come Hatyai again, I might go back to ASEAN Night Market and Khloang Hae Floating Market for shopping. Nampak gayanya, macam nak pergi balik someday sebab nak cover attractions there. (^ ^)
Anyway. Sorry, as it had been almost 1 year ago, price dah lupa. Resit-resit dan senarai belanja already lost some more. Tapi mostly budget untuk hari kedua ni lebih kepada transport sahaja (selain shopping dan makan)
Transport kami
End of Day 7.
Belanja (tidak termasuk makan & shopping) :
All transfers using tuktuk THB620
.........................................................................................
TOTAL : RM62.00 (RM31.00 seorang)
.........................................................................................
.........................................................................................
2014
19th - 21th June 2014
Thailand - Krabi
Thailand - Krabi
With my sister, Dana
Accommodation : J Hotel Ao Nang (Peta dan Review)
Day 2.0 : Islandhop, Krabi Walking Street
Kali ini, bajet untuk di Krabi Thailand pula pada 19-21 Jun 2014. Selepas Langkawi, kami meneruskan perjalanan ke selatan Thailand, walaupun dikatakan Thailand tengah bergolak, kami tabahkan juga hati. Silap, sebenarnya orang lain yang bertabah setabah tabahnya tengok kami, padahal kami masuk dengan langkah ringan dan kepala yang ringan muehehe.
Macam biasa ;
Price shown is per one person aka for me JIKA SAYA PERGI SEORANG DIRI :
(jika pergi berdua atau ramai-ramai haruslah semakin murah)
Transportation in and out
- Langkawi to Tammalang Port (Satun) (1-way IN ; Ferry) RM30
- Tammalang Port (Satun) to Satun Bus Station (1-way IN ; Songthaew/Pickup) THB30/RM3
- Satun Bus Station to Krabi Bus Station (1-way IN ; Bus) THB243/RM24.30
- Krabi Bus Station to Ao Nang (1-way ; IN ; Songthaew ; tiada tawar) THB60/RM6
- J Hotel to Krabi Bus Station (1-way ; OUT ; Songthaew ; tiada tawar) THB60/RM6
- Krabi Bus Station to Hatyai Bus Station (1-way ; OUT ; Bus) THB290/RM29
====================
RM98.30
Penginapan
- J Hotel, Ao Nang (Agoda ; 2 nights) RM120
====================
RM120.00
Transportation while in Krabi
- Tuk Tuk & Songthaew RM41
====================
RM41.00
Entrance fees and activities
- Islandhop (4 island includes lunch + mineral waters + fruits) RM40
====================
RM40.00
Foods
for 3 days in Krabi RM47
for 3 days in Krabi RM47
Shopping
(souvenirs and t-shirts for family) RM180
(souvenirs and t-shirts for family) RM180
====================
RM227.00
====================
RM526.30
====================
Total RM526.30 termasuk pengangkutan pergi balik, hotel untuk 2
malam (sangat selesa!), transport dan makan dan shopping. If tolak yang tidak
perlu (shopping dan tidak perlu gatal naik Tuk Tuk padahal tidak pandai tawar, jika belajar tawar-tawar lagi sikit, total dalam RM209), jadilah RM317.30 sahaja. Shopping yang paling banyak sebenarnya tu.
Tips bajet ke Krabi :
- Survey, survey, survey
- If lalu Jeti Satun macam kami, sila tukar RM ke THB (bhat) di Jeti tersebut kerana rate dia anda takkan jumpa di mana-mana dah. Tidak pun tukar sedia dekat Malaysia. Krabi adalah tempat pelancongan dan tempat tumpuan so tukaran duit mungkin sedikit mahal berbanding biasa. But still, ada juga beberapa tempat yang tidak mencekik sangat pun. Saya selalu tukar di sini. But actually if rajin berjalan lagi sambil-sambil cuci mata tengok kedai-kedai sepanjang perjalanan, maybe boleh jumpa lagi yang lebih murah. :)
- Tempah flight awal (waktu promosi) untuk orang luar dari Semenanjung Malaysia macam yours truly
- Survey hotel awal (baca recommendation blog-blog travel) supaya ada banyak pilihan dengan harga yang dalam bajet. Tapi hotel di Krabi ni boleh tahan murah dia. If ambil dorm pun RM10 pun ada cuma takut tidak selesa.
- Sebelum tempah, bandingkan harga melalui website rasmi dan Agoda/Booking.Com
- Makan di restoran/cafe/gerai yang murah yang halal ataupun beli di pasar malam
- Pergi waktu bukan peak season
- Kalau pandai bawa motor/skuter, lagi jimat berganda-ganda jika sewa motor/skuter. Sewa 24 jam baru RM20, cuma petrol sana mahal tau, ;) motor full tank dah dekat RM20 heheh. In our case, tidak pandai bawa, so limited pergerakan
- Skill menawar perlu asah sebelum datang. Bukan time beli souvenir saja, tapi time beli pakej pun sama
- Naiklah songthaew if tak sewa motor/skuter. Tuktuk mahal! *pengalaman orang lain-lain*
- Lagi ramai lagi bagus. Silap-silap cuma RM120 seorang untuk aktiviti macam saya dan jika sanggup share katil king 4 orang XD
Satu benda.
Jangan keliru antara Tuktuk dan Songthaew. Sama macam kekeliruan antara sebutan Tiger Show dengan Thai Girl Show. Yang betul adalah Thai Girl Show cuma lidah pelat orang siam jadik macam bunyi Tiger Show. Tuktuk tu motosikal yang dah modified yang boleh muat 2-4 orang. Songthaew pula pickup yang ada bangku dekat belakang boleh muat seramai yang mungkin heheh. Paling full boleh cecah around 15 orang ikut pada saiz truck. I found one songthaew-ish while I was on the way to Kudat Sabah last November! More likely orang-orang area Kota Belud dan Kota Marudu. Malaysia pun ada rupanya heheh.
J Hotel Ao Nang
19-21 June 2014 (2 nights)
THB580/~RM58.00 per night Double Room (with A/C)
Booked via Agoda
Full payment paid on the day of booking
Full payment paid on the day of booking
Sebelum book J Hotel, saya sebenarnya dah book Aonang Homestay based on high review score but end up cancel sebab last minute perasan dalam peta nampak dekat tapi sebenarnya jauh sikit dari pantai Aonang. Sayang juga, but maybe next time. Sebenarnya tiada masalah if sewa motor eheh. Boleh rempit menuju ke pantai kan. But not for us two. Tidak pandai bawa langsung XD
J Hotel ni dapat hasil survey review bloggers berhari-hari, dan kebetulan ada kosong lagi beberapa bilik dan lebih 4 kali ganda lebih murah berbanding Aonang Homestay, so malas fikir lagi terus book dekat Agoda (full payment required).
So pada hari kejadian, 19 June 2014, sampai Aonang beach dalam pukul 5 ke atas (maybe dekat-dekat pukul 6) naik songthaew dari Krabi Bus Station, dan driver turunkan kami area J Hotel (walaupun dia nampak macam tidak sure J Hotel tu dekat mana). Saya rasa kebanyakan Malaysian yang suka pergi J Hotel ni semua turun dekat airport lah sebab Oktober lepas pergi Krabi lagi tapi turun dekat airport, sekali cakap saja driver dah tahu tak perlu ulang cakap haha. But nevermind, J Hotel dalam 100 meter saja dari Aonang beachfront. Dekat. Cari pun senang.
Driver songthaew tu turunkan kami area Ocean Mart. Memang tidak jauh kami berjalan. Dari jalan besar tu tidaklah sejauh macam yang dalam peta atas ni. Dari jalan besar dah nampak J Hotel ni dan another 10 langkah dah masuk perkarangan hotel. Masuk ke Aonang dari Krabi Town or Krabi Bus Terminal or Krabi Airport either dari arah Night Food Market atau dari arah atas J Hotel. Dua-dua boleh guna. Tapi dari arah J Hotel lagi dekat. Meh tengok peta yang saya cilok dari sini pula. Blog tu post entri tentang Restoran Thai Food Bersenang-Senang which kami pun ada pergi juga on our last day tak silap but entri ni tentang J Hotel ya, fokus :P
Bulatan biru gelap : Pantai Aonang
Bulatan biru cair : J Hotel
Lain-lain info masuk link di atas (blog asal tq)
Check-in just tunjuk print-out receipt from Agoda. Sepanjang check-in staff maintain selamba dan tidak kisah, and at some point nampak macam dia tengah bosan, but still she do her job anyway. Tunggu around 10 minutes then she brief us with her thick Thai accent about the aircond, card key, and internet password (which I misheard as passport. my hearing and my English are sucks. - -') before kami proceed naik bilik. We stayed on 3rd floor. No elevator. Ala setakat beberapa floor, tidak mati jugak.
Gambar pos live di instagram, ada wifi di setiap tingkat. Rasanya setiap tingkat ada dalam 7-8 bilik. Sorry gambar yang ada bagasi pink atas ni blur due to lowlight, ini tangkap guna fon cap ayam saja. Btw bagasi tu Dana punya. I have the same exact one too. Warna sama isi sama cuma corak design depan tu saja lain. Besar gila. Kalau shopping trip lagi haruslah mengangkut lagi. Tempted to buy one more yang saiz sederhana tapi macam membazir sebab jarang guna.
Anyway! Yang saya suka, hotel sangat strategik, bilik adalah spacious (35 m²), ada balkoni with seating area dan plus point sebab view cantik, ada aircond + kipas, satisfied with the big mirrors dalam bathroom dan di dalam bilik sebab kami sangat suka cermin besar, more than enough desk/almari or tempat letak barang, bathroom besar, ada refrigerator, 2 malam stay dan 2 kali juga tukar tuala & extra toiletries dan dapat 2 mineral water 500ml lagi. Dan toiletries (sabun badan) diorang ada kolagen hahaha! Lain-lain ada TV with satellite channels (as claimed, sebab kami tidak buka TV pun), desks & closet, Tile/Marble floor, Hot/Cold Shower, Free toiletries (all as per listed in the website). The shower feels so good. Puas hati mandi.
Yang staff to brief kami tadi, tentang aircond not allowed 16°C ke bawah sebab nanti leak. Pastu after 9pm we have to use card key to get in/out to the lobby. Pastu password hotel ada lekat di dinding every floor. Saya rasa everyday she have to say the same line all over again 365 days a year. OMG patutlah muka nampak boring haha. But anyway they are helpful, if you approach them for help. If tidak approach diorang pun tidak tanya even diorang notice you need something. :D
Room given adalah bersih, teratur, bathroom bersih, aircond okey, wifi okey boleh bikin whatsapp at least haha (sebab kami tidak beli simkad, so dekat hotel saj kami boleh contact family). Overall saya sangat puas hati. Eceh.
I got the chance to snap the view from room 201's balcony
Just walk outside and everything is there. Easy access to shops, halal restaurants, beach, banks, money exchangers, bars, spas, bus stops, 7eleven merata-rata, kedai sewa motor, and travel packages booth. As well as all the taxis, songthaews and tuktuks. Memang convenient la. Harga pun murah provided book di Agoda dan book awal. Heheh.
Second time pergi krabi waktu Oktober 2014 dan tetap pilih hotel ni tapi itu nanti kita cerita lagi.
Ni saya petik dari website :
FACILITIES
Airport Transfer (surcharge)
Car parkLaundry Service
Safety Deposit Boxes
Internet
Wi-Fi in Public Areas
Parking
Car park
Breakfast Room
Minibar
Taxi and Minivan Service
Tours and Speed Boat Excursions
Travel Agency
Motorbike, Car and Minivan Rental
Extra bed (selected rooms only) at TB150/~RM15. Double, twin and family rooms available. Some rooms have seaview over Ao Nang bay and Poda island or the magnificient limestone cliffs. All rooms have shower unit only a few have bathtubs. Spacious, clean and comfortable air conditioned or fan rooms, all with private bathroom, hot/cold shower, refrigerator and satellite TV.
Address : 23/3 Moo 2, Ao Nang Beach, Ao Nang, 81000, Thailand
TEL . ( + 66 ) 075 637 878 / FAX . ( + 66 ) 075 637 878 / Mobile ( +66 ) 081 890 1139
2014
16th - 19th June 2014
Malaysia - Penang & Langkawi
Malaysia - Penang & Langkawi
With my sister, Dana
Packing Tips
Malaysia - Penang
Malaysia - Penang
Accommodation : Tidur di surau Penang Airport
Day 1.0 : Flight delayed - Kota Kinabalu to Penang
Malaysia - Langkawi
Accommodation : Chomelle Hotel, Pekan Kuah Langkawi
Day 1.0 : Arrived Langkawi, Kompleks HIG Langkawi
Day 2.0 : Dataran Lang
Day 2.1 : Makam Mahsuri
Day 2.2 : Oriental Village & Cable Car
Day 2.3 : Beras Terbakar dan Pantai Cenang
Day 2.4 : Wan Thai Restaurant
Langkawi Bajet dan Tips Jimat